Sabtu, 26 Mei 2018

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kedudukan Maharaja
Pada zaman Keshogunan Tokugawa, Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan.Meskipun Maharaja merupakan ketua negara, tetapi kuasa sebenar pemerintahan terletak ditangan Shogun. Tokugawa Ieayasu telah mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Beliau memperkenalkan undang-undang dan dan peraturan bagi mengurangkan pengaruh Maharaja dan putera raja.[1]

Kedudukan Shogun
Menjelang Zaman Keshogunan Tokugawa, kuasa pemerintahan terletak ditangan Shugon. Shogun Ieyasu mengukuhkan kedudukan dengan menubuhkan pasukan tentera yang kuat. Selain itu, Tokugawa Ieyasu  menyerahkan pentadbiran wilayah kepada vassal yang setia kepadanya.

      Beliau turut mengambil langkah meningkatkan kekayaan dengan melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial dan perlombongan. Di samping itu beliau juga mengawal golongan Daimyo yang menguasai daerah.[2]


Kepentingan golongan Samurai
Golongan Ssamurai mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat feudal di Jepun. Mereka terdiri daripada panglima perang yang bertanggungjawab memelihara  keamanan negara.

      Golongan samurai berkhidmat kepada golongan bangsawan dan mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain. Mereka digunakan oleh golongan bangsawan untuk mempertahankan hak dan keselamatan mereka.

      Golongan ini tidak dibenarkan memiliki tanah, sebaliknya mereka bergantung kepada bekalan beras yang diberikan oleh Daimyo. Golongan Samurai mempunyai minat dalam bidang kesenian dan kesarjaan. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawan di Jepun.[3]

Pemilikan Tanah
Pada Zaman Keshogunan Tokugawa, wilayah diserahkan kepada vassal yang setia kepada Shogun. Sshogun memberikan tanah kepada tuan tanah Daimyo yang setia kepadanya.  Tuan tanah yang setia akan mengawasi gerak-geri Daimyo yang diragui kesetiaanmya.

      Tokugawa Ieyasu mengambil langkah merampas tanah daripada Daimyo yang menentang pemerintahannya. Tanah-tanah yang dirampas diserah kepada tentera dan tuan tanah yang setia kepadanya. Shogun melantik gundai dan daikin untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.[4]

Kewajipan peribadi
Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo atau tuan tanah. Shogun menyerahkan tanah kepada Daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, Daimyo akan membantu Shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan.

      Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab terhadap kepentingan berdama iaitu satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan.[5]

Mobilti Sosial
Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 dan 17 terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap lapisan dalam masyarakat feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang berlainan.

      Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam hal ini perubahan status dan mobiliti sosial dalam masyarakat feudal di Jepun jarang berlaku. Umpamanya golongan pedagang meruapakan golongan yang dipandang rendah.[6]



[1] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua ,16.
[2]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga ,11.
[3]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,13.
[4] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga ,12.
[5] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua ,13.
[6] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan