Selasa, 31 Julai 2018

Kemunculan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak

Kemunculan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak
Oleh-Ahmad bin Yaakob
Penghijrahan buruh asing ke Sabah
1.Orang Cina
Kemasukan orang Cina ke Sabah belaku akibat galakkan darpada syarikat tembakau dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Pada tahun 1880-an, ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir semua buruhnya dibawa masuk dari China. Selain itu, perkembangan perusahaan getah pada awal abad ke-20 juga menarik perhatian buruh asing Cina untuk datang ke Sabah. Pada tahun 1930, terdapat 30 buah ladang getah dengan hampir separuh tenaga buruhnya daripada orang Cina.[1]Petempatan orang Cina berkembang sehingga munculnya bandar Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau dan Kudat.[2]

2.Orang Indonesia
Buruh Jawa juga digalakkan masuk ke Sabah oleh SBBU untuk bekerja di ladang tembakau dan getah. Buruh-buruh dari Jawa tiba pada tahun 1882. Seramai 70 orang Jawa dibawa masuk dari Singapura oleh seorang agen Kompeni, W.H.Read. Buruh Jawa dibawa ke Silam untuk bekerja di Stesyen Percubaan Pertanian Kerajaan. Mulai tahun 1907, pengambilan buruh dari Jawa dilakukan secara teratur apabila pihak SBBU menjalin satu persetujuan dengan Belanda untuk mendapatkan buruh kontrak selama tiga tahun, kesan dari perkembangan pesat perusahaan getah di Sabah.

      Sebelum Perang Dunia Pertama, bilangan buruh dari Jawa yang berhijrah ke Sabah bertambah ramai ketika perusahaan getah berkembang pesat. Pada tahun 1911, bilangan buruh Jawa termasuk sebilangan kecil orang Indonesia yang lain tiba di Saah berjumlah 5510 orang. Pada tahun 1921 bilangan orang Indonesia meningkat kepada 11 223 orang dan seterusnya 10 014 orang menjelang tahun1931.[3]

3.Orang India
     Orang India datang ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam bidang pentadbiran, sokongan dan teknikal. Mereka terdiri dari orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Audit, Pelabuhan, Pos dan Telegraf, Keselamatan, Polis dan Penjara. Mereka diambil berkhidmat sebagai kakitangan sama ada pada peringkat pentadbiran, mahu pun pada peringkat bawahan.

      Orang India dibawa masuk untuk mengisi jawatan kerajaan di bawah pentadbiran SBBU. Keadaan ini berlaku kerana SBBU menghadapi masalah kekurangan kakitangan akibat keengganan bangsa Eropah yang lain berkhidmat di Sabah atas alasan negeri Sabah masih mundur. Mereka lebih gemar dihantar berkhidmat ke Hong Kong atau Singapura.[4] 

Penghijrahan buruh asing ke Sarawak
1.Orang Cina
Orang Cina merupakan kelompok terbesar dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera yangmeliputi 23.3% daripada jumlah penduduk Sarawak.Kawasan petempatan mereka tertumpu di bandar-bandar besar. Orang Cina di Sarawak dibahagikan kepada beberapa suku kaum seperti Hikkien, Foochow, Hakka, Teochew, Kantonis danHenghua. Mereka bertutur dengan menggunakan bahasa Mandarin dan Hokkien.

      Sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1840, terdapat sejumlah kecil orang Cina yang telah menetap di Sarawak. Mereka menjalankan beberapa kegiatan seperti bedagang, melombong emas dan bercucuk tanam. Orang Cina semakin ramai berhijrah ke Sarawak menjelang akhir abad ke-19, iaitu semasa pemerintahan Charles Brooke. Kebanyakan mereka


[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,148.    
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),134. 
[3]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,148.     
[4]Ibid,149.

Isnin, 30 Julai 2018

Negara Persekutuan Amerika Syarikat abad ke-18-19

OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
Konsep negara Persekutuan
Istilah persekutuan berasal daripada perkataan Greek, iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi kemudiannya menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.
 
Sistem persekutuan merupakan sistem pemerintahan yang terdiri daripada dua kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan pusat dan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu. Apabila  wilayah-wilayah tersebut bergabung ke dalam sebuah persekutuan, dengan sendirinya wilayah-wilayah berkenaan menyerahkan kedaulatan kepada kerajaan pusat dan ketaatan rakyat tertumpu kepada kerajaan persekutuan.[1]

      Sungguhpun wilayah tersebut telah menyerahkan kedaulatannya kepada kerajaan pusat, wilayah tidak akan hilang identiti kerana ada perkara-perkara tertentu yang dijamon oleh perlembagaan persekutuan. Perlembagaan Amerika tetap memberi kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana setiap negeri mempunyai latar belakang dan sejarah yang berlainan.

      Amerika Syarikat merupakan negara persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni Britain. Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas. Penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, namu perpaduan rakyatnya masih utuh.[2]

Pemerintahan Negara Persekutuan
Perlembagaan Amerika menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika.
 Presiden Amerika boleh membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto.Presiden juga mengawasi kongres. Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yangluas, rakyat tidak bangkit menentang kerajaan.Ini kerana kebebasan mereka tidak diusik. Perkara berkaitan dasar luar dan perdagangan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

Ciri-ciri negara Persekutuan.
Kerajaan pusat tidak diberi kuasa yang banyak. Persekutuan merupakan liga negeri dan bukan kerajaan pusat yang kuat. Kerajaan pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan kerana kurang sumber kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan pusat bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri. Kerajaan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri atau negara lain.[3]

Konvensyen Philadelphia 1787.
Dalam Konvensyen Philadelphia 1987 timbul perdebatan hangat tentang kuasa yang akan diberi kepada kerajaan pusat dan yang akan mengawal kerajaan pusat. Persidangan ini membawa kepada pembentukan Perlembagaan Amerika setelah kompromi dicapai dalam kalangan 13 buah negeri.

      Perlembagaan Amerika telah menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat. Ia dilakukan supaya terdapat satu sistem timbang tara sebagai perlingungan unsur-unsur authoritarian dan radikal.[4]
      Perubahan kedudukan kerajaan selepas abaf ke-18 (Konvensyen Philadelphia)
Antara perubahan ialah memberi kuasa kepadaKerajaan Persekutuan membuat keputusan dalam hal mata wang, mengisytihar peperangan , megenakan cukai, menggubal undang-undang berkaitan bidang kehakiman dan menguasai bidang perdagangan.

Presiden boleh membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto dan boleh mengawal kongres. Kongres pula melalui dua pertiga undi di kedua-dua Dewan Senat dan dewan Perwakilan boleh mengatasi kuasa veto Presiden. Oleh itu, apabila menggubal undang-undang satu pihak boleh mengawasi pihak yang lain.

      Oleh kerana kerajaan Persekutuan diberi kuasa yang lebih luas, rakyatnya juga tidak menentang kerana kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik dan kuasa berkaitan dasar luar dan perdagangan yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang berjaya mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.[5]




[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),143.  
[2] Ibid.
[3]“Negara Bangsa”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,73.   
[4]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,144,
[5] Ibid,145.

negara Kesatuan Perancis

oleh AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran –Membincangkan sistem pemerintahan negara kesatuan dan negara persekutuan.
Negara Kesatuan Perancis abad ke-18-19 (1700-1899)

1.a) Konsep negara kesatuan.
Negara kesatuan merujuk kepada kuasa kerajaan Pusat lebih luas berbanding kuasa kerajaan tempatan yang lebih terhad. Ia juga merujuk kepada pemusatan semua kuasa negara di dalam satu sistem yang memberikan kuasa tertinggi kepada kerajaan pusat.Contoh kerajaan kesatuan ialah Perancis, Britain, Itali dan Jepun.[1]

b.Pemerintahan negara kesatuan.
Konsep negara kesatuan yang diamalkan di Perancis merujuk kepada pemusatan semua kuasa negara sehingga memberi kuasa tertinggi kepada kerajaan pusat.

      Setelah sistem feudal dihapuskan, pentadbiran baharu diperkenalkan di Perancis. Perancis dibahagikan kepada 83 department atau wilayah. setiap department pula dibahagikan kepada cantons atau daerah. Setiap cantons dipecahkan lagi kepada commune.

      Departmen yang ditubuhkan pada tahun 1790 berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan . Pentadbirannya  diketuai seorangPrefet yang dilantik oleh kerajaan pusat. Setiap prefet bertanggungjawab terus kepada Menteri dalam negeri.

      Di setiap departmen diwujudkan General Council. Ahlinya dilantik pemerintah pusat. General Council menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan pusat.  Commune pula berperanan mendabir kawasan bandar.[2]  

      Commune dibentuk bagi mentadbir kawasan bandar. Institusi ini diketuai oleh Datuk Bandar atau Mayor sebagai ketua eksekutif. Selain itu diwujudkan juga sebuah Majlis Bandaran  (Municipal Council). Antara tugas Commune termasuklah mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk dan menguruskan pendaftaran perkahwinan.

      Datuk bandar merupakan wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Beliau berperanan untuk menguatkuasa undang-undang tempatan,mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja di kawasannya dan lain-lain. Bagaimana pun keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.[3]

      Commune merupakan isntitusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan dan sebagainya.[4]




[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,141.    
[2]“Negara Bangsa”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,73.   
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,142.     
[4]Ibid, 143. 

3. Bincangkan sistem persekutuan di Amerika Syarikat pada abad ke-18 hinggaabad ke-19.


Pengenalan

Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan pusat.  Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi  dua   kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu. Persekutuan Amerika dibentuk paa 4 Julai 1776.  Apabila Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan di Philadelphia. Amerika Syarikat mengamalkan sistem Demokrasi Berperwakilan.  Di bawah perlembagaan ini sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan,   Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang,  Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing dan   Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.
FAKTA 1

Badan Eksekutif diterajui oleh Presiden

TAAKULAN
Presiden Amerika Syarikat dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas tamat tempoh perkhidmatan presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua juga selepas empat tahun. Segala urusan pentadbiran negara Amerika dipusatkan kepada Presiden. Dalam hal ini Presiden memegang kuasa yang begitu tinggi dan unggul. Demokrasi perwakilan yang diamalkan oleh Amerika menyaksikan penyerahan kuasa yang banyak ke tangan Presiden. Tempat presiden akan diambilalih oleh Naib Presiden jika beliau meninggal dunia atau meletak jawatan sehingga cukup tempoh untuk diadakan pilihan raya semula. Kuasa seorang Presiden cukup besar termasuk menjadi ketua turus angkatan tentera, merunding perjanjian, menerima duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan termasuk hakim persekutuan, mempunyai kuasa pembatal undang-undang, mentadbir undang-undang persekutuan, mengampun kan orang perseorangan yang bersalah di peringkat persekutuan dan akhir sekali mentadbir kongres dan negara.

   Kuasa Presiden juga kadang kala mengatasi kuasa Kongres apabila berupaya mengisytiharkan peperangan terhadap negara luar, sedangkan tugas ini berada di bawah Kongres. Presiden walau bagaimanapun boleh dipecat jika terlibat rasuah, pengkhianatan atau jenayah besar maka Dewan berhak untuk mendakwa Presiden. Dewan Perwakilan mesti mendapat sokongan 2/3 dalam dakwaan rasmi. Presiden akan didakwa di Dewan Senat dan perbicaraan diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Agung. Kesimpulannya Presiden mempunyai kuasa yang kuat dalam menjalankan tugasnya meliputi Kabinet-Eksekutif, Pengurusan Rumah Putih dan sebagainya. Bahkan Presiden boleh dikatakan sebagai pusat pentadbiran negara bagi Amerika Syarikat yang meliputi kuasa seperti Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri di Malaysia.
                          

FAKTA 2
Badan Perundangan(Legislatif)

Taakulan
Badan Perundangan(Legislatif) Amerika dikenali sebagai Kongres. Tugas utama Kongres adalah menggubal undang-undang. Kongres terdiri daripada Dewan Rakyat(Perwakilan) dan Dewan Senat. Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh rakyat. Tiap-tiap negeri akan memilih dua ahli bagi Dewan Senat. Tiap-tiap negeri juga memilih ahli Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduknya. Kongres pada dasarnya mempunyai kuasa yang kuat dalam politik Amerika. Dewan Perwakilan (House of Representative) mempunyai 435 ahli dan ianya mengikut saiz dan kapasiti penduduk sesebuah negeri Amerika. Setiap ahlinya dipilih  untuk mewakili 30 000 orang rakyat bagi tiap-tiap dua tahun. Bagi mereka yang berjaya akan mendapat keistemewaan seperti tidak boleh didakwa di mahkamah serta tidak boleh menjadi saksi atau juri bagi apa juga kes di mahkamah. Dewan Perwakilan empat kali lebih besar dari Dewan Senat. Anggota dewan berhak untuk membawa sebarang usul ke Kongres, berkuasa menggubal undang-undang biasa, meminda perlembagaan dan memberi kebenaran kepada sebuah negeri baharu yang mahu menyertai persekutuan. Dewan ini turut berkuasa menentukan Presiden jika timbul kekurangan majoriti undi calon Presiden dalam pilihanraya. Dewan Perwakilan mempunyai peraturan sendiri iaitu Jawatankuasa Peraturan Dewan atau House Rules Committee.
                      
Ahli Dewan Senat dipanggil Senator. Ahli-ahlinya berjumlah 100 orang iaitu kira-kira dua orang bagi setiap negeri. Senator akan berkhidmat selama 6 tahun. Mereka yang dipilih akan berkhidmat selama enam tahun dan mestilah berumur 30 tahun serta bermastautin di kawasan yang diwakili dan menjadi warganegara sekurang-kurangnya sembilan tahun. Dewan Senat diketuai oleh Timbalan Presiden Amerika. Dewan Senat         mempunyai kuasa pemutus undang-undang kewangan dan berupaya untuk menolak atau pun menerima rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan perwakilan. Dewan ini turut berperanan dalam pemilihan Presiden yang mana pengesahan Dewan Senat diperlukan untuk tujuan tersebut. Sekalipun kedua-kedua Dewan mempunyai perbezaan namun kedua-duanya memainkan peranan yang begitu bermakna dalam pentadbiran Amerika

FAKTA 3
Badan Kehakiman
TAAKULAN
Badan Kehakiman Amerika terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Ia merupakan sebuah badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presien sekiranya beliau melanggar perlembagaan.  Di Amerika sistemm kehakiman terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Negeri. Mahkamah Negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi semua kes yang melibatkan undang-undang negeri kecuali terdapat percanggahan antara undang-undang negeri dengan persekutuan. Mahkamah Negeri berfungsi untuk menghakimi perkara yang bersangkutan dengan penetapan hak-hak di bawah perlembagaan negeri. Badan Kehakiman i Amerika mempunyai kuasa untuk mengistiharkan tindakan-tindakan kongres, keputusan presiden, tindakan diplomasi ataupun syarat-syarat perjanjian mahupun dokumen undang-undang di sesetengah perudangan negeri sebagai melanggar Perlembagaan. 

KESIMPULAN

Selepas mencapai kemerdekaan perlembagaan baharu telah digubal bagi 13 buah koloni tanah jajahan pada tahun 1789. Perlembagaan Amerika memperuntukan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan. Struktur kerajaan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan kehakiman. Dalam Pilihanraya pertama George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah mengambil langkah untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri dalam Persekutuan. Dalam usaha menjalankan dasar perluasan kuasa Amerika telah berjaya meluaskan wilayah melalui pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang aba ke-19 Amerika berkembang menjadi sebuah negara yang terdiri daripada 50 buah negeri. 




 SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEJARAH STPM P1 NEGERI PAHANG 2016

Masyarakat Pelbagai Kaum di Negeri-Negeri Melayu

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran-Menghuraikan perkembangan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 dan ke-20.
1.a) Konsep masyarakat pelbagai kaum.
Masyarakat pelbagai kaum merupakan satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu-padu.[1] Ringkasnya masyarakat pelbagai kaum terdiri daripada beberapa kaum dan tinggal dalam satu negara.[2]

b)Kemunculan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-Negeri Melayu.
Masyarakat Indonesia di Tanah Melayu.
Masyarakat Indonesia yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada komuniti Jawa, Banjar,Bugis  dan Minangkabau. Komuniti Jawa merupakan komuniti terbesar.Akibat rancangan transmigrasi kerajaan Belanda di Indonesia yang bertujuan mengurangkan kepadatan penduduk di Pulau Jawa dan Madura. Orang Jawa berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu.[3]

Faktor-faktor penghijrahan buruh Indonesia
1.Pertambahan penduduk
2.Penindasan kerajaan Belanda.
3.Bebanan cukai.
4.Pembukaan ladang-ladang getah.

Faktor penolak
1.Pertambahan penduduk
Pertumbuhan penduduk yang pesat menjadikan Pulau Jawa sebagai sebuah kawasan yang padat. Akibatnya timbul masalah sosial seperti kemiskinan, penganguran dan kekuarangan tanah untuk kegiatan pertanian. Ini telah menimbulkan kesempitan hidup di pulau tersebut.
2.Penindasan kerajaan Belanda.
Penjajah Belanda mengamalkan dasar yang menindas terhadap penduduk tempatan dengan mengenakan pelbagai jenis cukai seperti cukai tanah, cukai kepala dan cukai perkhidmatan yang membebankan kehidupan rakyat.[4]

Faktor penarik
1.Kestabilan politik
Tanah Melayu menjadi tempat tumpuan utama penghijrah dari Indonesia  kerana kedudukan kedua-dua wilayah yang berjiran.Penghijrahan ini juga didorong oleh wujudnya kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yang pesat.
2.Dasar British
Pentadbiran British di Tanah Melayu memberi kebebasan kepada setiap orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi tanpa mengamalkan dasar penindasan seperti penjajah Belanda di Indonesia. Keadaan ini menarik minat orang Indonesia untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
3.Pembukaan ladang-ladang getah.
Pembukaan ladang getah di Tanah Melayu yang menyediakan banyak peluang pekerjaan mendorong orang Indonesia berhijrah. Mereka bekerja sebagai buruh di ladang getah bersama-sama dengan buruh Indonesia.

      Orang Jawa merupakan kumpulan yang terbesar berhijrah ke Tanah Melayu. Ia diikuti oleh orang Minangkabau, Banjar, Boyan dan Bugis.[5]




[1] Fauziah Shafie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,2000), 255.
[2]“Masyarakat Pelbagai Kaum”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,53 ,  
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Sejarah Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),130
[4]Ruslan 

1.Bincangkan sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.20m

Sebelum merdeka terdapat lima jenis sistem pendidikan iaiatu Sekolah Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan Sekolah Agama.
Sistem pendidikan vernakular pula terdiri dari Sekolah Melayu, Cina , Tamil dan Inggeris.
Kesemua sekolah ini mempunyai sukatan pelajaran dan bahasa pengantar yang berbeza kerana penjajah tidak berminat untuk membangun dan menyatupadukan rakyat melalui pendidikan.

Sistem pendidikan di Tanah Melayu
1.Sekolah Melayu
Pendidikan agama
Sebelum pendidikan Melayu sekula diperkenalkan oleh Inggeris pendidikan orang Melayu berbentuk agama dan penggunaan Bahasa Arab diutamakan.
Pelajar diajar membaca kitab, al-Quran, Fardu Ain dan selok belok agama.
Tempat belajar di surau, madrasah dan masjid.
Tenaga pengajar imam atau guru-guru agama bergelar haji, berketurunan Sayid atau Syeikh.
Terdapat sekolah pondok di Kedah, Kelantan, Terengganu.  Melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.
Awal 1800 Abdulah Munsyi memperkayakan bahasa Melayu dengan menterjemah buku-buku Arab ke Bahasa Melayu.
Sekolah Melayu
1821 Sekolah Melayu Gelogur, cawangan Penang Free School yang diasaskan oleh R.S Hutching
1885 Sekolah Melayu Bayan , Pulau Pinang.
1856 dua buah sekolah vernakular Melayu dibuka di Singapura di Teluk Belanga dan Kampung Gelam.
Peringkat awal sambutan terhadap sekolah sekular Melayu tidak memuaskan kerana menganggap sekolah sekular bertentangan dengan agama Islam.
A.M Skinner mencantum sistem pendidikan Melayu dengan dengan Sistem Pendidikan
Ciri-ciri sekolah Melayu
Hanya peringkat sekolah rendah sahaja iaitu Darjah 1 hingga Darjah 4.
Menurut Awang Had Salleh tujuan penubuhan sekolah Melayu ialah untuk mengekalkan kestabilan politik, mengekalkan orang Melayu sebagai petani dan nelayan dan tinggal di kampung,  menghasilkan budak pejabat dan kerani rendah, menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang kaum.
2.Sekolah Vernakular Cina
Ciri-ciri sekolah Vernakular Cina.
Peringkat awal dikelola mubaligh Kristian dan kaum Cina sendiri.
1815 Sekolah Cina pertama dibuka di Melaka oleh Persatuan Mubaligh London Melaka.
Orang Cina sifat  Yap Ah Loy, Cheng Soo Leong dan Phua Choon Hiong mendirikan sekolah Cina di NNS dan NNM yang lain.
Peringkat awal sekolah Cina dikelola orang persendirian atau badan sukarela dan bersifat bebas.
3.Sekolah  Vernakular Tamil
British tidak mengambil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil secara formal di Tanah Melayu dimulakan oleh orang perseorangandan pertubuhan masyarakat India.
Perkembangan sekolah vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Orang India berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa, dan getah. Sekolah-sekolah Tamil didirikan di kawasan ladang di Seberang Perai, Pulau Pinang, dan Johor.
Sekolah-sekolah di ladang bermutu rendah dan menghadapi masalah kekurangan kemudahan dan guru yang berkelayakan. Lazimnya, guru-guru di sekolah ladang terdiri daripada kangani, penyelia ladang, atau buruh yang secara kebetulan tahu membaca.
Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Tamil dan kadangkala bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi, atau Hindi.
 Buku teks sekolah India dibawa dari India. Ianya mencerminkan sukatan pelajaran yang berunsur keindiaan.
Pada tahun 1912, British memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untukanak-anak pekerjanya. Keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah.
Terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di bandar seperti Sekolah Thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur.
Golongan India yang kaya mampu menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. Hal ini membawa kepada jurang perbezaan antara orang India berpendidikan Inggeris dan berjaya dalam kerjaya dengan orang India yang miskin dan terpaksa kekal sebagai buruh di ladang atau di pelabuhan.
Sekolah Aliran Inggeris
Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu.
Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.
Tujuan kerajaan mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu membaca, menulis, dan mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris.
Sekolah Inggeris yang pertama didirikan di Negeri-negeri Selat digelar Sekolah Free. Sekolah ini digelar sedemikian kerana terbuka kepada semua kaum. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Tujuan penubuhan sekolah tersebut adalah untuk melahirkan satu golongan pegawai yang cerdik, tekun, dan jujur.

Sekolah Inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat kasut, dan pakaian.
Sekolah Inggeris yang lain ialah Malacca Free School (1826) dan Singapore Free School (1834). Sekolah Inggeris yang pertama didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Institution, Kuala Lumpur. Sekolah tersebut ditubuhkan pada tahun 1893 bersempena perayaan Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria. Jumlah murid pada peringkat awal ialah 150 orang kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1925, sekolah ini dijadikan sekolah kerajaan dan kemudian dipindahkan ke Bukit Petaling pada tahun 1929.
Terdapat sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London, Mubaligh Methodist Amerika, Gereja Anglican dan Gereja Roman Katolik Sekolah-sekolah ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British.
Sumbangan penting sekolah mubaligh ialah kejayaan memberikan pelajaran kepada kanak-kanak perempuan. Mereka berjaya menyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Pada akhir tahun1947, terdapat kira-kira 33 buah sekolah mubaligh untuk kanak-kanak perempuan.

Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah Sekolah Perempuan Methodist Senior, Kuala Lumprzr. Sekolah ini diserahkan kepada pihak mubaligh Methodist Amerika kerana masalah kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat juga sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti, Sekolah Lelaki Katolik di Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpur.

      Mata pelajaran seperti nahu Inggeris, Sejarah, dan Geografi diajar di sekolah Inggeris dalam tahun ketiga. Mata pelajaran Sejarah yang diajar berdasarkan Sejarah Rom atau Britain. Sekolah perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas jahitan, memasak, dan muzik Setelah Biasiswa-Biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885), dan Sijil Cambridge (1891) diperkenalkan, barulah sekolah Inggeris mempunyai sukatan pelajaran yang seragam.

      Sekolah Inggeris kemudiannya dimajukan menjadi sekolah rendah dan menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun bermula dengan Darjah Rendah Satu dan Dua, dan diikuti oleh Darjah Satu hingga Lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama empat tahun, iaitu Darjah Enam hingga Kelas Sijil Persekolahan. Murid-murid dalam Darjah Lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil lunior Cambridge.

      Mata pelajaran utama yang diajar ialah bahasa Inggeris, Sejarah,Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu Kesihatan, dan Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut ditawarkan tetapi bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya, Raffles Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun tgzg. Kelas Sains diadakan pada hari Sabtu dan waktu petang untuk murid dari sekolah lain. Contohnya, murid dari Sekolah Tinggi Bukit Mertajam akan pergi ke Penang Free School pada setiap hari Sabtu untuk menghadiri kelas sains.Sukatan pelajaran di sekolah Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran sekolah
menengah di England. Murid dari sekolah Inggeris mempelajari Sejarah dan Geografi British serta Kesusasteraan Inggeris yang tidak berkaitan dengan orang Asia.

Secara keseluruhan terdapat lima jenis pendidikan sebelum merdeka. Sistem pendidikan verkular pula terdiri dari sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai sukatan pelajaran yang berbeza dan  bahasa pengantar berbeza.Tetapi kerajaan British mempunyai dasar berbeza terhadap setiap jenis sekolah.

2.3 PENGUBAHSUAIAN PENDIDIKAN

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
c)Perubahan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19-20.
Hasil pembelajaran- Calon dapat menjelaskan perubahan sistem pendidikan di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.
Perubahan Sistem pendidikan Zaman British
Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah apabila setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.Sistem pendidikan aliran Inggeris dianggap terbaik tidak terbuka kepada semua orang. Pendidikan Ingeris dikhaskan kepada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburkan diri dalam perkhidmatan awam selepas menamatkan pengajian. British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing. Sekolah Inggeris tertumpu di bandar, sekolah Melayu di kawasan luar bandar, sekolah Cina di bandar pelabuhan dan perlombongan, manakala Sekolah Tamil di kawasan ladang-ladang getah.[1]
l. Pendidikan Melayu  dan nelayan. Sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai, Melaka dan neger-negeri Melayu lain.[2]

  Pendidikan vernakular Melayu rendah mutunya.Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan. Sekolah Melayu hanya memberi pendidikan sehingga darjah 6. Masa persekolahan bagi sekolah Melayu hanya dua jam sahaja bagi darjah satu, dua dan tiga.Manakala bagi darjah empat pula masa persekolahannya ialah empat jam.[3]

      Pada tahun 1905 Kolej Melayu Kuala Kuala Kangsar ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran British.R.O Winterdt mencadangan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru Melayu di Tanjung malim, Perak. Dengan ini lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris, MPSI pada tahun 1922.[4]
- Maktab-maktab Melayu ditubuhkan pada abad ke-20.

2. Pendidikan Inggeris
      Sekolah aliran Inggeris yang pertama ialah Penang Fre School yang dibuka pada tahun 1816 di Pulau Pinang oleh R.S Hutchings, seorang paderi gereja tempatan. Pada tahun 1826 Malacca Free School dibuka oleh badan mubaligh Kristian. Sekolah Inggeris seterusnya ialah  1893 Victoria Institution, Methodist Boys  School  1897, Convent Girl School dan St. John Institution  pada tahun 1904.

      Sekolah Inggeris dibiayai melalui pungutan yuran  dan derma badan persendirian dan orang ramai.Sekolah Inggeris tertumpu di bandar utama di Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930-an anak-anak Melayu belajar di sekolah aliran Inggeris pabila Special Malay Class diperkenalkan.Mereka perlu belajar selama dua tahun sebelum memasuki tahun empat di sekolah Inggeris.  Pada tahun 1905 , British menubuhkan  maktab khas untuk anak-anak golongan bangsawan  yang dikenali sebagai Malay College, Kuala Kangsar.[5]

Sukatan pelajaran berdasarkan sukatan England.
Sekolah Inggeris di Tanah Melayu mempunyai beberapa persamaan dengan sekolah di England. Peringkat persekolahn dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu kelas bawah 1,2 dan darjah 1. Kelas rendah pertengahan daripada darjah dua hingga darjah lima. Peringkat menengah pula dari darjah 6 hingga kelas Sijil Persekolahan.

      Mata pelajaran yang dipelajari ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, Ilmu Alam, Ilmu Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan. Mereka yang lulus School Certificate mempunyai peluang pekerjaan yang lebih cerah. Sistem pendidikan Inggeris bertujuan melahirkan golongan terpelar yang dapat membantu pentadbiran negara di sampng menanam perasaan taat setia kepada British.[6]    




[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,122
[2] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM  Sjarah Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),120.
[3] Ibid.
[4] Ibid,121.
[5]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,128.
[6] Ibid, 129.