07 Mei 2018 3:00 AM
SALAH seorang ahli paleontologi
sedang meletakkan sejenis cecair pada fosil yang ditemui.
DOLNI DISAN, Macedonia –
Sekumpulan ahli paleontologi dari Bulgaria dan Macedonia menemui fosil seekor
gajah yang dipercayai telah berusia 8 juta tahun selepas ia dijumpai secara
tidak sengaja oleh seorang pekerja ladang di sini baru-baru ini.
Para saintis dari Muzium Sains
Alam Semula Jadi di Macedonia dan Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Sofia,
Bulgaria mula bertindak mengorek fosil di sini dan mengatakan ia berasal
daripada zaman pra sejarah.
Saintis tersebut percaya bahawa
fosil itu dimiliki oleh seekor gajah yang dikenali sebagai Mastodon, mempunyai
berat kira-kira 10 kilogram (kg) dan berusia sekitar 50 tahun ketika ia mati
pada zaman Miosen.
Seorang pakar di Muzium Sains
Alam Semula Jadi Skopje, Biljana Garevska menjelaskan bahawa fosil tersebut
berasal daripada keturunan salah satu kumpulan gajah yang merantau di kawasan
seperti Savannah di benua Afrika.
Dalam pada itu, spesies tersebut
juga dikenali sebagai Choerolophodon dalam bahasa Latin dan habitatnya pula
dipercayai berada di Eropah dan Asia semasa zaman Miosen dan boleh hidup
kira-kira 5 juta tahun pada masa lalu. – Agens
SUMBER .KOSMO ONLINE 07 Mei 2018
3:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan