Sabtu, 5 Mei 2018

SEJARAH PERKEMBANGAN SUKAN BOLA SEPAK DI SMK JENGKA 2 1973.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PENGENALAN
Pada 1 Januari  1973 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 telah dibuka. Kini SMK Jengka 2 merupakan sekolah tertua di Felda Wilayah Jengka. Sukan bola sepak mula diperkenalkan di SMK Jengka 2 sejak Tuan Haji Ibrahim bin Haji Muhamad menjadi Pengetua antara tahun 1973 hingga tahun 1979.[1]
PENULIS BERSAMA ALLAHYARHAM MUHAMMAD ZAIN MAT TAHUN 2008
Menurut Muhammad Zain bin Mat, pada peringkat awal sukan bola sepak bukanlah sukan yang popular di SMK Jengka 2 kerana masalah ketiadaan padang bola sepak untuk pelajar menjalani latihan. Tambahan pula ketika itu mereka menumpang di Sekolah Kebangsaan Jengka 2 atas jasa baik Guru Besar, Encik Ahmad bin Osman. Selain itu, jumlah pelajar Tingkatan 1 ketika itu cuma 87 orang dan mempunyai seorang guru lelaki iaitu Mohd Yusuf Ismail.[2] oleh itu sukar untuk membentuk pansukan bola sepak sekolah.




[1]Majalah Jaya Edisi 24, 2002, hlm.10
[2] Temuramah Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan