Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my
Malaysia terkenal dengan sejarah
Perak Man atau Manusia Perak iaitu rangka manusia tertua yang dijumpai Gua
Gunung Runtuh, Lembah Lenggong, Perak pada 1990.
Manusia Perak ini hidup kira-kira
10,000 tahun dulu dan bukti terunggul rangka manusia paling lengkap yang
ditemui pada zaman manusia awal di Asia Tenggara.
Di China pula mempunyai sejarah
Peking Man iaitu kumpulan manusia purba yang hidup di kawasan Zhoukoudian
kira-kira 300,000 hingga 700,000 tahun dulu.
Zhoukoudian terletak di daerah
Fangshan iaitu kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar raya Beijing.
REPLIKA Peking Man.
Bagaimanapun, 117 koleksi
berkaitan sejarah dan kebudayaan terawal di China itu boleh dilihat di dalam
Pameran Peking Man: Tapak Warisan Zhoukoudian di Muzium Negara yang berlangsung
dari 29 Mac hingga 16 Jun ini.
Kurator Bahagian Pengurusan
Koleksi Jabatan Muzium Negara Kiew Yeng Meng berkata, barangan dipamerkan itu
sebahagiannya fosil dan replika manusia purba terbabit.
“Di sini (Muzium Negara) kami
pamerkan tengkorak, tulang, gigi, rangka haiwan dan peralatan yang diperbuat
daripada batu digunakan pada zaman itu.
“Pengunjung boleh melihat secara
lebih dekat dan memahami berkenaan Peking Man yang boleh dianggap satu
keajaiban di negara itu,” katanya kepada Nuansa.
FOSIL haiwan purba zaman Peking
Man di Muzium Negara.
Katanya, sesuatu yang menarik
menanti pengunjung ialah dapat melihat perbezaan tengkorak antara Peking Man
dengan manusia moden.
Beliau berkata, mereka dapat
mengetahui aktiviti harian Peking Man seperti penggunaan api, membuat alatan
daripada batu dan menjalankan kegiatan memburu haiwan sebagai sumber makanan.
PERBEZAAN antara tengkorak Peking
Man dengan manusia moden.
“Pameran ini diharapkan dapat
memperkayakan budaya hidup masyarakat setempat dan memberi kepuasan kepada
pengunjung di samping menggalakkan usaha pertukaran budaya dan kerjasama antara
kedua-dua negara ini,” katanya.
Tapak Zhuokoudian adalah kumpulan
pertama yang disenaraikan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Tapak Warisan Dunia pada
1987.
PERBEZAAN anggota badan Peking
Man dengan manusia moden.
PAMERAN PEKING MAN: TAPAK WARISAN
ZHOUKOUDIAN
• KOLEKSI : 117
• TARIKH : 29 Mac hingga 16 Jun
2018
• MASA : Jam 9 pagi hingga 6
petang.
• ALAMAT : Galeri 1, Jabatan
Muzium Malaysia.
sumberArtikel ini disiarkan pada
: Rabu, 11 April 2018 @ 11:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan