Rabu, 23 Mei 2018

Susun Lapis Masyarakat Feudal di England

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Raja
Dalam sistem feudal di England, raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi. Raja merupakan pemerintah yang berkuasa mutlak dan menguasai seluruh tanah dalam kerajaannya.Di bawah raja ialah golongan bangsawan yang menerima tanah secara langsung daripada raja. Raja akan memberikan hak pajakan tanah kepada golonganbangsawan/vassal. Sebagai balasan golongan bangsawan akan menawarkan bantuan ketenteraan kepada raja. Raja amat bergantung kepada golongan bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya.Bagi memastikan golongan bangsawan taat setia kepadanya, raja memberikan anugerah dan gelaran kepada golongan bangsawan. Namun terdapat juga bangsawan yang terlalu berkuasa hingga dapat mengancam kedudukan dan kekuasaan raja.Menjelang abad ke 16 dan 17, pemerintahan monarki mutlak diamalkan di England iaitu ketika pemerintahan Dinasti Tudor dan Stuarts.[1]
Bangsawan
Dalam susun lapis mesyarakat feudal, kedudukan golongan bangsawan ialah selepas raja. Golongan bangsawan membantu raja dalam hal ehwal pentadbiran dan menguruskan ekonomi. Golongan ini menerima tanah secara langsung daripada raja dan memerintah tanah tersebut.  Tanah yang dikurniakan oleh raja kepada golongan bangsawan boleh diwarisi oleh keluarga bangsawan.

      Tanah yang berada di bawah penguasaan dan pentadbiran golongan bangsawan dikenali sebagai manor. Golongan bangsawan menetapkan undang-undang bagi mengawal golongan petani yang mengusahakan tanah pertanian. Di samping itu, mereka menyewa atau memajak sebahagian daripada tanah mereka kepada golongan bangsawan yang lebih rendah.

      Sebagai balasan kepada tanah yang dikurniakan oleh raja, golongan bangsawan dikehendaki membayar cukai tanah, memberi taat setia kepada raja dan membekalkan bantuan ketenteraan kepada raja.[2]     

      Selain itu, raja turut mengurniakan pelbagai gelaran seperti duke, baron dan vassal kepada golongan bangsawan untuk mendapat sokongan daripada golongan tersebut. Menjelang abad ke-16, kedudukan dan peranan golongan bangsawan di England turut mengalami perubahan.

      Perang Bunga Mawar yang berlangsung antara tahun 1450 hingga 1485 menyebabkan pengaruh golongan tersebut mula merosot.  Perang ini mengukuhkan kedudukan raja-raja daripada Dinasti Tudor yang memerintah England ketika itu. Perkembangan ini menyebabkan raja dapat mengawal golongan bangsawan yang semakin lemah. Raja menguasai jentera pengawal pentadbir daripada golongan bukan bangsawan.[3]
Pahlawan Knight
Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Berkhidmat dengan raja,bangsawan (lord atau baron) dan mendapat ganjaran seperti tanah,harta, dan barang rampasan.
Bertanggungjawab melindungi bangsawan dan keluarga bangsawan. Terikat dengan sumpah yang mengkehendaki mereka berkhidmat untuk raja dan bangsawan. Boleh dipanggil bila-bila masa.
Knight mengagihkan tanah kepada serf dan sebagai balasan serf akan memberi perkhidmatan kepada knight.Knight pula akan melindungi serf dan keluarganya.Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah dan pasukan tentera sendiri. Mereka juga berhak memungut cukai di kawasannya.

Petani
Dalam susun lapis masyarakat feudal, golongan petani berada di bawah penguasaan golongan bangsawan. Golongan ini mewakili sebahagian besar daripada penduduk di England pada zaman tersebut. Golongan petani juga dikenali sebagai frreman, villain,sokeman, border dan cottar. Mereka tinggal di kawasan kampung yang dikenali sebagai manor dan mengusahakan tanah milik tuan tanah. Sebagai balasan tuan tanah akan memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada petani.[4]

      Golongan petani berada di bawah kawalan dan pengawasan tuan tanah dan membayar sewa, petani juga dikehendaki menawarkan khidmat buruh kepada tuan tanah. Antara tugas buruh yang dilakukan oleh petani untuk tuan tanah ialah mengusahakan tanah, membina bangsal, menggali parit dan membina jalan.

      Petani juga akan diberi sebidang tanah dan hasil daripada tanah tersebut digunakan untuk menyara kehidupan mereka. Petani juga tertakluk kepada kepada undang-undang kehakiman yang ditetapkan oleh tuan tanah.

Petani dikawal oleh tuan tanah antaranya oleh lord manor (institusi manor/ladang) yang akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani mendapatkan keadilan.[]

Mereka tidak dibenarkan meninggalkan manor tanpa kebenaran daripada lord. Dalam konteks ini, golongan petani hidup dalam lingkungan manor sebagai satu komuniti tertutup. Segala keperluan asas petani seperti makanan, pakaian dan peralatan disediakan dalam institusi manor.[5]

      Perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada abad ke-16 Masihi telah menyebabkan kehidupan petani mula berubah. Perkembangan aktiviti pertanian komersial, kemunculan bandar dan perkembangan perindustrian menyebabkan golongan petani berhijrah ke bandar. Tuan  tanah membebaskan golongan petani dan kini mereka menjadi buruh upahan kepada tuan tanah. Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara petani dan tuan tanah turut mengalami perubahan.[6] 

Hamba
Golongan  yang paling rendah dalam susun lapis masyarakat feudal ialah golongan hamba. Golongan hamba mewakili satu persepuluh daripada jumlah penduduk di England dan berada di bawah golongan petani Golongan hamba tidak memiliki tanah dan mempunyai kuasa perundangan yang terhad.[7] Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, kedudukan golongan hamba mengalami perubahan ekoran perkembangan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial di England. Golongan hamba dibebaskan oleh tuan tanah dan sebahagian besar daripada mereka berhijrah ke bandar. Mereka tidak terikat lagi kapada golongan tuan tanah.[8]  
Paderi
- Merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal.
Pada abadke-12 dan 13 M hampir l/3 daripada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.
Bishop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan. Campur tangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).[9]


[1]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,5.
[2] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga, ,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2016),6
[3] Ibid,7.
[iv] “Masyarakat Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,5.
[4] “Masyarakat Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,5.
[5] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga, ,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2016) 8
[6] Ibid
[7]Ibid, 8
[8] Aayadurai Letchumanan, Score in STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Ppenggal 1, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2016),33.
[9] “Masyarakat Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,5.

1 ulasan: