Ahad, 13 Mei 2018

SEJARAH PERKEMBANGAN SMK LKTP JENGKA 2 TAHUN 1973-1979



   Pelajar SMK Jengka 2 menumpang di SK Jengka 2 2 Januari-Mac 1993
          Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP  Jengka 2 telah  dibuka pada 21 Januari 1973.[1] Sekolah ini merupakan menengah pertama di Wilayah Jengka. Pada masa itu bilangan murid-murid hanyalah 87 orang.[2] Menurut Haji Ibrahim bin Muhamad, SMK Jengka 2 bermula dengan empat orang guru, guru-guru tersebut ialah, beliau sendiri sebagai Guru Besar, En Mohd Yusuf Ismail, Cikgu Aisyah Hj Poya dan Cikgu Jamaliah binti Ahmad.[3]  

      Menurut Tuan Haji Ibrahim Muhamad setelah diarahkan oleh Pegawai JPNP, En. Yasad bin Awang untuk bertugas sebagai Guru Besar di SMK Jengka 2, beliau telah pergi ke SMK Jengka 2 untuk meninjau keadaan di sana. bertugas melaporkan diri pada 1 Januari 1973, beliau terkejut apabila mendapati Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 belum siap dibina.[4] Beliau diarahkan oleh pegawai JPNP untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Encik Ahmad bin Osman telah menyediakan dua kelas untuk Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jengka 2 ketika itu menempatkan 87 orang pelajar SMK Jengka 2.[5]

      Pada 2 Januari1973, bermulalah pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 1. Menurut Tuan Haji Ibrahim Mohamad, pelajar pertama yang di SMK Jengka 2 ialah Cik Ton dari Felda Ulu Jempol.[6] Antara pelajar-pelajar yang mendaftar ialah Muhammad Zain bin Mat dari Felda Jengka 2, Dato’ Abu Bakar Harun dari Felda Jengka 3,Nor Aminah Jaafar, Razak Noh, Dato’ Anas, Saadiah binti Ishak, Latifah Che Min, Bakri Saad, Azmi Wahab, Azmi Iismail, Kamariah Haji Muhammad, Zaharah Ismail, Rosnani Hamid, Jaridah Mustafa, Zainab Husin, Abdul Murad, Halimatun Ssaadiah Sanusi, Zaitun Ssimat, Samsuri, idris Samsuri, Rosli Mansur dan Mmansor Saad.[7]


[1] Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad Guru Besar Pertama SMK Jengka 2 pada 7 Ogos 2015.
[2] Majalah Jaya Bil.2,14.
[3] Temu ramah pada 7 Ogos 2015.
[4] Ibid.
[5] Majalah Jaya 1987,30.
[6] Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2015.
[7] Temu ramah Cik Ton pada 12 Mei 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan