A.
PENGENALAN
1. Diponegoro merupakan putera sulung
Hamengkubuwono III, raja Mataram di Jogjakarta. Beliau lahir pada 11 November
1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden Mas Ontowiryo
diketepikan daripada takhta kerajaan Jogjakarta apabila Hamengkubuwono III
mangkat pada tahun 1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta
dengan gelaran Hemengkubuwono IV.
2. Raffles berjanji akan melantik
Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot. Raffles
tidak berada di Jogjakarta apabila Djarot mangkat pada tahun 1822. Belanda
melantik putera Djarot yang baru berumur dua tahun sebagai pengganti dengan
gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro hanya dilantik sebagai penasihat. Pada
tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan
penindasan Belanda di Pulau Jawa.
B.
ISI
a) Pembela nasib penduduk tempatan.
• Diponegoro berjuang untuk membebaskan
penduduk tempatan daripada penindasan Belanda. Masyarakat peribumi Jawa tidak
berpuas hati dengan tindakan Van der Capellan yang membatalkan kontrak
penyewaan tanah pada tahun 1823. Pembesar tempatan dan golongan bangsawan
berasa tertekan kerana terpaksa memulangkan balik wang sewaan dan wang
pendahuluan kepada pengusaha asing yang terlibat dalam kontrak tersebut.
• Demi menyelesaikan wang pendahuluan
tersebut, pembesar tempatan dan tuan tanah memaksa petani bekerja lebih kuat.
Semasa kontrak penyewaan tanah masih berlansung, petani telah ditindas oleh
golongan pengusaha dan penyewa tanah. Penduduk tempatan hidup sengsara apabila
pemungut cukai mengenakan kadar tol sesuka hati. Orang cina memberi pinjaman
wang kepada orang jawa dengan kadar faedah yang tinggi. Mereka menjadi orang
tengah dalam perdagangan garam. Mereka memaksa penduduk tempatan menjual garam
dengan harga murah dan selepas itu mereka akan menjualnya dengan harga yang
tinggi di kawasan Bandar.
b) Mempertahankan kesucian agama islam
• Tindakan Belanda membina jalan raya
melalui tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro dianggap melanggar nilai
masyarakat tempatan. Diponegoro mengisytiharkan perang jihad untuk memulihkan
pemerintahan islam di Jawa.
• Penduduk tempatan mempercayai bahawa
Diponegoro ialah Ratu Adil atau Wali Allah yang dapat membebaskan mereka
daripada cengkapan orang kafir. Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai
ketua islam. Tindakan ini menunjukkan Belanda tidak menghormati agama islam.
• Diponegoro dan masyarakat jawa
menganggap usaha Belanda ini mencabuli adat resam tempatan serta tatasusila dan
nilai-nilai islam.
c) Pembela maruah negara dan bangsa
• Pada tahun 1825, beliau memimpin
Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.
Diponegoro berjuang menegakkan maruah negara dan bangsa. Beliau dan pengikutnya
menentang Belanda yang meluaskan kuasanya ke Pulau Jawa.
• Antara pengikut Diponegro ialah Kyai
Mojo,Kyai Hasan Besar,Sentot dan Mangka Bumi. Mereka telah mengambil tindakan
melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda.
d) Pemimpin Perang Jawa
• Mendapat sokongan kaum tani, para
ulama, golongan bangsawan dan para bupati. Pengikut beliau ialah Kyai Mojo,
Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka Bumi. Mereka melancarkan perang gerila terhadap
orang Belanda. Pada mulanya, Diponrgoro berjaya dalam pertumpuran berhampiran
Lengkong dan Delanggu. Beliau diangkat menjadi sultan dengan gelaran “Sultan
Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo Khalifatullah Tanah Jowo”.
• Tentera Diponegoro mengalami
kemerosotan apabila ramai mati kebuluran dan diserang penyakit. Sentot dan
Mangka Bumi berpaling tadah memihak kepada Belanda. Keadaan tersebut melemahkan
perjuangan Diponegoro dan akhirnya beliau bersetuju berdamai dengan Belanda.
Namun, Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu
adil.
e) Pembatalan Kontrak Sewa Tanah
• Kontrak Sewa tanah telah
diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816.
Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan
golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.
• Sistem ini memperlihatkan keadaan
petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah
dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan terhadap golongan
petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka
kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah
dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang
pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang
pendahuluan tersebut kerana telah habis dibelanjakan.
• Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran
Diponegoro yang terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun
kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas
hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau
membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak
berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.
C.
KESIMPULAN
• Peranan
penting Diponegoro dalam perang Jawa tidak boleh dinafikan. Beliau Berjaya
memimpin satu penentangan yang agak berkesan bertujuan untuk memulihkan
pemerintahan Islam di Jawa dan membebaskan penduduk tempatan daripada
penindasan orang kafir. Perjuangan Diponegoro menyedarkan pentadbiran Belanda
bahawa penduduk tempatan tidak boleh dipermainkan.
• Perjuangan Diponegoro dalam perang Jawa
memberi inspirasi kepada para nasionalis kemudiannya untuk menggerakkan satu
perjuangan yang lebih berorganisasi menentang Belanda.
SUMBER- SKEMA PERCUBAAN SEJARAH STPM P3 NEGERI PAHANG 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan