IFQDAR RAHMAN
| 23
Oktober 2016 6
HARITH
HARITH ISKANDER - GAMBAR/UTUSAN
ONLINE
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Pelawak
Harith Iskander, 50, berjaya mengekalkan reputasinya di kedudukan teratas dalam
persaingan merebut gelaran Funniest Person In The World, sebuah pertandingan
komediri yang berlangsung secara atas talian
Menurut Harith ketika dihubungi,
pencapaiannya itu sekali gus melayakkan dirinya disenaraikan antara 20 peserta
terbaik dari seluruh dunia untuk mara ke peringkat separuh akhir yang bakal
diadakan di Helsinki, Finland pada 5 Disember hadapan.
“Pada peringkat awal, terdapat
56 negara yang mengambil bahagian termasuk Australia, Jerman, Indonesia, Jepun,
Brazil, Pakistan, Croatia, Filipina, Saudi Arabia, Ireland dan Argentina.
“Setiap negara dibenarkan
menghantar dua wakil iaitu saya dan seorang lagi peserta, Dr. Jason Leong. Namun,
hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan mara ke pusingan seterusnya
berdasarkan undian terkumpul di laman sesawang pertandingan itu,
http://indi.com/7t8vv,” katanya.
Tambahnya, kesemua pelawak
komediri (stand upper comedian) yang tersenarai menyertai pertandingan anjuran
Laugh Factory ini dengan cara menghantar klip video persembahan untuk dinilai
oleh penonton.
Mengulas lanjut format pada peringkat separuh akhir,
Harith berkata, dia perlu membuat persembahan komediri di hadapan juri untuk
diadili di Helsinki kelak dan lima pelawak terbaik akan beraksi merebut gelaran
juara.
“Persembahan lima peserta akhir akan disiarkan secara
langsung menerusi kaedah streaming di laman YouTube dan dapat ditonton oleh
penduduk seluruh dunia,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.
Tarikh undian peringkat pertama dibuka pada 2 September
dan ditutup pada 6 Oktober lalu, manakala undian peringkat kedua di capaian
baru pula sedang berlangsung dan Harith mendahului carta meninggalkan 19
pesaingnya di belakang.
Pemenang hadiah utama dengan undian paling tinggi akan
membawa pulang wang tunai USD$100,000 (RM400,000) selain berpeluang mengadakan
persembahan jelajah di Amerika Syarikat secara berbayar. – SUMBER-UTUSAN ONLINE
24.10.2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan