SKEMA UJIAN BULAN OGOS SEJARAH
STPM P3 2014
1.Huraikan ciri-ciri Adat
Perpatih dan Adat Temenggung. [20]
PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan adat sebagai peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Dengan kata lain adat bermaksud peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun sehingga ianya merupakan suatu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua. Sesiapa yang melanggar hukum adat ini boleh dihukum. Hukum adat akan dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini akan diketuai oleh seorang ketua adat.
Mengikut Kamus Dewan adat sebagai peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Dengan kata lain adat bermaksud peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun sehingga ianya merupakan suatu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua. Sesiapa yang melanggar hukum adat ini boleh dihukum. Hukum adat akan dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini akan diketuai oleh seorang ketua adat.
Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai perbezaan dalam aspek kawasan dan pengasasan, bentuk dan pelaksanaan, pemerintahan, pelaksanaan undang-undang, pembahagian harta, kekeluargaan dan perkahwinan.
Adat Perpatih
Kawasan dan pengasasan.
Adat Perpatih berasal dan Pagar Ruyung, Sumatera yang
diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjaga kawasan tanah sebelah
darat dan diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. Adat ini dibawa ke Negeri
Sembilan oleh orang Minangkabau pada kurun ke-17.
Bentuk dan Pelaksanaan
Adat Perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ia
adalah pepatah yang diwariskan secara lisan. Susunan hukum dalam adat dikenal
sebagai tambo atau perbilangan adat. Hukum adat ini berasaskan dua sumber iaitu
resam atau adat turun temurun yang diwarisi dan hukum syarak mazhab Shafie.
Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.
Pemerintahan
Dan segi pemerintahan dan pentadbiran Adat Perpatih
bersifat demokrasi. Kuasa pemerintah bukan terletak pada tangan seorang sahaja.
Kuasa dibahagikan antara pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak, Perut dan orang
ramai. Ketua-ketua di setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua
daripada peringkat bawah hingga atas.
Perut memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga
memilih Undang dan Undang memilih dan melantik Yamtuan Besar. Sistem pemerintahannya
mementingkan prinsip pemuafakatan. Yamtuan dipilih secara demokrasi oleh
ketua-ketua suku yang dikenali sebagai Undang.
Pelaksanaan Undang-Undang
Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah bersifat
pemulihan, berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Hukuman yang diberi
bertujuan memberi kesedaran dan bukan untuk menghukum pesalah semata-mata.
Orang yang membuat kesalahan akan didenda berdasarkan kesalahannya dan mangsa
diberi ganti rugi. Contohnya seseorang yang cedera akan diberi ganti rugi dalam
bentuk ayam atau kambing bergantung kepada keadaan lukanya.
Mangsa kecurian boleh dapat balik barang-barangnya.
Sekiranya berlaku pembunuhan, si pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga
si mati. Hukuman bunuh hanya dikenakan bagi kes yang sangat serius seperti penderhakaan.
Hukuman bunuh hanya boleh dijatuhkan oleh Yamtuan Besar sahaja. Hukuman lain
ditentukan oleh Buapak atau Lembaga.
Pembahagian Harta
Undang-undang pembahagian harta dalam Adat Perpatih
mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau diberatkan kepada kaum
perempuan. Harta pusaka diturunkan melalui keturunan perempuan, iaitu daripada
pihak sebelah ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuannya.
Dalam keadaan tertentu Adat Perpatih menjadikan wanita
kaya dan berkuasa. Suami tidak berhak memiliki harta pusaka. Sekiranya
seseorang ibu tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwariskan kepada
adik perempuannya atau anak perempuan adik-adiknya dan cucu-cucu perempuannya.
Secara umumnya harta pasangan dapat dibahagikan kepada
tiga jenis iaitu hanta carian, harta dapatan dan harta pembawaan. Harta carian
ialah harta yang diperolehi bersama sepanjang perkongsian hidup. Harta ini
dibahagi dua jika bercerai. Harta dapatan ialah harta yang sedia ada pada si
isteri sebelum berkahwin, jika bercerai harta itu kekal di tangan isteri. Harta
pembawaan ialah harta yang sedia dimiliki si lelaki sebelum dia berkahwin, jika
bercerai bekas isteri tak boleh tuntut harta itu.
Kekeluargaan dan Perkahwinan.
Dalam aspek perkahwinan, Adat Perpatih tidak membenarkan
perkahwinan sesama suku sebaliknya hendaklah berkahwin daripada suku yang
berlainan dan perkahwinan ini di kenali eksogami. Perkahwinan sesama suku tidak
digalakkan kerana dianggap tidak mengembangkan keturunan, melanggar adat dan
akan dibuang suku. Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku dan setiap suku
mempunyai nama tersendiri seperti Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Anak
Melaka, Anak Acheh dan lain-lain lagi.
Apabila seseorang anak perempuan berkahwin, suaminya
digelar orang semenda. Selepas berkahwin, wanita tersebut akan membawa suaminya
tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina
berhampiran rumah pusaka ibunya. Apabila si suami kematian isteri digalakkan
mengambil adik perempuan isterinya untuk dijadikan isteri bagi menjaga
anak-anaknya. Perkahwinan ini dikenali sebagai ganti tikar.
Susunan keluarga masyarakat Adat Perpatih berdasarkan
matriarchal/matrilineal yang mengutamakan wanita yang disusurgalurkan kepada
keturunan sebelah ibu. Susunan keluarga sebegini mengandungi ibu, anak-anak
perempuan, anak-anak lelaki, cucu perempuan, cucu lelaki dan seterusnya. Adat
Perpatih melarang seorang lelaki berkahwin dengan dua atau lebih orang wanita
yang berasal daripada suku yang sama.
Adat Temenggung
Kawasan dan Pengasasan
Adat Temenggung berasal dari Palembang, Sumatera yang
diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dan menjaga kawasan persisiran pantai dan
laut. Adat ini dibawa ke Melaka pada awal kurun ke-l5lagi. Diamalkan di
semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan.
Bentuk dan Pelaksanaan
Adat Temenggung dilaksanakan di keseluruhan negeri-negeri
Melayu kecuali Negeri Sembilan. Pada peringkat awal penyebarannya di Tanah
Melayu, adat ini dipengaruhi oleh agama Hindu terutama dalam Undang-Undang
Manu. Apabila Islam berkembang adat ini menerima pengaruh Islam dan hukum
syarak mazhab Shafie.
Adat ini tersebar di negeri-negeri Melayu yang lain
dengan nama berlainan tetapi mempunyai fungsi yang sama. Di Johor adat ini
dikenali sebagai Undang-undang Johor, di Kedah dikenali sebagai Undang-undang
Kedah, di Pahang sebagai Undang-undang Pahang dan di Perak sebagai
Undang-undang 99 Perak.
Pemerintahan
Adat Temenggung mengamalkan sistem pemerintahan
autokratik iaitu kuasa terletak di tangan pemerintah atau raja. Adat ini mementingkan
golongan raja atau golongan yang memerintah. Raja atau sultan mempunyai hak
keistimewaan dan kuasanya diperkukuhkan melalui konsep daulat dan derhaka.
Di puncak struktur politik ialah raja atau sultan,
diikuti oleh kerabat-kerabat raja, pembesar-pembesar negeri yang memegang
jawatan tertentu dan ketua kampung. Sultan merupakan ketua negeri, lambang
penyatuan dan perpaduan rakyat
Jawatan sultan bersifat warisan, seseorang
raja yang mangkat akan diganti dengan putera sulung kecuali di Perak berasaskan
sistem giliran. Jika sultan tiada anak lelaki, hak pewarisan taktha jatuh
kepada adik lelakinya. Jika kedua-duanya tiada barulah musyawarah dan
pemuafakatan antara sultan dengan pembesar menjadi keputusan dalam melaksanakan
sistem pentadbiran. Pembesar-pembesar pula dilantik oleh sultan.
Pelaksanaan Undang-Undang
Bentuk dan pelaksanaan hukumannya adalah lebih tegas dan
keras. Bertujuan menghukum serta berpegang kepada prinsip pembalasan
semata-mata. Oleh itu pelaksanaan sesuatu hukuman dibuat dengan tegas agar
dapat memberi iktibar dan amaran kepada orang lain supaya tidak melakukan
sebarang jenis kesalahan.
Hukuman bunuh dikenakan atas kesalahan berat seperti
membunuh, mencuri, memfitnah dan menderhaka kepada raja. Hukuman bunuh
dilakukan oleh raja atau sultan sahaja. Lain-lain hukuman boleh dilakukan oleh
pembesar-pembesar.
Undang-undang dalam Adat Temenggung lebih memihak kepada
golongan atasan atau pemerintah. Ini bermaksud, sekiranya rakyat dan kerabat
diraja melakukan kesalahan yang sama, hukuman yang dikenakan kepada rakyat
lebih berat berbanding dengan kerabat diraja.
Pembahagian Harta
Kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak harta daripada
wanita kerana pengaruh daripada hukum Islam (Hukum Faraid). Ini bermakna jurai
keturunan sebelah bapa lebih diutamakan. Pemberian harta yang Iebih kepada anak
lelaki dalam Islam kerana anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar
berbanding dengan anak perempuan.
Jika berlaku penceraian lazimnya cara pembahagian harta
suami isteri mengikut hukum syarak Mazhab Shafie. Adat ini menjelaskan harta
yang diperoleh semasa perkahwinan dikenali sebagai hanta sepencarian. Harta
sepencarian bagi harta isteri yang diceraikan dibahagi dua sama banyak. Jika
isteri yang diceraikan itu tidak bekerja hanya berhak mendapat satu pertiga
sahaja. Harta asal suami atau isteri dikembalikan kepada suami atau isteri
berkenaan.
Kekeluargaan dan Perkahwinan
Adat Temenggung bersifat patriarchal iaitu kaum lelaki
lebih diutamakan kerana kaum lelaki melanjutkan keturunan sesebuah keluarga.
Ini sejajar dengan pninsip hukum syarak yang mengiktiraf lelaki sebagai ketua
keluarga. Adat ini membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja (endogami)
asalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak. Sekiranya mempunyai pertalian
darah atau muhrim perkahwinan dilarang. Sesudah berkahwin isteri akan ikut
tinggal bersama keluarga suami.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, adat dapat mengawal perlakuan
individu dan merapatkan hubungan persaudaraan. Selepas campur tangan British
adat semakin diketepikan kerana British memperkenalkan undang-undang Barat.
Walau bagaimanapun, amalan seharian Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih
tetap kekal sehingga hari ini.
2.Bincangkan perluasan kuasa
British di Selangor pada tahun 1874.
[20]
Pendahuluan
British di Tanah Melayu sering
mencari alasan untuk campur tangan. Pada tahun 1867, berlaku perang saudara di
Selangor antara pembesar- pembesar Melayu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan
pertempuran antara kongsi gelap Cina.Ini menyebabkan British berjaya meletakkan
Residennya di Selangor pada tahun 1874.
Isi-isi penting
Perang saudara (Perang Klang)
Perang saudara di Selangor
berlaku pada tahun 1867 yang melibatkan Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
Perang Klang berkisar atas soal
penguasaan wilayah Klang yang kaya dengan biiih timah.
Punca Perang Klang boleh
dikesan sejak awal abad ke-19 lagi.
Sultan Muhammad Shah telah
mengurniakan kawasan Klang kepada pembesar Klang, iaitu Raja Sulaiman.Apabila
Raja Sulaiman mangkat, Klang tidak diserahkan kepada anaknya, iaitu Raja
Mahadi.Sultan Abdul Samad menggantikan Sultan Muhammad Shah pada tahun 1857.
Kawasan Klang diserahkan kepada
Raja Abdullah. Raja Mahadi menyerang Klang dan mengusir keluar Raja Abdullah.
Tengku Kudin dilantik oleh
Sultan Abdul Samad sebagai Wizurai Selangor untuk menamatkan Perang Klang.
Tengku Kudin meminta bantuan
dari luar termasuk British untuk menamatkan kekacauan di Selangor.
Pertempuran kongsi gelap
Yap Ah Loy ialah Kapitan Cina
di Kuala Lumpur. Wakilnya, ialah Yap Ah Sze dibunuh oleh puak Kah Yeng
Chew.Ketua puak Kah Yeng Chew, iaitu Chong Chong diusir dari Kanching.
Chong Chong memihak kepada Raja
Mahadi manakala Yap Ah Loy memihak kepada Tengku Kudin.
Alasan campur tangan British
Terdapat dua peristiwa yang
membolehkan Sir Andrew Clarke campur tangan.Pada bulan November 1g73, berlaku
peristiwa serangan ke atas sebuah kapal dagang Melaka berhampiran dengan Sungai
Jugra.
Lapan orang anak kapar dan penumpangnya
dibunuh. Sembilan orang Melayu diberkas. British memaksa Sultan Abdul Samad
menjalankan perbicaraan.
Pada bulan ogos 1874, berlaku
serangan lanun di Sungai Langat dan Sungai Labu.
Sir Andrew clarke menggunakan
alasan ini menempatkan J.G. Davidson sebagai Residen British dan Frank
Swettinham sebagai Penolong Residen. Tengku Kudin diiktiraf sebagai Wizurai
Selangor.
Penutup
Perselisihan antara pembesar
Melayu memberi peluang kepada British campur tangan daram politik selangor.
Keadaan ini bertambah buruk dengan penglibatan kongsi gelap. Namun, Sir Andrew
clarke menggunakan alasan perlanunan untuk memperkenalkan sistem Residen di
Selangor.
3.Huraikan perubahan-perubahan
pentadbiran yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1874 hingga 1896.
[20]
Pengenalan
Campur tangan British di
Negeri-Negeri Melayu telah mengubah sistem pentadbiran tempatan kepada sistem
pentadbiran Barat. Antara perubahan pentadbiran yang berlaku ialah Sistem
Residen yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu bertitik tolak dari
Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874, diikuti Selangor 1875, Negeri
Sembilan 1895 dan Pahang 1888. Selepas itu diperkenalkan pula Persekutuan 1896
yang mengabungkan Neger-Negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang di bawah satu gabungan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.
SISTEM RESIDEN
Pembaharuan terhadap pentadbiran tempatan
telah dilakukan oleh Residen yang menyebabkan raja dan pembesar-pembesar Melayu
kehilangan kuasa. Pentadbiran negeri diketuai oleh sultan yang dibantu oleh
Residen.Residen menasihati sultan dalam segala hal pentadbiran kecuali yang
berkaitan dengan agama dan adat resam Melayu.
Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) ditubuhkan
untuk membolehkan pegawai-pegawai British berunding dengan sultan dan pembesar-pembesar
tempatan.tentang pentadbiran negeri, penggubalan undang-undang dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu.
Ahli-ahli Mesyuarat seramai 10 orang iaitu
Residen yang berkuasa menamakan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang
diluluskan oleh gabenor dan dilantik secara rasmi oleh sultan seumur hidup.
Majlis Mesyuarat Mesyuarat Negeri akan bersidang sebanyak 7 kali setahun.
Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri pada
peringkat awala ialah menasihati sultan. Tetapi kemudiannya bertambah seperti
menggubal dan menyusun undang-undang, menjadi Mahkamah Rayuan Tertinggi
terutama berkait dengan hukuman mati yang hanya akan mendapat kelulusan Majlis
Mesyuarat Negeri, mengurus pencen orang Melayu, perlantikan ketua tempatan dan
pegawai-pegawai kerajaan serta menguruskan perubahan cukai.
Residen paling berkuasa dalam MMN. Residen akan menyiapkan agenda dan
setelah berbincang dengan gabenor. Mereka akan mengusulkan sesuatu
undang-undang yang dibincangan dan MMN. Setelah perbahasan dibuat rang
undang-undang mesti ditandatangani oleh sultan setelah dipersetujui Gabenor.
Penubuhan MMN telah menyebabkan sultan
hilang kuasa. Walaupun menjadi pengerusi MMN, tetapi sultan tidak mempunyai
kuasa penuh dan terpaksa mengikut nasihat Residen. Pentadbiran negeri pula
telah dibahagikan kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh Pegawai
Daerah. Pegawai Daerah bertugas sebagai pemungut cukai, menjaga perbendaharaan
daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, melaksanakan keadilan dan mengawal
kesihatan awam.
Bagi melicinkan pentadbiran daerah
beberapa jabatan yang diketuai oleh Pegawai British ditubuhkan. Contohnya
Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan. Pegawai daerah
bertanggungjawab mengawal jabatan tersebut. Setiap daerah dibahagi kepada mukim
yang diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik dari alangan pembesar-pembesar
dan anak-anak raja tempatan. Penghulu menerima gaji dari hasil tambahan
tempatan. Tugas Penghulu ialah mengutip hasil tanah, menyelesaikan masalah dan
keselamatan Mukim. Masalah dalam Mukim diselesaikan oleh Mahkamah Penghulu.
Penghulu juga menyimpan kira-kira serta laporan bertulis.
Tujuan British melantik penghulu daripada
kalangan orang Melayu ialah untuk memudahkan mereka menyampaikan dasar kerajaan
dan mendapat maklum balas daripada rakyat tempatan.
Pentadbiran mukim pula telah dibahagikan
kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung.
Ketua Kampung dilantik dari kalangan orang yang berpengaruh dan dihormati oleh
masyarakat. Kapitan Cina juga dilantik untuk melindungi dan menjaga orang Cina.
Pentadbiran di peringkat bandar juga dibentuk untuk untuk memastikan pembangunan
dan kebersihan bandar-bandar di NMB.
Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah
ditubuhkan untuk menyelia dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Ahli-ahlinya
terdiri daripada pegawai-pegawai British seperti Jurutera Jabatan Kerja Raya,
Ketua Polis daerah dan individu yang dilantik oleh Residen. Tugas Lembaga
Kesihatan ialah mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan
bandar dan meluluskan pelan pembangunan.
PERSEKUTUAN 1896 –NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Menurut Perjanjian Persekutuan 1896,
empat buah Negeri-Negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang disatukan menjadi Negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan pusat pentadbiran
di Kuala Lumpur.Persekutuan telah mengukuhkan lagi pentadbiran British di
Negeri-Negeri Melayu apabla kuasa raja masih tidak dapat dikukuhkan.
NMB ditadbir oleh Residen Jeneralyang
bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi atau Gabenor Negeri-Negeri Selat.
Sulta dikehendaki mengikut nasihat dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan
agama Islam. Residen Jeneral beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Jawatan Residen masih dikekalkan tetapi
mereka tidak boleh bertindak sesuka hatidan mesti melaksanakan arahan Residen
Jeneral.
Sultan masih berkuasa di negeri
masing-masing dan bersetuju memberi bantuan kepada negeri-negeri yang
memerlukan bantuan mengikut nasihat Residen Jeneral. Sultan akan menggangotai
Majlis Persidangan Raja-Raja atau DURBAR yang berperanan membincangkan
perkara-perkara untuk kepentingan bersama. DURBAR dianggotai oleh empat orang
Raja-Raja Melayu, Empat Orang Residen British, Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua
Setiausaha.
Melalui DURBR Sultan Idris telah membuat
teguran dan mencadangkan supaya dentralisasi dilaksanakan kerana pemusatan
kuasa yang berlebihan oleh Persekutuan.
MMN akan menjalankan tugas seperti biasa
tetapiperkara yang berkaitan anggaran belanjawan tahunan dan draf undang-undang
diserahkan kepada Gabenor melalui Residen Jeneral untuk disahkan.
Jabatan Persekutuan telah ditubuhkan di
Kuala Lumpur dan ketua-ketuanya berperanan untuk memberi arahan dan
menyelaraskan tugas-tugas di keempat-empat buah negeri. Ketua Persekutuan
bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.
Jabatan-jabatan yang ditubuhkan seperti
Jabatan Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Tanah dan Galian, Nazir-Nazir Sekolah,
Ketua Akauntan dan Ketua Juru ukur .
Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) 1909
ditubuhkan untuk menggantikan DURBAR akibat bantahan Raja-Raja Melayu. MMP
sepatutnya berfungsi sebagai badan penasihat kepada sultan. Tetapi sultan hanya
menjadi ahli biasa dan tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP
ataupun membatalkan usul-usul yang dibentangkan.
MMP mempunyai kuasa melebihi had dan
MMN hanya berfungsi dalam perkara yang
berhubung dengan adat-istiadat dan agama Islam sahaja.MMP gagal mengembalikan
kuasa sebenar kepada sultan dan kuasa dipusatkan kepada Pesuruhjaya Tinggi.
Oleh itu desakan semakin kuat agar dasar desentralisasi atau pengagihan kuasa
dilaksanakan secepat mungkin.
KESIMPULAN
Perubahan-perubahan pentadbiran
yang berlaku telah mengukuhkan lagi kedudukan Britih di Negeri-Negeri Melayu.
Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri semakin diketepikan terutama dengan
pengenalan Negeri Melayu Bersekutu yang akhirnya membawa desakan sultan agar
kuasa mereka dikembalikan melalui dasar pengagihan kuasa.
4.Huraikan faktor-faktor
perkembangan getah di Tanah Melayu pada abad ke 20 .[20m]
Pada peringkat awal, penanaman
getah tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di Tanah Melayu.Penanaman kopi
dan tebu yang berharga tinggi pada ketika itu lebih menguntungkan. Mulai
1839permintaan, permintaan terhadap getah telah meningkat berikutan penciptaan
tayar motokar oleh Goodyear. Penanaman getah juga bertambah akibat daripada
kemerosotan harga kopi dunia. Terdapatbeberapa faktor yang mendorong
peladang-peladang menanam getah secara besar-besaran di TanahMelayu.
Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah
1. Sumbangan H.N.Ridley
Perlantikan H.N.Ridley sebagai
Peng. Botonical Garden di Singapura pada tahun 1888 melahirkan erabaru bagi
perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau merupakan orang
yangbertanggungjawab dalam perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu.H.N.Ridley
telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan getah kepada penduduk
tempatandengan memberi biji-biji benih getah. Beliau juga memujuk
peladang-peladang kopi dan tebu supayamenanam getah. Tindakan Ridley berjaya
memujuk seorang Cina bernama Tan Choy Yan menanam 16hektar getah pada tahun
1896. adik-beradik Kinderley juga dipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5
ekargetah di Kajang.Pada tahun 1897 Ridley berjaya memperkenalkan satu cara
penorehan saintifik iaitu sistem ‘tulang ikan herring atau ibedem’. Cara ini
dapat mengeluarkan susu getah yang banyak dan berterusan tanpamerosakkan pokok
getah. Ridley juga memperkenalkan satu cara yang selamat untuk mengangkut
anakbenih getah iaitu dengan membungkusnya dalam arang batu yang lembap. Cara
pengangkutan inimembolehkan anak benih getah dihantar ke kawasan yang lebih
jauh. Ia dapat membantu pembukaanladang-ladang getah yang baru.
2. Dasar Kerajaan
Pada tahun 1897, cukai tanah
yang rendah iaitu sebanyak 10 sen dikenakan ke atas tanah yangberukuran seekar
untuk 10 tahu pertama ditanam dengan getah. Selepas 10 tahun , cukai cukai
inidinaikkan menjadi 50 sen seekar. Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getah
bagi 15 tahun yangpertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%.
Sesiapa yang membuka tanah untukpenanaman getah akan diberikan hak milik yang
kekal. Akibatnya ramai pelabur melibatkan diri dalamkegiatan penanaman getah di
Tanah Melayu.Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah membaiki sistem
perhubungan iaitu jalan rayadan landasan keretapi untuk menghubungkan kawasan
ladang dengan bandar dan pelabuhan. Padatahun 1899 kerajaan telah menguntukkan
wang berjumlah RM4000 bagi menjalankan eksperimen-eksperimen getah dan
lain-lain tanaman.
3. Kemerosotan harga kopi
Kemerosotan harga kopi turut
membantu memperkembangkan perusahaan getah di Tanah Melayu.Di antara tahun
1896-1900 harga kopi di pasaran telah mengalami kemerosotan. Kejatuhan harga
kopiadalah disebabkan penawaran kopi adalah lebih daripada permintaan di
pasaran dunia, kopi di TanahMelayu menghadapi persaingan hebat daripada kopi
Brazil. Pokok kopi juga diserang oleh penyakit yangdibawa oleh kupu-kupu
Beehawk.
4. Tambahan permintaan getah
dunia akibat perkembangan perusahaan yang menggunakan getah
Perkembangan perindustrian di
Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-20 mengakibatkanpenggunaan getah dunia
meningkat. Penciptaan tayar angin oleh J.B.Dunlop pada tahun 1888
danperkembangan perusahaan motokar membantu menaikkan permintaan getah. Pada
masa yang samaharga getah turut melambung tinggi. Malahan penggunaan terhadap
getah juga meningkat akibatperkembangan dalam industri kasut, pakaian,
perubatan, perabot, tayar dan peralatan elektrik.
5. Bekalan buruh yang murah
untuk bekerja di estet-estet.
Orang India selatan yang
berhijrah secara beramai-ramai ke Sem.Tanah Melayu telahmembekalkan tenaga
buruh yang murah bagi perusahaan getah. Malahan, buruh-buruh India adalahyang
mudah dikawal dan rajin bekerja. Kewujudan mereka telah membolehkan pembukaan
banyak estetgetah yang besar oleh orang Eropah.
6. Pelaburan Orang Eropah dan
penyelidikan saintifik membolehkan pengeluaran getah secarabesar-besaran
Syarikat Eropah seperti Harrisons
and Crosfield, Guthries, Sime Darby dan
lain-lain telah melabur secara besar-besaran dalam perusahaan getah. Dengan
pengelibatan orang Eropah penyelidikan getahtelah bertambah. Pada tahun 1926,
Institut Penyelidikan Getah telah ditubuhkan oleh kerajaan bagimemajukan
perusahaan getah. Penyelidikan telah dibuat untuk menaikkan mutu getah serta
mencarikegunaan-kegunaannya yang baru.
Kesimpulan
Walaupun berlaku zaman
kemelesetan, perusahaan getah masih kekal sebagai perusahaanterpenting di Tanah
Melayu. Perusahaan getah semakin berkembang sehingga pada tahun
1914.semenanjung Tanah Melayu telah membekalkan lebih setengah daripada bekalan
getah dunia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan