Jumaat, 4 April 2014

Biografi Haji Mohd Salleh Bin Omar bekas Pengurus Besar LKWJ

oleh - AHMAD BIN YAAKOB

Penulis bergambar bersama Haji Salleh Omar di Pejabat Warisan Jengka, Bandar Pusat Jengka.
      Haji Salleh Omar dilahirkan pada 02 April 1952 di kampung Raja Chenor Temerloh Pahang.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chenor dari darjah 1 hingga darjah 6.Selepas tamat pengajian di darjah 6,beliau menyambung pengajian nya di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh sehingga tingkatan 5.Pada tahun 1973 Tuan Haji Salleh Omar kemudiannya mengambil peperiksaan STPM di Maktab Adabi Kuantan sehingga lulus.

      Setelah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM,pada tahun1974 Haji Salleh Omar telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan ekonomi.Semasa di Universiti,beliau terlibat dalam aktiviti sukan seperti bola sepak,sepak takraw, badminton dan juga aktif dalam Persatuan Anak Negeri (Pahang).Tuan Haji Salleh Omar juga dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) semasa orientasi pelajar-pelajar baru universiti.Beliau mendapat ijazah setelah tamat pengajian di UKM pada tahun 1978.

      Selepas tamat belajar di UKM sebagai pemegang biasiswa DARA, beliau mula bertugas di Lembaga Kemajuan Wilayah Pahang (DARA) Kuantan. Beliau menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Tanah. Beliau mula bertugas di pejabat DARA pada 16 Ogos 1978 sehingga tahun 1982. Semasa berada di bawah DARA tersebut, beliau sempat bertugas di beberapa bahagian. Antaranya adalah bahagian tenaga manusia dan latihan. Pada tahun 1983, beliau telah dipindahkan  cawangan DARA di Muadzam Shah. 

      Pada tarikh 16.5.1988 pula, beliau telah berpindah  ke Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka. Di LKWJ, beliau telah menubuhkan dan mengetuai satu bahagian sosial dan institusi yang memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian. Daripada tahun 1996 hingga 1997, beliau telah ditukarkan di beberapa bahagian di jabatan lain seperti bahagian perancangan dan perlaksanaan dan juga di bahagian hartanah serta di kerajaan tempatan. Pada 16.3.1997 terdapat khabar berita yang mengatakan bahawa LKWJ akan dibubarkan.  Pada tahun 1999 beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka sehingga sehingga ia dibubarkan dengan rasminya pada 2.10.2000 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan