Selasa, 29 April 2014

PERASMIAN PUSAT SAINS SMK JENGKA 2 OLEH TPM DATOK NAJIB TUN RAZAK 21.6. 2008

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

KETIBAAN HELIKOPTER PUTEH YANG MEMBAWA DATOK NAJIB TUN RAZAK

    KENANGAN BERLATAR BELAKANG HELIKOPTER YANG MEMBAWA TPM 2008
MAJLIS PELANCARAN PUSAT SAINS FELDA SMK JENGKA 2
JAMUAN MAKAN SELEPAS PERASMIAN PUSAT SAINS








Jumaat, 25 April 2014

Taufik Latif meninggal dunia

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
18 April 2014
 Taufik Latif meninggal dunia
Taufik Latif meninggal dunia Jenazah dikebumikan pada jam 12 tengah hari tadi di di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Gombak. - Foto Ihsan Mohd Radzi Mohd Ramly

SHAH ALAM - Pengacara terkenal era 70-an dan 80-an, Taufik Latif, 69 meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, malam tadi.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 malam selepas beberapa jam dipindahkan ke PPUM.

Difahamkan, Allahyarham menerima rawatan di Sime Darby Medical Centre Subang Subang sejak Ahad lalu akibat masalah jantung.

Berita pemergian Allahyarham itu dimaklumkan adik iparnya, Mohd Radzi Mohd Ramly melalui status laman sosial Facebook.

“Untuk makluman, abang Taufik Latif telah kembali ke rahmatullah. Jenazah akan dibawa ke rumah bondanya untuk urusan pengebumian,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada jam 12 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Gombak.


Selain masalah jantung, Allahyarham turut menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi.
RUJUKAN -SINAR HARIAN ONLINE 25.4.14

Rabu, 23 April 2014

PENUBUHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KERETAPI

Pada hari  ini  23.4 dalam  tahun  1958,  Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi telah ditubuhkan, di bawah peruntukan perkara 141, Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 144(1), fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan  Keretapi ialah melantik, mengesahkan dan menempatkan ke dalam jawatan tetap dan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan jawatan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota Perkhidmatan Keretapi.  Suruhanjaya  ini  yang terdiri  daripada  seorang  Pengerusi, Timbalan Pengerusi, tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada enam ahli yang lain  merupakan  anggota  yang  dilantik  oleh Yang di-Pertuan Agong.  Salah  seorang  daripada ahli-ahli Suruhanjaya adalah dilantik daripada kalangan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan dua orang daripada ahli-ahli yang lain dilantik daripada  individu yang berpengalaman dalam Perkhidmatan Keretapi atau Pentadbiran Keretapi.  Barisan  anggota  Suruhanjaya  ini yang  telah dilantik buat pertama kalinya terdiri daripada  Datuk Mohd Seth bin Mohd Sa'aid sebagai Pengerusi, Encik Abdul Hamid bin Abdullah sebagai Timbalan Pengerusi manakala  Encik Mohd. Tahir bin Kutah, Encik Siew Wye, Encik S.Govindasamy dan Encik S.C.E. Singam dilantik  sebagai  ahli  Suruhanjaya.

Rujukan-http://hids.arkib.gov.my/

RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DILULUSKAN

Oleh- ahmad Yaakob
Pada  hari  ini  23.4.14 dalam  tahun  1959, sebuah  Rang  Undang-Undang  Perbadanan  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka (DBP) telah  diluluskan.  Rang  Undang-Undang  tersebut  telah  dikemukakan  dan  diluluskan  dalam  Majlis  Undangan  Persekutuan Sejak  merdeka,  inilah  kali  pertama  sebuah  Rang  Undang-Undang  dibentangkan  dalam  Bahasa  Melayu,  Ahli-ahli Majlis  Undangan  tersebut  juga  menyokong  dalam  bahasa tersebut. DBP  yang  pada  mulanya  adalah  sebuah  Jabatan,  telah  menjadi  sebuah  Perbadanan  di  bawah  Kementerian  Pelajaran. Bermula  1 Ogos 1959,  cara  pentadbiran  DBP  telah  berubah  sebagai  sebuah  Perbadanan  yang  mempunyai  Lembaga.  Ia  dikenali  sebagai  Lembaga  Pengelola  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka.  Lembaga  ini bebas  menentukan  langkah dan  dasarnya  sendiri  dalam  hal-hal pentadbiran. Antara  langkah-langkah  yang  diambil  ialah  penubuhan  Jawatankuasa  seperti  Jawatankuasa  Kewangan, Jawatankuasa Penerbitan Buku, Jawatankuasa Tawaran (Tender), Jawatankuasa Perkhidmatan  dan  Jawatankuasa  Kerja. Tugas  Lembaga  yang  tertulis  di  dalam  Akta 213 ialah  menggalakkan  perkembangan  bahasa  dan  kesusasteraan  dalam  Malaysia. DBP  telah  berjaya  menampakkan  hasil  kerja yang  boleh  dibanggakan terutamanya  dalam  urusan-urusan  pentadbiran.  Sesuai  dengan kemerdekaan  yang  dicapai, fungsi  dan  kewujudannya  mula  mendapat  kepercayaan  dan  sambutan  orang  ramai.

Rujukan-http://hids.arkib.gov.my/

Jumaat, 18 April 2014

Harta karun biasa dijaga makhluk halus

NORDIANA JOHARI
19 April 2014
 Harta karun biasa dijaga makhluk halus
Harta karun biasa dijaga makhluk halus Abd Aziz menunjukkan artifak lama yang berjaya ditemuinya sebelum ini.
MELAKA - Seorang pencari harta karundi negeri ini, Abd Aziz Husin, 59, tidak menafikan kewujudan harta karun di Pulau Nangka dan Pulau Besar, di sini.

Bagaimanapun, katanya, harta berkenaan sukar dimiliki kerana biasanya didampingi makhluk halus.

“Pulau Nangka ini memang banyak harta, tetapi orang cukup ilmu saja boleh dapat. Jika tidak cukup ilmu, memangtak dapat sebab ada 'benda-benda halus' yang menjaga harta ini.

“Jika tidak banyak amalan, lupakan saja untuk mendapatkan harta,” katanya semasa ditemui di kediamannya di Muara Sungai Duyong, dekat sini, semalam.

Abd Aziz yang gemar mencari harta karun sejak 2006 sudah menemui pelbagai artifak lama di sekitar Muara Sungai Duyong.

Antaranya bom, tembikar, dulang timah dan duit syiling, sekali gus mengesahkan kesahihan teori kapal karam di perairan Selat Melaka.

RUJUKAN – SINAR HARIAN ONLINE 19.4.14

SELUAR PERANG DATOK BAHAMAN

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

Jumaat, 4 April 2014

Biografi Haji Mohd Salleh Bin Omar bekas Pengurus Besar LKWJ

oleh - AHMAD BIN YAAKOB

Penulis bergambar bersama Haji Salleh Omar di Pejabat Warisan Jengka, Bandar Pusat Jengka.
      Haji Salleh Omar dilahirkan pada 02 April 1952 di kampung Raja Chenor Temerloh Pahang.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chenor dari darjah 1 hingga darjah 6.Selepas tamat pengajian di darjah 6,beliau menyambung pengajian nya di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh sehingga tingkatan 5.Pada tahun 1973 Tuan Haji Salleh Omar kemudiannya mengambil peperiksaan STPM di Maktab Adabi Kuantan sehingga lulus.

      Setelah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM,pada tahun1974 Haji Salleh Omar telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan ekonomi.Semasa di Universiti,beliau terlibat dalam aktiviti sukan seperti bola sepak,sepak takraw, badminton dan juga aktif dalam Persatuan Anak Negeri (Pahang).Tuan Haji Salleh Omar juga dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) semasa orientasi pelajar-pelajar baru universiti.Beliau mendapat ijazah setelah tamat pengajian di UKM pada tahun 1978.

      Selepas tamat belajar di UKM sebagai pemegang biasiswa DARA, beliau mula bertugas di Lembaga Kemajuan Wilayah Pahang (DARA) Kuantan. Beliau menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Tanah. Beliau mula bertugas di pejabat DARA pada 16 Ogos 1978 sehingga tahun 1982. Semasa berada di bawah DARA tersebut, beliau sempat bertugas di beberapa bahagian. Antaranya adalah bahagian tenaga manusia dan latihan. Pada tahun 1983, beliau telah dipindahkan  cawangan DARA di Muadzam Shah. 

      Pada tarikh 16.5.1988 pula, beliau telah berpindah  ke Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka. Di LKWJ, beliau telah menubuhkan dan mengetuai satu bahagian sosial dan institusi yang memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian. Daripada tahun 1996 hingga 1997, beliau telah ditukarkan di beberapa bahagian di jabatan lain seperti bahagian perancangan dan perlaksanaan dan juga di bahagian hartanah serta di kerajaan tempatan. Pada 16.3.1997 terdapat khabar berita yang mengatakan bahawa LKWJ akan dibubarkan.  Pada tahun 1999 beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka sehingga sehingga ia dibubarkan dengan rasminya pada 2.10.2000 .