Rabu, 17 Oktober 2018

SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEJARAH S1 2019 - TERENGGANU

1.  Kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran telah mempengaruhi kemunculan  
     masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi.  Bincangkan.

Pengenalan
·        Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.
·        Kemunculan masyarakat maritim Jepun dapat dikesan sejak abad ke-3 Masihi.
·        Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai dan kawasan kepulauan seperti Kyushu.
·        Pedagang-pedagang Jepun telah menjalankan hubungan perdagangan dengan China, Vietnam dan Korea.
·        Menjelang abad ke-16 masihi, Jepun mengamalkan dasar buka pintu kepada pedagang luar.
·        Terdapat beberapa faktor kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

Isi-isi Penting:
1.      Kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran

Kemajuan Teknologi Perkapalan
·        Masyarakat maritim Jepun mahir dalam bidang pembinaan kapal dan perahu
·        Mereka membina kapal dikenali sebagai shuinsen (kapal mohor merah) yang menggunakan teknologi tinggi iaitu senjata bagi mempertahankan diri dari serangan lanun dan sebagainya.
·        Kapal ini digunakan untuk pelayaran jarak jauh seperti ke Asia Tenggara.
·        Kapal dagang seperti Higaki-Kaisen dan Taru-Kaisen juga digunakan untuk perdagangan dalam negara.
·        Mereka mendapat pengetahuan teknologi perkapalan daripada orang Portugal, Sepanyol dan lain-lain. Contohnya Shogun Ieyasu mendapat bantuan daripada Sepanyol dalam bidang perkapalan dan bantuan teknikal daripada British dan Belanda.

Mahir Ilmu Pelayaran
·        Masyarakat maritim Jepun juga berkemahiran dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pelayaran.
·        Mereka mahir dalam ilmu astronomi, ilmu nautika dan kartografi
·        Masyarakat maritim  Jepun telah dapat melahirkan ramai ahli pelayaran menyebabkan kemajuan pesat dalam aktiviti pelayaran.
·        Kemahiran inilah telah mendorong masyarakat Jepun terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
·        Mulai abad ke-16, para pedagang dan pelayar Jepun telah sampai ke Asia Tenggara, Australia, India dan Amerika Selatan.
·        Pada abad ke-17 masihi, dianggarkan terdapat 350 buah kapal Jepun terlibat dengan aktiviti perdagangan antarabangsa.


(Selain itu, terdapat juga faktor lain iaitu)
2.      Kedudukan Geografi
·        Dari segi geografi, negara ini terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut.
·        Antara pulau yang jadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan Honshu.
·        Oleh kerana bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang bergunung-ganang, maka petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai.
·        Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan kegiatan berasaskan laut.
·        Perkembangan ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

3.      Galakan Pemerintah
·        Pemerintah juga memainkan peranan penting dalam kemunculan masyarakat   maritim di Jepun
·        Hideyosi merupakan pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan.
·        Beliau menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke seberang laut.
·        Semasa pemerintahannya, Jepun menjalinkan hubungan  perdagangan dengan China dan Korea.
·        Beliau mengawal  kegiatan perdagangan dengan negara-negara asing  dengan mengawal segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587.
·        Ekoran itu, pedagang Jepun di Nagasaki, Sakai dan Hakata menghantar ekspedisi ke Asia Tenggara.
·        Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk libatkan diri dalam perdagangan maritim. Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan Shuinsen diperkenalkan.
·        Berdasarkan dasar ini kapal dagang yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara asing dikehendaki memiliki mohor merah.
·        Ini menyebabkan ramai golongan bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan maritim.
·        Ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim.

4.      Kemunculan Pelabuhan
·        Kemunculan pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
·        Kepesatan perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot. Antara pelabuhan entrepot terpenting abad ke-16 ialah Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda yang juga menjadi tumpuan pedagang tempatan dan pedagang luar negara.
·        Menjelang pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu.
·        Kehadiran mereka mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun.
·        Perkembangan ini menjadikan Jepun sebagai kuasa maritim.

5.      Pengaruh Luar
·        Kemunculan masyarakat maritim disebabkan oleh pengaruh luar iaitu hubungan antara Jepun dengan negara-negara lain.
·        Menjelang abad ke-16, Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Portugal.
·        Shogun Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan Nagasaki.
·        Menjelang abad ke-17, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan perdagangan dengan Jepun.
·        Kedatangan pedagang Barat menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat dan meletakkan kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

6.      Dasar Kerajaan Jepun
·        Dasar buka pintu  yang diamalkan kerajaan Jepun menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
·        Dasar ini juga menyebabkan masyarakat maritim Jepun terdedah pengaruh dari luar seperti Asia dan juga Barat.
·        Menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun.
·        Selain pedagang, golongan mubaligh Kristian juga terlibat dalam menyebarkan dakwah dikalangan penduduk Jepun.
·        Hubungan dengan Portugal menyebabkan  masyarakat maritim Jepun menerima  teknologi baharu dari Barat iaitu perkapalan.
·        Perkembangan ini memainkan peranan dalamm merancakkan kegiatan maritim.

7.      Perdagangan
·        Perkembangan perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
·        Pada Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di Jepun. Pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara.
·        Menjelang zaman Tokugawa, hubungan perdagangan terjalin denngan China, Korea dan Vietnam.
·        Pedagang-pedagang asing seperti pedagang dari Portugal juga datang ke Jepun.
·        Pada zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun.
·        Kedatangan pedagang asing ini menyebabkan munculnya masyarakat maritim di Jepun.

Kesimpulan
-        Secara keseluruhannya, kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran.
-        Disamping itu, terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kemunculan masyarakat maritim seperti kedudukan geografi, pelabuhan, galakan pemerintah dan sebagainya.



Catatan :

1.      Sekiranya calon hanya menjawab isi utama sahaja, markah maksimum yang layak diberi 8M.
2.      Sekiranya calon tidak menghuraikan isi utama sebagai isi penting, markah yang layak diberi 8M.










2.  Huraikan sistem pemerintahan negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18
     hingga abad ke-19 Masihi.

Pengenalan

-        Istilah persekutuan berasal dari perkataan Greek iaitu feodus  yang membawa maksud perjanjian.
-        Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah negeri atau wilayah yang dahulunya bebas tetapi kemudian menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.
-        Pemerintahan persekutuan merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan negeri (tempatan). 
-        Setiap peringkat pentadbiran diberi kebebasan untuk mentadbir mengikut kuasa yang diperuntukkan.
-        Pentadbiran kerajaan persekutuan terbahagi kepada tiga badan utama iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Isi-isi penting
1.      Pengasingan Kuasa
-        Sistem pentadbiran Persekutuan Amerika Syarikat menekankan pengasingan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri.
-        Setiap peringkat pentadbiran diberi kebebasan untuk menguruskan pentadbiran mengikut kuasa yang diperuntukkan.
-        Kerajaan pusat berkuasa dalam perkara yang penting seperti pertahanan, percukaian, mata wang, dan dasar luar negara.
-        Kerajaan negeri berkuasa dalam menguruskan hal ehwal tempatan  di negeri masing-masing.
-        Pengasingan kuasa yang dijalankan bertujuan untuk mengawal dan mengimbang kuasa antara  eksekutif, perundangan dan kehakiman.
-        Keadaan ini supaya, kuasa sebenar tidak bertumpu pada satu-satu badan atau individu tertentu sahaja. 
-        Pengasingan kuasa berlaku antara kerajaan pusat dan kerajaan tempatan atau negeri.

2.      Amalan demokrasi
-        Perlembagaan Persekutuan Amerika Syarikat 1789 menetapkan pembentukan kerajaan persekutuan menerusi amalan demokrasi. 
-        Pemilihan presiden dan anggota kongres dilakukan menerusi sistem  pilihanraya.
-        Wakil-wakil dari Parti Federalis dan Parti Republikan bertanding untuk memilih presiden.
-        Pilihanraya untuk memilih presiden dan anggota kongres pernah diadakan pada tahun 1796 dan 1800. 
-        Amalan demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang bakal mentadbir negara.
-        Amalan demokrasi juga membolehkan pemindahan kuasa dilakukan secara aman.

3.      Badan Eksekutif
-        Badan eksekutif diketuai oleh presiden yang dipilih melalui pilihanraya.
-        Presiden dipilih untuk tempoh 4 tahun dan selepas tamat tempoh boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama 4 tahun berikutnya.
-        Segala urusan pentadbiran negara Amerika Syarikat dipusatkan kepada presiden dan ini bermakna presiden memegang kuasa yang begitu tinggi dan unggul.
-        Tempat presiden akan diambil alih oleh timbalan presiden jika presiden meninggal dunia atau meletak jawatan sehingga cukup tempoh untuk diadakan pilihanraya semula.
-        Kuasa seorang presiden termasuklah menjadi ketua turus angkatan tentera, merunding perjanjian, menerima duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan termasuklah hakim persekutuan, mempunyai kuasa pembatal undang-undang, mentadbir undang-undang persekutuan, memberi pengampunan dan mentadbir kongres.
-        Semua undang-undang yang diluluskan oleh kongres (terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan) mesti ditandatangani oleh presiden.
-        Namun begitu, presiden boleh menolak daripada menandatangani sesuatu undang-undang.
-        Keistimewaan presiden ialah boleh membatalkan undang-undang dengan kuasa veto dan boleh mengawasi kongres melalui dua pertiga undi kongres.
-        Kuasa presiden juga kadang kala mengatasi kuasa kongres apabila berupaya mengisytiharkan peperangan terhadap negara luar, sedangkan tugas ini berada di bawah kongres.
-        Namum, presiden juga boleh dipecat melalui sokongan 2/3 dewan jika terlibat dalam rasuah, pengkhianatan atau jenayah besar.

4.      Badan Perundangan
-        Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai kongres dan ahlinya turut dipilih melalui pilihanraya oleh rakyat.
-        Ahli kongres terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Tiap-tiap negeri akan memilih dua ahli bagi Dewan Senat manakala ahli Dewan Rakyat dipilih mengikut jumlah penduduknya.
-        Peranan utama kongres ialah menggubal undang-undang. 
-        Keistimewaan kongres dapat mengatasi kuasa veto presiden.
-        Setiap negeri akan memilih dua ahli Dewan Senat dan memilih ahli Dewan Rakyat.
-        Dewan Rakyat (perwakilan) mempunyai ahli lebih ramai daripada Dewan Senat. Ahli Dewan Rakyat berjumlah 435 orang dan setiap ahli akan mewakili 30, 000 orang rakyat bagi tiap-tiap dua tahun.
-        Dewan ini juga turut berkuasa menentukan presiden jika timbul kekurangan majoriti undi calon presiden dalam pilihanraya.
-        Dewan Senat pula mempunyai keahlian seramai 100 orang iaitu dua orang akan mewakili setiap negeri dan digelar senator.
-        Ahli Dewan Senat yang dipilih mesti berumur 30 tahun serta bermastautin di kawasan yang diwakili dan menjadi warganegara sekurang-kurangnya 9 tahun.
-        Mereka akan berkhidmat sebagai ahli dewan selama 6 tahun.
-        Dewan Senat diketuai oleh timbalan presiden.
-        Dewan Senat mempunyai kuasa pemutus undang-undang kewangan dan berupaya untuk menolak atau menerima rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
-        Dewan ini juga berperanan dalam pemilihan presiden.

5.      Badan Kehakiman
-        Badan kehakiman Amerika Syarikat terdiri daripada Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Negeri.
-        Badan ini merupakan badan yang bebas dan tidak menerima campur tangan politik sama ada daripada presiden atau ahli-ahli kongres.
-        Bukti kebebasan dan ketelusan badan ini ialah jika presiden dan ahli kongres melanggar perlembagaan, mahkamah boleh mengambil tindakan.
-        Mahkamah Negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi semua kes yang melibatkan undang-undang  negeri kecuali terdapat percanggahan antara undang-undang negeri dengan persekutuan.
-        Mahkamah Negeri berfungsi untuk menghakimi perkara yang bersangkutan dengan penetapan hak-hak di bawah perlembagaan negeri.
-        Badan Kehakiman Amerika mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan tindakan-tindakan kongres, keputusan presiden, tindakan diplomasi ataupun syarat-syarat perjanjian mahupun dokumen undang-undang di sesetengah perundangan negeri sebagai melanggar perlembagaan.

Kesimpulan
-        Perlembagaan Persekutuan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah negara itu.
-        Pembahagian kuasa telah memastikan pentadbiran dijalankan dengan teratur.
-        Sistem pentadbiran kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat telah turut mempengaruhi negara-negara lain di dunia.



















3.  Bincangkan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jerman pada abad ke-16 hingga 17 Masihi.
Pengenalan
-  Pada abad ke-16, Jerman masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme yang mengutamakan     
   pertanian sebagai kegiatan utama dan sumber pendapatan negara.
-  Petani yang tertindas telah menuntut kerajaan agar melakukan pembaharuan untuk  meningkatkan 
taraf hidup mereka.
- Melalui campurtangan kerajaan, sistem ekonomi feudalisme di Jerman telah mengalami
   perkembangan.
- Sistem ekonomi feudalisme di Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang utama iaitu pertanian,
   perindustrian, perdagangan  dan perbankan.

Isi-isi penting:

1. Kegiatan pertanian
-  Jerman mengamalkan sistem tiga bidang pertanian.
-  Contoh tanaman bijirin seperti gandum, barli, oat dan kekacang.
-  Peralatan yang digunakan hanyalah tenggala yang diperbuat daripada kayu, sabit untuk    
   menebas rumput dan binatang ternakan untuk menggembur tanah.
-  Selepas tanaman dituai, binatang ternakan akan dibebaskan ke tanah-tanah ini dan tiada  
   tanaman lain yang ditanam.
 - Petani-petani Jerman juga dibebankan dengan cukai tanah dan tidak bebas melakukan  
   pekerjaan lain seperti memburu, menangkap ikan, dan memotong kayu.
-  Mereka hanya menurut perintah dan ditindas oleh tuan tanah dan hidup dalam kemiskinan
-  Penindasan ini membawa kepada pemberontakan yang bertujuan menuntut kebebasan, hak  
 dan pembaharuan bagi mengubah taraf hidup yang lebih baik.
-  Walaupun pemberontakan ini gagal, namun beberapa perkembangan dalam bidang pertanian  telah   
    berlaku.
 -Antaranya:
a) pembinaan terusan contoh Terusan Frederick William
b) pengecualikan cukai selama 10 tahun kepada petani
c) menggalakkan penternakan lembu susu
d) melaksanakan pembahagian tanah kepada petani
e) wujudkan pengkhususan pekerjaan
 -Perkembangan ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan hasil pengeluaran di Jerman.

2. Kegiatan industri
 -Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran pada abad ke-16, bukan sahaja untuk pasaran  
   dalaman, malahan untuk dieksport.
-Kain dan teknik pengeluaran sutera yang diimport dari dunia ke Eropah oleh pedagang Arab
pada abad ke-16 di Itali telah berkembang luas ke seluruh Eropah
-Jerman juga mengusahakan perusahaan sutera dan tidak lagi bergantung kepada kain import
dari Asia dan Persia.
 -Selepas perang 30 tahun, industri tekstil berkembang di desa, di mana masyarakat desa
mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen.
 -Manakala, masyarakat bandar menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain
  dan kemudian memasarkannya.
 -Kegiatan industri mengalami perkembangan apabila kerajaan mengadakan pembaharuan seperti
   a) pembinaan jalan raya di Hesse.
   b) menambah tenaga buruh (mengambil tentera sbg tenaga buruh dan dibayar gaji)
   c) wujudkan kerjasama dengan pihak swasta/ persendirian
-Perkembangan ini membawa kepada kepesatan ekonomi di Jerman.

 3. Kegiatan Perdagangan
 -Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen.
 -Pelabuhan Hanseatic di Venice telah menjalankan perdagangan entreport iaitu membawa masuk
 barangan logam, bulu binatang, barangan kulit dan kain bulu.
  -Barangan yang dieksport pula seperti rempah ratus, barangan timur, sutera, barangan kaca, 
 senjata dan kertas.
 -Barangan ukiran dari selatan Jerman telah dieksport ke luar negara dan menjadi barangan
penting dalam hubungan perdagangan dengan Belanda.
  -Perkembangan yang pesat berlaku apabila bandar-bandar di Jerman menjadi pusat pemasaran
lembu dan bijirin, pusat pentadbiran dan penempatan pedagang serta tukang-tukang.
 -Kegiatan perdagangan semakin berkembang di Jerman dari abad ke-16M hingga abad ke-18M
iaitu barangan dagangan dibawa melalui jalan darat dari utara Itali ke pelabuhan entrepor
  Jerman Selatan.
Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman terlibat dengan kegiatan perdagangan antarabangsa secara giat.

  4.  Kegiatan Perbankan/ Institusi Kewangan
 -Bank-bank Jerman banyak menyumbangkan bantuan kewangan atau modal perdagangan
kepada perdagang.
-Peruntukan modal ini telah merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan Sepanyol
dan Portugal. Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile.
-Pada abad ke-18M, bandar Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran perkembangan
  ekonomi perbankan dan perdagangan.
 -Perkembangan perbankan ini telah melahirkan keluarga Fuggers Augburg yang kaya di Jerman
dan Eropah dengan memiliki aset sebanyak 200 000 gulden dan telah meningkat kepada 4 juta
gulden pada tahun 1546.
-Mereka telah melaburkan modal dalam perlombongan raksa di Sepanyol dan perkapalan serta  memberi pinjaman kepada Maharaja Rom Suci.
 -Perkembangan perbankan telah menyebabkan urusan perdagangan dan ekonomi feudalisme
 Jerman semakin maju.

  Kesimpulan:
- Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh peranan yang
dimainkan oleh golongan petani. Hasil keluaran pertanian yang semakin meningkat setelah pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membawa kepada berkembangnya industri
dan perdagangan serta institusi kewangan seperti bank. Hal ini membawa kepada kemajuan  ekonomi Jerman ke tahap yang sangat baik.
   
 Catatan
      *Sekiranya calon hanya memaklumkan kegiatan-kegiatan ekonomi tanpa menyentuh
        perkembangan bagi kegiatan berkenaan – markah tidak lebih daripada 8m
4.  Jelaskan faktor-faktor berlakunya Gerakan Pencerahan di Eropah pada abad ke-19 Masihi.
Pengenalan
-Gerakan pencerahan merupakan satu gerakan ke arah melahirkan masyarakat yang lebih terbuka, 
 bertoleransi, mempunyai pemikiran yang tidak dikongkong dan hidup berdasarkan undang-undang.
-Terdapat beberapa faktor berlakunya gerakan ini, antaranya kemunculan ahli-ahli falsafah,
 pengaruh zaman renaissance dan lain-lain.

Isi-isi Penting

1. Kemunculan ahli-ahli falsafah
-Kemunculan ahli-ahli falsafah dalam pelbagai bidang seperti Voltaire, Montesquieu dan
 Rousseau merupakan faktor pertama berlakunya gerakan pencerahan.
-Ahli falsafah ini telah menghasilkan idea-idea baru yang berpegang kepada logik akal dan keupayaan  
 akal manusia dalam merekacipta dan membuat inovasi.
-Kesemua ini adalah untuk memudahkan manusia dalam mengurus urusan harian dan memajukan  
 ekonomi negara melalui masyarakat yang berpengetahuan/ literasi.
-Membebaskan pemikiran masyarakat daripada mitos dan fantasi.
-Berani menentang pemikiran kolot dan menekankan rasionalistik dan sains bagi mencapai kehidupan 
 yang sempurna.

2. Pengaruh Zaman Renaissance
-Melahirkan semangat ingin tahu dan kritis.
-Idea ini membuka mata dan minda masyarakat Eropah di samping mengkritik sistem lama yang 
 ketinggalan zaman.
-Kesannya, muncul idea negara bangsa, ciptaan dan inovasi serta kemajuan dalam kesenian.
-Melahirkan masyarakat berfikiran terbuka dan bersedia hadapi perubahan.

3. Gerakan reformasi
-Melahirkan pelbagai aliran pemikiran dalam agama Kristian contohnya protestant, Anglican dal lain- 
 lain yang telah mengubah persepsi terhadap gereja.
-Berlaku peralihan peranan dan kekayaan yang dilaburkan untuk pembangunan dari gereja kepada 
 raja.
-Dengan kata lain, berlaku pemusatan kuasa kepada raja.
-Masyarakat mula keluar daripada kongkongan agama Kristian yang berasaskan kuasa mutlak gereja.
-Kemajuan dalam penciptaan dan inovasi sains telah membawa kepada penciptaan mesin cetak.
-Ini membolehkan kitab bible diterjemah ke dalam pelbagai bahasa dan boleh dibaca oleh pelbagai
 masyarakat.

4.Kemunculan dan peranan golongan pertengahan
-Kemunculan kelas pertengahan telah melahirkan ramai golongan intelektual seperti doctor, jurutera,
 ahli sains dan pakar dalam pelbagai bidang.
-Golongan ini berupaya merancang dan mentadbir urus syarikat, persatuan dan negara dengan lebih
 baik.
-Memiliki kekayaan dan ilmu pengetahuan serta berpandangan jauh.
-Menjadi penggerak dan membawa kepada usaha-usaha pelayaran dan penjelajahan ke luar negara.
-Kemajuan percetakan sekali lagi telah membolehkan idea-idea baru yang dipelopori oleh kelas
  pertengahan berkembang menerusi majalah, akhbar dan lain-lain.
-Keadaan ini membolehkan masyarakat Eropah menjadi celik akal dan mengurangkan kadar buta
 huruf.
-Keadaan ini membawa kepada permintaan yang tinggi untuk kamus, ensiklopedia dan kajian semua
 jenis ilmu pengetahuan.

 Kesimpulan
 Kesemua faktor di atas telah menyebabkan berlakunya gerakan pencerahan. Di mana Eropah telah 
 mengalami revolusi intelektual. Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat Eropah muncul sebagai
 masyarakat yang bertamadun tinggi dalam ilmu pengetahuan.





































5.  Nilaikan sumbangan Dr. Sun Yat Sen dalam menggerakkan Revolusi China 1911.

Pengenalan

-  Dilahirkan pada 12 Nov 1866 di daerah Hsiang-shan, Kwangtung di Selatan China
-  Menerima pendidikan barat di Sekolah Mubaligh Anglican dan Kolej Oahu di Honolulu, Hawaii
-  Pada tahun 1887, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Queens College di Hong
   Kong
-  Beliau berkhidmat dalam bidang perubatan di Macao dan seterusnya berpindah ke Canton
-  Semasa melanjutkan pelajaran di Hong Kong, beliau mula menceburkan diri dalam bidang politik
-  Beliau merupakan tokoh penting yang memberi sumbangan dalam Revolusi China 1911 yang 
    bertujuan menggulingkan Kerajaan Manchu

Isi-isi penting
1) Menubuhkan Pertubuhan Revolusioner
-  Pada tahun 1894, Dr Sun Yat Sen menubuhkan sebuah pertubuhan revolusioner, iaitu Hsing
   Chung-hui di Honolulu, Hawaii
-  Matlamat utama – menggulingkan kerajaan Manchu
-  Beliau mendapat sokongan daripada orang Cina di seberang laut untuk melancarkan
    pemberontakan
-  Tahun 1895- merancang untuk menawan Canton untuk dijadikan ibu pejabat Hsing Chung-hui
-  Gagal – lari ke Jepun dan menubuhkan cawangan Hsing Chung-hui di Yokohama, Jepun
Penilaian – Penubuhan Hsing Chunh-hui telah memulakan perjuangan Dr Sun untuk menggulingkan kerajaan Manchu

2) Menubuhkan Parti Revolusi
-  Pada tahun 1905, Dr Sun Yat Sen menubuhkan Parti Revolusi yang dikenali sebagai Tung Meng-
    hui.
-  Merupakan gabungan Hsing Chung-hui dengan dua buah persatuan revolusioner, iaitu Hua Hsing-
    hu dan Kung Fu-hui.
-  Matlamat penubuhan Tung Meng-hui adalah:
i) menjatuhkan kerajaan Manchu
ii) menubuhkan kerajaan republik
iii) menjadikan tanah-tanah hak kerajaan
iv) menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa ading di China
-  Tung Meng-hui meluaskan cawangan ke Brusells, San Francisco, Singapura, Tanah Melayu dan
    Honolulu.
-  Cawangan juga ditubuhkan di seluruh negara China terutama di bandar-bandar utama
-  Beliau memungut wang dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan
Penilaian – Dr Sun telah berjaya menggunakan Parti Revolusi untuk mempengaruhi pemikiran rakyat dan melancarkan penentangan terhadap kerajaan Manchu

3) Menyebarkan Perasaan Anti-Manchu
-  Dr Sun Yat Sen menyampaikan ceramah bagi menanam perasaan anti-Manchu dalam kalangan
     rakyat China
-   Beliau menulis rencana dalam akhbarnya - Min Pao di Tokyo
-   Gerakan revolusionernya mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, rakyat yang tidak puas hati
     terhadap kezaliman Manchu, kongsi-kongsi gelap dan tentera yang mendapat latihan Barat.
Penilaian – Dr Sun berjaya menanam perasaan anti Manchu dan mempengaruhi pemikiran rakyat
                  supaya bencikan pemerintahan Manchu

4) Mengemukakan Ideologi Revolusi
-  Dr Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu I), iaitu nasionalisme,
demokrasi dan kebajikan sosial.
-   Beliau berjaya menmpengaruhi orang ramai melalui ideologi tersebut
-   Antara prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh beliau:
i) Nasionalisme (Min-tsu chui-i)
      – Rakyat harus taat setia kepada negara
      - Melibatkan penyatuan bangsa Cina, Mongol, Manchu, Tibet dan orang Islam
ii) Demokrasi (Min-chuan) 
      - Menubuhkan kerajaan yang menjamin kedaulatan  rakyat
            - Pentadbiran dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang mahir
      iii) Kebajikan sosial (Min-sheng chul-I)
            -  Kuasa diguna untuk menentukan keperluan rakyat
            - Pembahagian sama rata hak milik tanah untuk membaiki kehidupan petani
Penilaian – Idea revolusi yang dikemukakan mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menggulingkan
                   kerajaan Manchu

5) Melancarkan Pemberontakan
-   Antara tahun-tahun 1895 – 1911, Dr Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancang dan
    melancarkan 10 pemberontakan di China
-   Pemberontakan yang dilancarkan itu menjejaskan martabat dan maruah kerajaan Manchu
-   Pemberontak terpenting berlaku di Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Huan meletus pada 10
Oktober 1911 – menandakan permulaan Revolusi China yang dimulakan oleh tentera-tentera China 
yang dipengaruhi oleh Tung Meng-hui.
-   Pemberontakan merebak ke wilayah-wilayah lain dan berjaya mengisytiharkan bebas dari pengaruh
     kerajaan Peking.
-   Semasa revolusi meletus, Dr Sun Yat Sen tidak berada di dalam negara China
-   Beliau mendapat berita menegani revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika Syarikat
-   Beliau kembali ke China pada 25 Disember 1911 dan dilantik sebagai Presiden Sementara
-   Beliau memegang jawatan tersebut secara rasmi pada 1 Januari 1912 sebelum menyerahkan
     jawatan Presiden kepada Yuan Shih Kai.
Penilaian – Walaupun Dr Sun tiada dalam negara China semasa pemberontakan dilancarkan, namun pengaruhnya sangat kuat dan mendapat sokongan rakyat.

Kesimpulan
-   Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Manchu
-   Sebuah kerajaan republik ditubuhkan di China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi
    diturunkan takhta pada 12 Februari 1912.


Catatan:

Jawapan yang cemerlang perlu ada penilaian terhadap setiap sumbangan yang diberi.
Jika tiada penilaian – markah maksimum 8 m

6.  Bincangkan kesan-kesan Perang Dunia Kedua yang meletus pada tahun 1939 – 1945 dari aspek sosiopolitik.

Pengenalan
-        Perang Dunia Kedua berlaku selepas 20 tahun Perang Dunia Pertama.
-        Sebagaimana Perang Dunia Pertama, peperangan ini juga bermula di Eropah dan kemudiannya merebak ke negara-negara Asia.
-        Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland.
-        Di rantau Pasifik, Jepun menyerang Pangkalan tentera laut di Pearl Harbour, Hawaii pada 7 Disember 1941 dan ini menyebabkan Amerika Syarikat menyertai pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
-        Antara pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua ialah Kuasa Paksi yang terdiri daripada Jerman, Itali dan Jepun dan Kuasa Bersekutu (Berikat) yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.
-        Perang Dunia Kedua telah meninggalkan kesan sosiopolitik terhadap negara yang terlibat.


KESAN SOSIAL

i) Kematian dan kemusnahan harta benda.
-  Perang Dunia Kedua mengobankan banyak nyawa.
-  Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkoban akibat serangan bom.
-  Manakala tenteranya berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran.
-  Kadar kehilangan nyawa yang tinggi juga dialami oleh Rusia.
-  Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta orang tentera terkorban.
-  Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera, lebih separuh daripada jumlah itu
    ialah tentera Bitain.
-  Amerika Syarikat pula kehilangan 325 000 orang tentera.
-  Jumlah keseluruhan orang awam dan tentera yang terkorban ialah antara 25 juta hingga 30 juta
    orang.  

ii) Masalah Pelarian
-  Lebih kurang 6 juta kumpulan etnik minoriti Jerman di Czechoslovakia & Hungary menjadi
   pelarian
-  Ratusan ribu pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu kembali ke negara asal telah menjadi
   pelarian

iii) Perubahan Peranan Wanita
-   Penglibatan ramai lelaki dalam perang telah menyebabkan berlaku masalah kekurangan pekerja di
     sektor perindustrian & perkilangan
-   Golongan wanita mula bekerja dalam sektor perindustrian
-   Ramai menjadi buruh di kilang-kilang





KESAN POLITIK

i) Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
-  PBB ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua tamat iaitu pada bulan Oktober 1945
-  PBB ditubuhkan kerana kegagalan Liga Bangsa memainkan peanan berkesan untuk menghalang
    peperangan.
-  Matlamat PBB ialah untuk memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan, menggalakan 
kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial dan ekonomi serta memberi bantuan kemanusiaan dan 
mencegah wabak penyakit dalam kalangan negara anggota.

ii) Dekolonisasi
-   Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penduduk jajahan terutama di Asia dan Afrika bangkit
     menentang penjajah
-    Muncul gerakan untuk membebaskan tahan air daripada penjajah bagi membentuk negara dan 
     bangsa mereka sendiri.
-   Kemusnahan di negara-negara Eropah telah menjatuhkan maruah negara tersebut dalam kalangan –
     penduduk di tanah jajahan
-   Kos peperangan yang tinggi menyebabkan negara-negara Eropah menghadapi masalah kewangan
    untuk menguruskan tanah jajahan.
-   Ini menyebabkab negara-negara Eropah memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan
    kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.
-   Antara tahun 1945-1970 banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemedekaan.
    Contohnya:
Tahun 1947 – India dan Pakistan mencapai kemerdekaan dari British
Tahun 1945 – Indonesia mencapai kemerdekaan dari Belanda

iii) Perang Dingin
-   Selepas tamat perang Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia.
-   Hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi renggang semasa Persidangan Yalta pada
     tahun 1945
-   Amerika Syarikat memperjuangkan penubuhan kerajaan  demokrasi di Eropah Barat
-   Rusia berjuang untuk mengasaskan pemerintahan komunis di Eropah Timur.
-   Pertentangan ini menyebabkan hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin tegang sehingga
     mencetuskan Perang Dingin.
-  Semasa Perang Dingin belangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan
    untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.
-   Perang Dingin berlanjutan hingga keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun
    1989

iv)  Perpecahan Wilayah Jerman
-  Perang Dunia Kedua menyebabkan perpecahan Jerman kepada empat zon yang dikuasai oleh
    Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Rusia.
-   Dalam Persidangan Postdam, keempat-empat kuasa besar mencapai kata sepakat untuk
mengamalkan sistem ekonomi yang seragam di zon-zon tersebut
-   Pada bulan Disember 1946, Britain, Perancis  dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon
ekonomi mereka.
-  Jerman Barat telah mendapatkan bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat melalui Rancangan
    Marshall
-  Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis.
-  Pada bulan Mei  1949 Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan dan ibu kotanya di Bonn. Republik 
    Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober 1949 dengan ibu kotanya di Berlin.

v)  Perpecahan Sempadan Negara Eropah
-  Soviet Union meluaskan sempadan hingga meliputi wilayah Jerman, Finland, Poland,
    Czechoslovakia, Romania, & Jepun
-  Soviet Union mguasai tiga negara – Estonia, Latvia, Lithuania yang tidak memihak kepada mana-
mana pihak dalam Perang Dunia Kedua
-Soviet Union berusaha menubuh kerajaan yang berasingan di wilayah yang dikuasai semasa
    peperangan berlangsung
-  Perancis telah bertindak mguasai Wilayah Saar dari Jerman
-  Poland mendapat ganti rugi dengan mguasai wilayah perindustrian di Silesia, Jerman
-  Jerman telah kehilangan ¼ daripada wilyahnya

Kesimpulan
-        Perang Dunia Kedua telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas negara-negara terlibat
-        Walaupun perang telah tamat, namun dunia masih bergolak berikutan kemunculan dua kuasa besar dunia yang dipimpin oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.





Catatan:
Jawapan yang cemerlang perlu merangkumi aspek sosial dan politik.
Jika calon menjawap satu aspek sahaja – markah maksimum ialah 8m
SUMBER- JPNP TERENGGANU.