Rabu, 23 April 2014

PENUBUHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KERETAPI

Pada hari  ini  23.4 dalam  tahun  1958,  Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi telah ditubuhkan, di bawah peruntukan perkara 141, Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 144(1), fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan  Keretapi ialah melantik, mengesahkan dan menempatkan ke dalam jawatan tetap dan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan jawatan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota Perkhidmatan Keretapi.  Suruhanjaya  ini  yang terdiri  daripada  seorang  Pengerusi, Timbalan Pengerusi, tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada enam ahli yang lain  merupakan  anggota  yang  dilantik  oleh Yang di-Pertuan Agong.  Salah  seorang  daripada ahli-ahli Suruhanjaya adalah dilantik daripada kalangan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan dua orang daripada ahli-ahli yang lain dilantik daripada  individu yang berpengalaman dalam Perkhidmatan Keretapi atau Pentadbiran Keretapi.  Barisan  anggota  Suruhanjaya  ini yang  telah dilantik buat pertama kalinya terdiri daripada  Datuk Mohd Seth bin Mohd Sa'aid sebagai Pengerusi, Encik Abdul Hamid bin Abdullah sebagai Timbalan Pengerusi manakala  Encik Mohd. Tahir bin Kutah, Encik Siew Wye, Encik S.Govindasamy dan Encik S.C.E. Singam dilantik  sebagai  ahli  Suruhanjaya.

Rujukan-http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan