ANTARA perlawanan yang mencuri
tumpuan membabitkan pertembungan pasukan Belanda dengan Switzerland pada Piala
Dunia 1934 di Itali.
13 Mei 2018 3:00 AM
KETIKA pemilihan tuan rumah Piala
Dunia kali kedua dilakukan, dua negara Eropah iaitu Sweden dan Itali menawar
diri untuk menganjurkan kejohanan itu pada 1934.
Bagaimanapun, pada 14 Mei 1932,
Itali dipilih menggalas tanggungjawab tersebut, sementara Sweden menarik diri
sebelum undian dilakukan.
Ini kali pertama negara yang
menjadi tuan rumah Piala Dunia tidak menyertai pertandingan sebelum itu. Itali
tidak menghantar pasukan bagi menyertai Piala Dunia 1930.
Piala Dunia 1934 banyak
mencetuskan kontroversi. Pada tahun berkenaan, Itali ditadbir di bawah
pemerintahan Perdana Menteri, Benito Mussolini yang disifatkan sebagai seorang
diktator.
Mussolini telah menggunakan Piala
Dunia 1934 bagi mempromosi propaganda fasis dan mengawal kebebasan media.
Usahanya dapat dilihat dengan jelas pada poster Piala Dunia yang menggunakan
simbol fasis.
Kontroversi lain yang turut
tercetus ialah pengadil membuat keputusan pelik dan berpihak kepada tuan rumah.
Khabar angin tersebar bahawa
Mussolini dikatakan terlibat dengan pemilihan pengadil untuk perlawanan
melibatkan skuad Itali.
Pada kejohanan itu juga, Itali
menjadi tuan rumah pertama yang perlu beraksi dalam kelayakan bagi menyertai
Piala Dunia. Ia kali pertama dan terakhir tuan rumah tidak melayakkan diri
secara automatik.
Sebanyak 32 negara berminat
menyertai pertandingan itu tetapi hanya 16 yang mengesahkan penyertaan - Itali,
Romania, Belgium, Jerman, Sepanyol, Perancis, Belanda, Hungary, Czechoslovakia,
Sweden, Austria, Switzerland, Brazil, Argentina, Amerika Syarikat dan Mesir.
Pada 10 Jun, perlawanan akhir
berlangsung di Stadium Nazionale PNF di Rom di depan kira-kira 45,000 penonton
yang menyaksikan tiada gol terhasil sehingga pada 15 minit terakhir permainan.
Pemain Czechoslovakia, Antonin
Puc terlebih dulu meletakkan pasukannya di depan, namun kurang 10 minit sebelum
tamat perlawanan Itali menyamakan kedudukan menerusi Raimundo Orsi.
Dalam masa tambahan (kali pertama
permainan masa tambahan diadakan), Itali hanya memerlukan lima minit untuk
meledak gol kemenangan menerusi Angelo Schiavio.
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/propaganda-fasis-bayangi-piala-dunia-itali-1934-1.671400#ixzz5FNHYZo5j
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan