Selasa, 31 Mac 2015

Taman permainan manusia purba ditemui di China


 
SEORANG saintis menunjukkan tapak penemuan artifak permainan purba di Wilayah Hebei, China baru-baru ini. - AGENSI

WILAYAH HEBEI, China – Sekumpulan saintis di sini percaya mereka telah menemui bukti kewujudan taman permainan berusia dua juta tahun.

Ia berikutan penemuan lebih 700 artifak batu di kawasan dalam lingkungan enam meter persegi di Nihewan Basin di sini.

Pakar yang bekerja di tapak arkeologi Heitugou itu memberitahu, artifak yang ditemui itu diperbuat oleh orang primat awal antara 1.77 hingga 1.95 juta tahun yang lalu.

Ketua projek tersebut, Wei Qi menyifatkan penemuan itu sesuatu yang hebat dan luar biasa.

“Salah satu item artifak yang ditemui berkemungkinan hadiah yang dibuat oleh seorang ibu buat anaknya. Anda boleh merasai kasih sayang apabila melihatnya,” kata Qi yang merupakan seorang ahli paleontropologi.

Tambah penyelidik, kekurangan bukti tinggalan haiwan dan alat-alat batu besar menunjukkan kawasan berkenaan lebih digunakan oleh kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Tapak berkenaan mula ditemui pada tahun 2002 menggunakan peralatan khas geokronologikal. – Agensi

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3VyWkKsuG Hakcipta terpelihara

Sabtu, 28 Mac 2015

Buaya putih penunggu muara Kuala Selangor

SABTU, 28 MAC 2015 @ 12:02 AM
Oleh Khairul Azran Hussin Dan Suzaini Sulaiman-khaiazr@bh.com.my
  
KUALA SELANGOR: "Apa sudah jadi dengan Bukit Malawati? Sedih hati saya melihat tempat yang asalnya sangat cantik, tetapi kini suasananya seolah-olah 'sudah mati'," kata Abd Samad Abd Rahim, 63.

Abd Samad yang dahulunya tinggal dan membesar di rumah kakitangan Jabatan Parit dan Tali Air (sekarang Jabatan Pengairan dan Saliran) kira-kira 50 tahun lalu, mengakui terkejut apabila meninjau keadaan di sekeliling bukit itu.

Beliau berkata, pihak bertanggungjawab perlu segera melakukan sesuatu untuk menyelamatkan warisan sejarah itu sebelum ia lenyap ditelan zaman, sekali gus membolehkan ia diwarisi dari generasi akan datang.
  
Tangga Seratus yang menuju ke puncak Kota Malawati terbiar tanpa penyelenggaraan. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
"Dahulu ramai pelancong barat datang ke sini, tempat yang aman dan menarik untuk pelancong, malangnya ia tidak diselenggara dan tidak dijaga. Contoh rumah rehat, kalau tengok keadaannya, rumah ini hanya sesuai buat penggambaran cerita hantu, bukan untuk pelancong.

"Begitu juga bangunan lama yang mempunyai sejarah unik seperti rumah polis, timbalan pegawai daerah, ..semuanya diabaikan. Tengok kayu rumah ini dicuri sebab kayu untuk bina rumah ini tinggi kualitinya dan sekarang harganya berkali ganda.

"Kalau tengok lokasi muzium permainan, sekarang tidak dibuka lagi. Saya lihat seolah-olah tiada perancangan untuk bangunkan tempat bersejarah ini sehingga menyebabkan ia semakin dilupakan," katanya kepada BH di Bukit Malawati di sini.

Abd Samad juga mengimbau pelbagai kisah pelik dan misteri yang berkait dengan Bukit Malawati, termasuk penemuan seekor buaya putih di muara sungai Kuala Selangor dan jelmaan seekor harimau di atas bukit berkenaan.


Bekas penduduk Bukit Malawati, Abd Samad Abd Rahim kecewa dengan keadaan bukit itu yang terbiar seolah-olah sudah mati dengan pelbagai monumen sejarah tidak mendapat penyelenggaraan sewajarnya. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
"Cerita buaya putih ini disampaikan oleh Datuk Ibrahim Ismail, iaitu Datuk Penggawa kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, yang juga Orang Besar Daerah Kuala Selangor kepada bapa saya. Datuk Penggawa cakap buaya ini adalah penunggu sungai.

"Ada juga kisah sekumpulan pemuda yang sedang berlatih silat dikejutkan dengan kilat menyambar, sebelum menjelma seekor harimau berhampiran mereka," katanya.

Sementara itu, sumber berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM250,000 kepada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) bagi tujuan pemuliharaan warisan sejarah di pusat pelancongan itu pada 2010, namun tidak pasti apa jadi dengannya.
  
Abd Samad menunjukkan bekas tapak perumahan dan kawasan sekitar Bukit Malawati yang terbiar seperti sudah dilupakan. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
"Ke mana hilangnya peruntukan ini. Setahu saya sudah diluluskan, tetapi kerja baik pulih tiada. Masyarakat hanya salahkan pihak muzium Kuala Selangor, tetapi mereka tidak tahu muzium tiada peruntukan untuk selenggara warisan sejarah ini, sebab itu banyak yang uzur.

"Masyarakat tidak boleh salahkan pihak muzium, kena tanya juga Majlis Daerah Kuala Selangor," katanya.

Pengurus Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi ketika dihubungi BH, berkata beliau akan meninjau sendiri tempat bersejarah itu dalam tempoh terdekat, termasuk akan mengambil tindakan segera jika keadaan memerlukan.
 
Replika meriam dan harimau jadian dikhabarkan menjadi penunggu dan mengawal Bukit Malawati daripada ancaman, manakala buaya putih di muara sungai menghalang kemasukan elemen jahat ke Selangor suatu ketika dahulu. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 28.3.2015

Isnin, 23 Mac 2015

PERKEMBANGAN SMK JENGKA 2 TAHUN 1985

oleh-AHMAD BIN YAAKOB

1.  Kemudahan  Asas
1.1  Bangunan sekolah.
Pada tahun 1985 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 mempunyai empat  bangunan bilik darjah, satu bengkel  Seni Perusahaan, satu Dewan Besar, sebuah kantin dan sebuah bangunan Sains Pertanian.

1.2 Bilik-Bilik Khas
Bilik-bilik  adalah terdiri  dari kelas yang diubahsuai untuk kegunaan Kelas Sains Paduan  dan Rampaian  Sains, Bilik Sains Tulen dan Bilik Jahitan dan Masakan. Bilik Khas seterusnya ialah Bilik Bengkel Logam,  Bilik Bengkel Eletrik, Bengkel Kayu untuk Seni Perusahaan. Bilik alat pandang dengar pula masih dalam  proses melengkapkannya.[1]

1.3 Bilik Khas
Pada tahun 1985 SMK Jengka 2 mempunyai sebuah Bilik Senilukis dan lima buah makmal iaitu tiga buah makmal Sains Tulen satu Makmal SainsPaduan dan satu Makmal Rampaian sains.Sekolah juga mempunyai sebuah Bilik Sains Rumah Tangga, dua buah Bilik Seni Perusahaan, satu Pusat Sumber dan satu PSP Perpustakaan.

1.3 Guru

Bilangan  tenaga pengajar di sekolah ini ialah seramai 72 orang. Dari senarai kakitangan akademik mereka boleh  dijeniskan kepada:Siswazah  Sastera,Siswazah  Sains,Siswazah  Sains Pertanian,Siswazah  Agama lslam,Diploma Sains,Maktab  dan setaraf serta Guru Agama  lslam.Dari jumlah seramai 72 orang tenaga pengajar terdapat  13 orang guru  sandaran  tanpa latihan.

1.4  Kakitangan  am
Pekerja  sekolah  ini ialah seramai 20 orang yang  terdiri  daripada 10 pekerja  sekolah dan 10 pekerja  asrama.  sekolah ini telah kehilangan  seorang pekeria  iaitu: Cik Rosmah  bt. Ahmad
- Pegawai Kerani yang telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan  Bandar Jerantut.

1.5 Asrama
Penghuni-penghuni  asrama sekolah ini adalah  terdiri dari anak-anak  peneroka Rancangan Felda  Jengka  4, Jengka  5, Jengka 6, Jengka  7, Ulu. Jempol dan Kuala Sentol. Terdapat juga beberapa orang penghuni yang terdiri dari murid  yang datang dari kampung-kampung  yang berdekatan. Bilangan penghuni  sehingga penghujung  bulan Okt. 1985 ialah, Asrama Putera seramai 86 orang dan Asrama Puteri seramai 121 orang.[2]

Jumaat, 20 Mac 2015

SEJARAH PENGETUA-PENGETUA SMKJ2 SIRI 2

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

2.HAJI AHMAD TAJUDDIN BIN ABDUL HAMID 1980-1985

Tuan Haji Ahmad Tajuddin Abdul Hamid bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 selama lima tahun tiga bulan, lima belas hari. Beliau mula memegang jawatan sebagai Guru Besar SMK Jengka 2 pada 1 Januari 1980 bagi menggantikan Tuan haji Ibrahim. Semasa Haji Ahmad Tajuddin menjadi pengetua, jumlah pelajar tahun 1980 ialah seramai 1329 orang. Manakala pada tahun akhir perkhidmatan beliau iaitu tahun 1985  jumlah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 meningkat kepada 1501 orang.Pada bulan Mac 1985 beliau bertukar sebagai Pengetua di SMK Mengkarak Temerloh.[1] Beliau kemudiannya dilantik menjadi Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pendidikan Khas, PKM.Antara kejayaan yang dicapai dalam bidang ko-kurikulum ialah pada tahun 1982 Sharifah binti Mat mewakili MSSP dalam sukan bola jaring ke peringkat MSSM.[2] Pasukan bolasepak pula muncul johan peringkat daerah Maran.

Khamis, 19 Mac 2015

PENCAPAIAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM SMKJ2 1973-1979

PENCAPAIAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM SMKJ2 1973-1979 OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
1.PRESTASI AKDEMIK SMKJ2 1973-1979
Dalam tempoh 13 tahun mentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, Tuan Haji Ibrahim juga terlibat pencapaian sekolah dalam dua jenis peperiksaan iaitu Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Menurut Muhammad Zain Mat beliau merupakan salah seorang calon Sijil Rendah Pelajaran tahun 1975 dan peratus kelulusan sekolah ketika itu ialah sebanyak 70.%.[1]

      Keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1976 meningkat 6.7%, iaitu dari 70% tahun 1975 kepada 76.7%. Malangnya keputusan peperiksaan Sijil Rendah pada tahun 1977 dan tahun 1978  semakin merosot. Peratus kelulusan pada tahun 1977 ialah sebanyak 65.0%  iaitu merosot sebanyak 11.7%. Zaman kemerosotan ini berterusan apabila kelulusan Sijil Rendah Pelajaran tahun 1978 menurun kepada 42.7%.  Ini bermakna peratus kelulusan telah menurun kepada 22.3%. Tetapi keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran  pada tahun 1979 meningkat sebanyak 4.7%. Kelulusan SRP pada tahun 1979 ialah 47.4%.

2.PRESTASI KOKURIKULUM 1973-1979
Sukan bola sepak mula diperkenalkan di SMK Jengka 2 sejak Tuan Haji Ibrahim bin Haji Muhamad menjadi Pengetua antara tahun 1973 hingga tahun 1979.[2] Menurut Encik Muhammad Zain lagi, pada tahun 1970-an, pasukan bolasepak  SMK Jengka 2 semakin kuat. Latihan yang lebih baik dan kesungguhan pemain dan jurulatih telah melahirkan sebuah pasukan bolasepak yang kuat di SMK Jengka 2. Ini terbukti apabila SMK Jengka 2 muncul juara bola sepak peringkat daerah Maran sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada tahun 1977, 1978 dan 1979.[3] Pada tahun 1979 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 menjadi naib Johan Bahas Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang. Piala yang dipertandingkan ketika itu ialah Piala Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.[4]




[1]Temu ramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.
[2]Majalah Jaya Edisi 24, 2002, hlm.10
[3]Temu ramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.
[4] Jaya 2003 Edisi Jubli Perak, 26.

Rabu, 18 Mac 2015

SEJARAH PENGETUA SMKJ2 ANTARA TAHUN 1973-2015

 OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 memang tidak dapat dipisahkan dari sejarah pendidikan peringkat menengah di Felda Jengka Tiga Segi. Ia merupakan sebuah sekolah menengah pertama di Wilayah Jengka. Ini menyebabkan ramai anak-anak peneroka dari Felda Jengka 2, Jengka 3, Jengka 4, Jengka 5, Jengka 6, Jengka 7, Jengka 1, Jengka 10, Felda Ulu Jempol menuntut di SMK Jengka 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka secara rasmi pada 1.1.1973.[1]

Sekolah ini telah melahirkan tokoh kepimpinan Felda, wakil rakyat, tokoh pendidik dan para doktor perubatan seperti Doktor Muhammad Ali Hanafiah yang berasal dari Felda Ulu Jempol.[2] Sekolah ini juga turut melahirkan seorang doktor yang merupakan anak jati Felda Jengka 2 iaitu iaitu Doktor Zuriyati Ramli yang bertugas di Poliklinik Jengka.[3]Menurut Muhammad Zain Mat pelajar perintis Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, ketika itu sekolah ini hanya mempunyai empat orang guru dan 87 orang pelajar dan mempunyai seorang guru lelaki iaitu Mohd Yusuf Ismail.[4] Pengetua pertama SMK Jengka 2 ialah Tuan Haji Ibrahim bin Mohammad. Beliau menjadi Guru Besar antara tahun 1973 hingga tahun 1979.[5]

1.PENGETUA PERTAMA HAJI IBRAHIM BIN MOHAMAD 1973-1979.
Tuan Haji Ibrahim Mohamad mula menjawat jawatan sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Jengka 2 pada 1 Januari 1973. Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru Kaka, iaitu jawatan guru ketika itu dikenali sebagai Guru Kaka.Padabulan Januari 1949 beliau terpilih mengikuti kursus di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Beliau berjaya menamatkan pengajian pada tahun 1951.

      Setelah tamat pengajian di MPSI, Tuan Haji Ibrahim Mohamad telah ditugaskan mengajar di Sekolah Melayu Gintong. Sekolah ini merupakan tempat beliau menuntut ketika sekolah rendah  dahulu  dan beliau bertugas di sini selama 9 tahun. Sistem pembelajaran ketika itu membolehkan pelajar Darjah 6 belajar beberapa tahun sehinga lulus periksa.Pelajar yang mendapat sijil pertama akan menjagi Guru Kaka.Pada tahun 1961 beliau dilantik menjadi Guru Besar di Sekolah Kenamgsaan Perian, Pulau Tawar. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah rakyat yang telah diambil-alih oleh kerajaan.[6]
      Pada tahun 1964 beliau ditukarkan ke Sekolah LKTP Sungai Tekam. Pada bulan Januari 1970 beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Cebong, Tembeling. Kemudia pada tahun 1972 beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Tembeling menjadi guru biasa yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Ilmu Alam. Pada bulan Disember 1972 beliau mendapat arahan dari Pejabat Pelajaran Negeri untuk menjadi Guru Besar di SMK Jengka 2. Apabila tiba di Jengka 2 beliau mendapati SMK Jengka 2 masih lagi dalam pembinaan. Jadi beliau diarahkan untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Guru Besar SK Jengka 2, Encik Ahmad Osman telah menyediakan dua kelas untuk SMK Jengka 2. SMK Jengka 2 ketika itu mempunyai 87 orang pelajar.Manakala tiga orang guru yang bertugas ketika itu ialah Mohd Yusuf Ismail, Aisyah binti Haji Poya dan Jamaliah binti Ahmad, isteri Pengurus Felda Jengka 14.[7]

Pada bulan September 1973, bangunan SMK Jengka 2 siap dibina. Pada tahun 1974 pelajar SMK Jengka 2 semakin bertambah kerana pelajar sekolah rendah dari Jengka 1 mula masuk ke SMK Jengka 2 kerana cadangan pembinaan SMK Jengka 1 dibatalkan walaupun tapak bangunannya telah disediakan bersebelahan SK Jengka 1. Pembatalan ini berpunca dari jarak Felda 1 dengan Felda lain agak jauh.[8] Selain dari itu pelajar sekolah rendah dari Felda Jengka 2, 3, 4, 5,6,7 Felda Ulu Jempol, Felda Jengka 9, Jengka 10, Jengka 11 dan Jengka 12 turut bertumpu ke SMK Jengka 2.

     Ketika itu ramai anak-anak peneroka yang menghadapi masalah pengangkutan untuk ke SMK Jengka 2. Pada masa itu bangunan asrama belum ada.Jadi sebahagian kelas yang kosong di Blok A telah dijadikan asrama. Pada tahun 1975 peperiksaan SRP pertama telah diadakan di sekolah ini. Keputusan SRP SMK Jengka 2 ketika itu ialah 76%. Belajar yang berjaya ke Tingkatan 4 aliran Sastera masih menuntut di SMK Jengka 2. Menurut Muhamad Zain Mat ramai juga anak-anak peneroka yang melanjutkan pelajaran ke Kuantan. Beliau pula telah menyambung persekolah di tingkat empat di Melaka.[9]

      Menurut Tuan Haji Ibrahim, pada tahun 1975 bangunan asrama SMK Jengka 2 mula dibina. Pada tahun 1976 bangunan Asrama SMK Jengka 2 siap dibina dan jumlah pelajar SMK Jengka 2 semakin bertambah. Pada tahun 1977 pelajar SMK Jengka 2 mula mengampil Peperiksaan SPM pertama. Ketika itu tiada seorang pelajar yang mendapat pangkat 1. Tetapi pada tahun 1978 dua orang pelajar mendapat pangkat pertama.[10]Pada tahun 1979 bilangan pelajar SMK Jengka 2 meningkat kepada 1500 orang dan penghuni asrama meningkat kepada 200 orang. Doktor Muhammad Ali Hanafiah merupakan salah seorang penghuni Asrama Lelaki SMK Jengka 2 ketika itu.[11]Tuan Haji Ibrahim tamat bertugas di SMK Jengka 2 pada 31 Disember 1979 apabila ditukarkan ke SMK Padang Piol.



[1] Sejarah Sekolah, Jaya 2006,33
[2] Temu ramah dengan Doktor Ali Hanafiah pada 2 September  2014.
[3] Temu ramah dengan Doktor Zuriyati Ramli pada 18 Februari 2015.
[4] Temu ramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.
[5] ibid
[6] Wawancara, Jaya 87, 30.
[7] Ibid,31.
[8] Temu ramah dengan Enci Azlan Ahmad, GPK HEM SK Jengka 1 pada 20 Februari 2015.
[9]Temu ramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.
[10]Wawancara, Jaya 87, 31.
[11]Temu ramah dengan Doktor Ali Hanafiah pada 2 September  2014.

Isnin, 16 Mac 2015

SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
b)SultanMuhammad al-Fatih – Khalifah Uthmaniyyah
Latar belakang  Sultan Muhammad al-Fatih
 Kepimpinan  dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin  yang warak  dan bertoleransi
Penaklukan kota Konstantinople  melalui pelbagai strategi dan perancangan  - membuka laluan penaklukan ke Eropah  /Balkan
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar  hingga ke Eropah -
Serbia, Murah,  Romania, Albania dan Bosnia Herzegovina
b) Sosial
Pertambahan  penduduk Istanbul
 Mendirikan masjid-masjid
Instituisi pendidikan
Kebajikan  rakyat
c) Agama
Kebebasan  beragama
Gerakan jihad dakwah  Islamiah  ke benua Eropah.[1]
Latar belakang  Sultan Muhammad al-Fatih
  Nama sebenar  baginda  ialah Muhammad bin Murad binMuhammad  bin Bayazid.Baginda telah dilahirkan  pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu sebuah  bandar bersempadankan Turki-Bulgaria.Baginda juga dikenali dengan  gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya  membebaskan kota Constantinople.Sultan Muhammad al-Fatih  menaiki  takhta seawal usia 19 tahun apabila menggantikan  ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar  yang begitu luas selama kira-kira  30 tahun (1451-1481).Baginda merupakan  seorang negarawan  yang ulung dan seorang panglima  tentera yang agung  kerana telah memimpin  sebanyak  25 kempen peperangan.Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.[2]
Kepimpinan  dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin  yang warak  dan bertoleransi
Sultan Muhammad mengikuti sistem pendidikan yang sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulamak terkenal pada zamannya contohnya Syeikh Aq Shamsuddin dan Mulla al-Kurani. Kumpulan ulamak inibanyak mempengaruhi keperibadian dan pandangan bangindatentang kehidupan sehingga menjadi seorang pemimpin yang warak dan bertoleransi. Ketika zaman kanak-kanak baginda mempelajari al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti matematik, falak, sejarah dan pendidikan ketenteraan.  Baginda seorang pemuda yang warak. Malah jarang sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.[3]

Penaklukan kota Konstantinople 
Sejak  kecil, Muhammad  al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya  untuk menawan  kota Constantinople.  Sepanjang  dua tahun pertama  selepas menaiki takhta, baginda  mengkaji  pelan kota Costantinople  secara terperinci pada  setiap malam  bagi mengenal pasti  sebarang  faktor-faktor  kelemahan  kota tersebut.Baginda  juga turut mengkaji  sebab-sebab  kegagalan  kempen-kempen  panglima  Islam yang terdahulu  serta  berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi  terkini yang sesuai untuk digunakan.

      Baginda telah membuat  persiapan untuk menawan  kota Constantinople  dengan menyediakan  angkatan tentera yang besar dan  canggih. Angkatan  tenteranya disertai  kira-kira  265 000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan  400 buah kapal  laut. Baginda juga mengarahkan  pembinaan  peralatan  perang  termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak  bom seberat  300 kilogram dengan  jarak sejauh  1.5 kilometer.

Membuka laluan penaklukan ke Eropah  /Balkan
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang  lapan kilometer dari kota Constantinople.  Benteng ini dapat mengawal  rapi kapal-kapal  yang melintasi Selat Bosphorus.Baginda juga telah mengikat  perjanjian  damai dengan  pihak Wallachia,  Serbia dan Hungary  untuk memencilkan  Constantinople apabila diserang nanti.Dalam usaha untuk menawan kota Constantinople,  baginda membawa  bersama batalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi ke medan perarig bagi membakar,  semangat  jihad tenteranya terutama  semasa  mereka ,menghampiri dinding kubu kota tersebut.

Mengepung dan membuka Kota Konstantinople
Kota Konstantinolple telah dikepun dan diserang pada hari Rabu 19 April 1453 bersamaan 12 Rabiulakhir 857H bersama angkatan tenteranya seramai 265 000 orang. Dengan dihujani peluru meriam selama 48 hari, namun hanya dapat merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.Antara taktik peperangan yang digunakan ialah menggunakan menara bergerak yang lebih inggi daripada Kota Konstantinople. Baginda juga membawa kapal-kapal melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden Horn.Taktik peperangan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Tentera Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 67 kapal ringan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.[4]

Kapal-kapal Byzantine habis terbakar dibedil meriam tentera Islam. Tentera Islam turut diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad supaya tidak jemu kerana pengepungan selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam beramai-meramai melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk memasuki kota Konstantinople. Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya berjaya menawan Konstantinople.Beliau telah membuktikan kebenaran hadis nabi Muhammad SAW. Nama kota Konstantinople ditukar kepada Istanbul. Istanbul telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. Gereja besar St. Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi MasjidAya Sphia.[5]     

Penyatuan wilayah dan peluasan empayar  hingga ke Eropah –
  Tindakan penyatuan dilakukan  bertujuan menyekat  serangan kaumMagyar. Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan  Serbia.Namun,  usaha mendapatkan  wilayah tersebut  tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan Muhammad  al-Fatih berundur  seketika.Walau bagaimanapun,  ekoran  perebutan  takhta yang  berlaku dalam  kalangan  kerabat diraja Belgrade, peluang  tersebut telah digunakan oleh Sultan Muhammad  al-Fatih untuk menawan Belgrade  dan akhimya baginda berjaya.Sultan  Muhammad  al-Fatih  juga berjaya mennghapuskan  perikatan tentera  kerajaan Albania yang  berhasrat menjatuhkan  baginda.Kesan kejayaan  ini, kekuasaan  kerajaan  Turki Uthmaniyah semakin berkembang  di Eropah.[6]

b) Sosial
Pertambahan  penduduk Istanbul
Tindakan ini dilakukan kerana  bilangan  penduduk  kota berkenaankian berkurangan  akibat  terkorban  dalam peperangan.Baginda mengarahkan  supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman  mereka kembali semula ke kota berkenaan.Baginda juga mengarahkan  negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing  ke kota tersebut bagi memakmurkannya.Orang Islam dari Asia turut berpindah  secara beramai-ramai ke ibu kota yang baharu untuk menjalankan  aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya  yarrrg strategik.Namun, faktor utama yang mendorong kebanjiran  golongan imigran  ke kota ini ialah sifat baik dan pemurah Sultan  Muhammad al-Fatih yang sering melayani rakyatnya  tanpa diskriminasi.[7]

Mendirikan masjid-masjid
Gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang  Islam.Pada hari ini, gereja  tersebut  dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Bangunan masjid  diubah suai mengikut  seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan  ayat-ayat  al-Quran bertulisan  khat yang indah. Di luar masjid pula dibina  sebuah menara.  Padazaman sultan berikutnya,  bilangan menara meningkat kepada tiga buah.Baginda juga membina  1l buah masjid termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam Abu Ayyrb  al-Ansarri.  Di tepi masjid  ini dibina sebuah  kubah yang berwarna  putih. Tempat  ini akhirnya menjadi tumpuan  ahli tasawuf.[8]
Instituisi pendidikan
Institusi  pendidikan khasnya madrasah dan perpustakaan  telah dibuka dan ini menggambarkan baginda amat mementingkan aspek pendidikan.
Kebajikan  rakyat
Bagi menjaga kebajikan  rakyat, baginda mendirikan  hospital, rumah kebajikan,  rumah fakir-miskin  dan menyediakan kemudahan telaga.Untuk tujuan keselamatan  pula, baginda telah membina  limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi  dengan menara kawalan.

Agama
Kebebasan  beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah  ke Istanbul.  Sultan Muhammad al-Fatih  juga telah membenarkan  agama.Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalanMazhab Ortodoks mereka.Baginda juga telah meminta  pihak gereja berhimpun dan memilih seorang  ketua  paderi dalam  kalangan  mereka. Akhirnya,  Anadius dipilih sebagai ketua. Anadius  kemudian berkata bahawa  beliau lebih suka melihat serban Sultan daripada  melihat  topi Latin (Katholik)  kerana  pihak Katholik  Barat telah menindas  pihak Ortodoks.Sultan juga mengarahkan  supaya gereja  tidak dimusnahkan  atau diapa-apakan.[9]



[1]Ibid,35.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 86.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 153.
[4] Ibid,155.
[5] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 89.
[6]Ibid,88.
[7]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,83.
[8] Ibid,84.
[9]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 89.

Khamis, 12 Mac 2015

SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI


   Kepimpinan
Latar belakang Salahuddin  al- Ayyubi.
Nama penuh beliau ialah Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub.Di dunia Eropah, beliau digelar sebagai Saladin.Beliau berketurunan Kurdi daripada kaum Quraisy suku Ruwaidhah.
Beliau dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah lran pada tahun 1138 dan meninggal di Damsyik pada tahun 1193.Ketika berusia 17 tahun, beliau mula berkhidmat dengan Khalifah
Nur al-Din di Damsyik.
      Salehuddin al-Ayubi merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur pada Zaman Perang Salib. Beliau penentang kuat Perang Salib. Kejayaan terbesarnya ialah menumpaskan tentera Salib dan berjaya mengambil semula Baitulmuqaddis dan Palestin daripada tangan Kristian pada abad ke-12.[1]

SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI
Dasar kepemimpinan  dan pentadbiran :
a) Politik
Pengasas dinasti Ayyubiyah
Pemimpin yang warak dan bertoleransi
Memperkuatkan  angkatan tentera
Ekspedisi ketenteraan
menentang  kerajaan Fatimiyyah di Mesir dan tentera Salib di Palastin
Menawan Kota Baitulmuqaddis
Dasar terhadap  penganut agama Kristian dan Yahudi
b) Sosial
Menampilkan  akhlak yang mulia  untuk dicontohi
Memulih  dan membangunkan  negara
Memajukan  bidang pendidikan
c) Ekonomi
Sektor pertanian
Sektor percukaian
d) Agama
Menerapkan  semangat jihad
Menjadikan  ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah  pegangan rasmi negara  Mesir menggantikan fahaman  syiah
Kecintaan terhadap Islam khasnya  al-Quran dan Hadis.[2]



[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,83.
[2] “Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),34.

Jumaat, 6 Mac 2015

Jihad zaman Nabi Muhammad SAW, Khalifah al-Rasyidin abad ke-7

1.7.1    AHMAD BIN YAAKOB
               Pengertian Jihad oleh -
Kamus Dewan mentakrifkan jihad ialah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad bererti  kesulitan  atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad  menurut  pengertian  bahasa Arab adalah  pengerahan  segenap tenaga  manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.

    Menurut  istilah  syarak pula, makna jihad ialah perang  dan membantu  semua persiapan perang. Setiap mazhab mempunyai  pandangan  yang berbeza  tentang jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad  sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi  mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi  pula,jihad adalah mengerahkan  segala  kemampuan  dan tenaga dengan melakukan  perkara perang fi sabilillah baik dengan diri, harta,mahupun  lidah.

  Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang  dijalan Allah SWT dan mengerahkan  segala  kemampuan untuk memerangi  orang-orang  kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang menegakkan  kebenaran  melalui cara yang diredai-Nya, diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]

  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
b)  Jihad harta benda
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
g) Jihad menentang  golongan munafik
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
i)  Jihad menentang  kemungkaran dan kezaliman
j)  Jihad ekonomi  - membasmi kemiskinan  dan kemunduran
k)  Jihad politik
- Dawlah  Islamiah - menegakkan  masyarakat dan syiar Islam
 Kepentingan  jihad dalam gerakan  dakwah Islamiah.
 Syahid.[3]

  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa  dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui  pengorbanan  jiwa dan raga.Lazimnya  jihad  sebegini  ialah jihad di medan perang  dan mereka yang terkorban  diistilahkan  sebagai  syahid.Contohnya,  Saidina  Hamzah telah gugur atau syahid  di medan Perang Uhud.
b)  Jihad harta benda
Pengorbanan  wang dan harta juga termasuk  dalam jihad fi sabillah.Bagi golongan  kaya, mereka boleh menyumbang  harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang.Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq  menyerahkan  semua hartanya demi menegakkan  syiar Islam.
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
Idea yang bernas dan positif  serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.Contohnya,  Salman  al-Farisi  yang telah menyumbangkan  idea bagi pembinaan parit  dalam Perang  Khandak.[4]
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran  dan kezaliman  dalam  sesebuah pemerintahan.Oleh  sebab  itu, segala  kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah  ditentang  sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan  hati.Terdapat  dalil daripada al-Quran  yang menggesa  umat manusia melakukan  kebaikan,  iaitu surah al-Baqarah  ayat l12,"Tidak,  barang siapa yang menyerahkan  diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya  dan tidak  ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
  Berjihad melawan  nafsu ialah jihad yang paling tinggi  darjatnya  di sisi Islam.Melaluinya  seluruh tenaga disalurkan  supaya menuruti  jalan (manhaj) yang digariskan  oleh Allah SWT.Perjuangan melawan  nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan  nafsu, iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal  kepada ajaran  Islam, menyebarkan  dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran  yang diterima.[5]
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah.
Sikap dan keputusan Khalifah Abu Bakar terhadap golongan murtad  merupakan satu sikap yang sangat terpuji kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam. Keputusan Khalifah Abu Bakar bertegas memang tepat kerana sekiranya berlembut dengan golongan murtad maka ramai lagi kabilah Arab lain tidak akan membayar zakat. Walhal zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima dan sumber utama ekonomi umat Islam.[6]
g) Jihad menentang  golongan munafik
Jihad dalam  kategori ini bermaksud menentang  golongan  yang berselindung  di sebalik  nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan  munafik  ini. Misalnya,  dalam  surah ol-Munafiqun  yang menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan  ini.Antara dalil al-Quran yang  terdapat  surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan munafik ialah"Wahai
Nabi, berjihadlah  menentang orang-orang  knfir dan orang-orang munafik,  dan bertindak keras terhadap  mereka".
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
Selain berjihad di medan perang, umat manusia  juga disyariatkan berjuang  dalam  bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat  Islam tidak ketinggalan dalam  setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan.Tujuannya  supaya  umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi  wajib sekiranya tidak ada orang Islam yangunempelajarinya.



[1]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,75.
[3] “Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,72.
[5]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,76.
[6] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 140.