Rabu, 15 Julai 2015

Bincangkan perjuangan gerakan islah islamiah dalam perjuangan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu pada abad ke-20.

Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendi ikan agama dari timur tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.Kaum muda ini bermatlamat untuk memajukan bangsa Melayu berasasaan  perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ini ialah al-Imam.Di antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al- Hadi, Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd Salim al-Kalali.

      Antara matlamat perjuanagan Kaum Muda ialah untuk memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran lslam.yang sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan Hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari amalan-amalan taklid buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu.

      Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan kepada bagi.kemajuan orang Melayu. Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat  pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih liberal. Pendidikan di kalangan kaum  perempuan juga dipentingkan. Selain menekankan kepentingan pendidikan agama,  pendidikan bercorak moden seperti penekanan Bahasa Inggeris juga dititikberatkan.

      Di dalam aspek politik, Kaum muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu  bekerjasama. Kaum muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan  pendidikan yang cukup dan seterusnya memajukan orang Melayu. Kaum Muda  berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British.

      Kaum muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti menubuhkan persatuan bagi menggalakkan  pendidikan dan pembangunan ekonomi.

      Kaum muda turut menuntut orang Melayu menceburkan diri di datam bidang  perniagaan, menubuhkan koperasi dan menggunakan sistem kemudahan di bank. Antara strategi perjuangan kaum muda ialah melalui akhbar dan majalah Al-Imam Al Imam muncul pada bulan Julail 1906 di Singapura. Ianya satu penerbitan bulanan dan dihentikan penerbitannya pada bulan Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu). Selain itu terdapat juga akhhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan kaum muda; Neraca (Singapura 1911-1915), Al-Ikhwan (P.Pinang1926-1931), Saudara (P. Pinang 1928-1941), dan Edaran Zaman (P. Pinang 1925-1930)

      Penyampaian idea perjuangan melalui perbincangan agama dimasjid dan madrasah. Kaum muda juga terlibat di dalam penubuhan Madrasah Al-Ikbal yang dibuka pada 21 November 1907. Melalui madrasah ini mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama mata pelajaran bersifat keagamaan. Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah Al- Hadi (Melaka 1917), Madrasah Muhammadiah (Kota Bharu 1917), dan madrasah Al- Diniah (Kg. Lalang Perak, 1924)

      Kaum muda mendapat tentangan darinada kaum tu. Kaum tua merupakan terdiri daripada hierarki agama rasmi, elit Melayu tradisional dan golongan agama di luar  bandar. Pertentangan pendapat ini berlaku melalui akhbar-akhbar. Lidah rasmi kepada kaum Tua adalah aklbar Lidah Benar dan Suara Benar. Kaum muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata susila. Kaum tua menentang kaum muda kerana kegiatan dan idea-idea kaum muda ini menggugat kedudukan mereka sebagai elit agama di dalam masyarakat Melayu sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kampung-kampung. Para mufti telah mengeluarkan fatwa yang mengutuk kaum muda sebagai kafir dan Qadiani. Kaum muda telah dilarang untuk berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat beberapa penerbitan kaum yang diharamkan penyebarannya di  beberapa negeri.


      Perjuangan kaum muda boleh dianggap berjaya dilemahkan oleh perjuangan kaum tua. Kaum tua telah menggunakan kelebihan kedudukan mereka sebagai elit agama untuk mempengaruhi sultan dan juga pemerintah Inggeris bagi menekan dan menindas  perjuangan kaum muda. Kaum muda telah gagal untuk mewujudkan gerakan massa. Menjelang tahun-tahun sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, perjuangan nasionalisme Melayu lebih tertumpu pula kepada usaha-usaha untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi orang Melayu. Perjuangan corak ini pula lebih mendapat tempat dalam gerakan massa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan