Oleh- ahmad Yaakob
Pada hari
ini 23.4.14 dalam tahun
1959, sebuah Rang Undang-Undang
Perbadanan Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) telah diluluskan.
Rang Undang-Undang tersebut
telah dikemukakan dan
diluluskan dalam Majlis
Undangan Persekutuan Sejak merdeka,
inilah kali pertama
sebuah Rang Undang-Undang
dibentangkan dalam Bahasa
Melayu, Ahli-ahli Majlis Undangan
tersebut juga menyokong
dalam bahasa tersebut. DBP yang
pada mulanya adalah
sebuah Jabatan, telah
menjadi sebuah Perbadanan
di bawah Kementerian
Pelajaran. Bermula 1 Ogos
1959, cara pentadbiran
DBP telah berubah
sebagai sebuah Perbadanan
yang mempunyai Lembaga.
Ia dikenali sebagai
Lembaga Pengelola Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Lembaga ini bebas menentukan
langkah dan dasarnya sendiri
dalam hal-hal pentadbiran. Antara langkah-langkah yang
diambil ialah penubuhan
Jawatankuasa seperti Jawatankuasa
Kewangan, Jawatankuasa Penerbitan Buku, Jawatankuasa Tawaran (Tender),
Jawatankuasa Perkhidmatan dan Jawatankuasa
Kerja. Tugas Lembaga yang
tertulis di dalam
Akta 213 ialah menggalakkan perkembangan
bahasa dan kesusasteraan
dalam Malaysia. DBP telah
berjaya menampakkan hasil
kerja yang boleh dibanggakan terutamanya dalam
urusan-urusan pentadbiran. Sesuai
dengan kemerdekaan yang dicapai, fungsi dan
kewujudannya mula mendapat
kepercayaan dan sambutan
orang ramai.
Rujukan-http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan