Selasa, 22 Mei 2018

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL
KEDUDUKAN RAJA
KEMEROSOTAN PENGARUH BANGSAWAN
KEDUDUKAN KNIGHT
PEMILIKAN TANAH
KEWAJIPAN PERIBADI
MOBILITI SOSIAL

KEDUDUKAN RAJA
Menjelang abad ke-16 dan 17, muncul sisitem pemarintahan monarki mutlak di England.Mengikut susunan ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya seseorang raja mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan keudukannya seperti dilakukan oleh Raja Henry VII.[1]

      Dalam bidang politik beliau mengurangkan kuasa parlimen. Parlimen menurut perintah Raja Henry VII. Baginda juga menyekat pengaruh dan kuasa golongan bangsawan. Memansuhkan amalan memakai pakaian khas oleh golongan bangsawan.

      Dalam bidang ekonomi, baginda meningkatkan perbendaharaan negara, memperkenalkan tarif bagi melindungi industri tekstil dan kain kapas. Baginda turut mengenakan cukai import dan eksport. Kedudukan kewangan yang kukuh berjaya mengukuhkan kedudukannya. Dalam bidang perundangan, baginda menubuhkan Majlis Diraja  yang berperanan sebagai mahkamah. Majlis ini berperanan dalam mengawal keamanan dan keadilan.[2]

      Menjelang pemerintahah Dinasti Stuart, berlaku perselisihan antara raja dengan parlimen dalam mengukuhkan kedudukan masing-masing. Dalam hal ini Raja James I dan Raja Charles I telah mengambil tindakan bagi mempertahankan kedudukan mereka. Kemuncak kepada pertentangan ini menyebabkan parlimen memaksa Raja Charles I menandatangani Pengistiharan hak.

      Tujuan pengisytiharan ini diperkenalkan ialah untuk menyekat kuasa dan pengaruh raja. Menjelang pemerintahan Raja CharlesII, pemerintahan Raja Berperlembagaan diamalkan di England. Perkembangan ini menyebabkan raja tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang digubal oleh Parlimen.[3]

KEMEROSOTAN PENGARUH BANGSAWAN
      Menjelang abad ke-16 dan 17, pengaruh dan kekuasaan golongan bangsawan merosot. Kedudukan raja pula semakin kukuh ekoran perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi. Penglibatan raja dalam kegiatan ekonomi kapitalis mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Perkembangan ini menyebabkan raja England dapat mengawal golongan bangsawan.[4]

      Ekoran daripada penguasaan penguasaan terhadap golongan bangsawan, raja menjalankan pemerintahan secara mutlak. Kemerosotan pengaruh bangsawan menyebabkan muncul pegawai-pegawai pentadbiran. Pegawai-pegawai ini menerima gaji daripada raja bagi membantu mengendalikan mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran. Pegawai-pegawai ini terdiri daripada rakyat biasa yang mempunyai kebolehan dan kewibawaan dalam pentadbiran.[5]

KEDUDUKAN KNIGHT
      Dalam masyarakat feudal golongan knight memainkan peranan penting dalam bidang ketenteraan, tanggungjawab golongan ini ialah untuk mempertahankan raja dan golongan bangsawan daripada ancaman musuh. Mereka menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan harta benda daripada raja dan golongan bangsawan.[6]

      Menjelang abad ke-16 dan 17, peranan dan kedudukan golongan Knight mula berubah kerana pemerintah England tidak bergantung kepada golongan ini untuk mempertahankan negara dari musuh. Raja menubuhkan pasukan tentera yang berada di bawah kawalan dan penguasaannya.

      Perkembangan ini menyebabkan pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan knight sahaja. Golongan petani dan rakyat biasa juga direkrut untuk berkhidmat dengan pasukan tentera.[7]  

PEMILIKAN TANAH
Menjelang Zaman Pertegahan, kegiatan ekonomi masyarakat feudal amat bergantung kepada tanah. Raja mengurniakan tanah kepada bangsawan. Manakala golongan bangsawan pula akan membekalkan perkhidmatan tentera kepada baginda. Tanah yang berada di bawah penguasaan golongan bangsawan dikenali sebagai manor.

      Tanah yang dikurniakan oleh raja boleh diwarisi oleh keluarga golongan bangsawan. Menjelang abad ke 16 dan 17, perubahan dalam sistem ekonomi menyebabkan masyarakat tidak bergantung kepada tanah. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti pertanian komersial dan perindustrian. Perkembangan ekonomi komersial menyebabkan raja mengukuhkan kedudukan menerusi penguasaan terhadap kapitalisme.[8]

KEWAJIPAN PERIBADI
Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara lord tuan tanah dengan vassal penyewa tanah. Hubungan antara kedua-dua pihak tersebut adalah berdasarkan perjanjian (kontrak). Berdasarkan perjanjian tersebuat kedua-dua pihak saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama.[9]

      Dalam konteks ini, satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan tentera. Sebagai contoh, raja memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada golongan bangsawan. Sebagai balasan golongan bangsawan akan memberikan perkhidmatan ketenteraan kepada raja..

      Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam hubungan raja dengan golongan bangsawan. Kedudukan raja yang semakin kukuh meyebabkan raja tidak perlu lagi bergantung kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan. Raja mempunyai pasukan tentera sendiri dan tidak perlu lagi bergantung kepada golongan pahlawan dan bangsawan.  

MOBILITI SOSIAL
Masyarakat  feudal pada zaman pertengahan merupakan masyarakat bersusun lapis yang menpunyai kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang berlainan. Perubahan dalam kedudukan sosial dan status masyarakat jarang berlaku. Setiap golongan harus melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan. [10]

     Namun demikian perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17 menyebabkan wujud mobiliti sosial dalam masyarakat. Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis masyarakat turut mengalami perubahan. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang yang dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa. Hal ini membawa kepada kemunculan golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat.[11]


[1]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd,2015),2
[2] Ibid,3.
[3]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga, (Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2016),3.
[4]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua, 3.
[5] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga,,3.
[6] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua, 3.
[7] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua, 4.
[8] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga,,4.
[9]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kedua, 4.
[10] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga,,5.
[11] Ibid,5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan