Khamis, 9 Jun 2016

Konsep pembesar

1.1.2Pembesar
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menghuraikan konsep, hierarki dan peranan pembesar pada abad ke-19.
1.a.Konsep pembesar
Istilah pembesar merujuk kepada mereka yang dilantik oleh raja untuk memegang sesuatu jawatan dalam pentadbiran kerajaan dengan diberi tugas-tugas tertentu untuk dilaksanakan. Perlantikan ini bertujuan bagi mewujudkan satu sistem pentadbian yang teratu serta menjamin keselamatan dan kemakmuran negeri secara berterusan.

      Sistem pembesar adalah sebahagian daipada struktur pemeintahan yang terdapat di negeri-negeri Melayu. Sistem ini digubal beasaskan sistem  Pembesar Empat Lipatan pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan diikuti oleh hampir semua negeri di Tanah Melayu, kecuali Negeri Sembilan. Meskipun begitu, gelaran pembesar yang digunakan berbeza antara negeri dengan negeri yang lain.[1]    

      
       Pembesar merupakan golongan yang membantu raja dalam pentadbiran. Mereka terdiri daripada golonga bangsawan dan golongan yang dilantik oleh raja. Umumnya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pembesar berperanan di istana dan di luar istana. Pembesar yang berperanan di luar istana seperti ketua-ketua masyarakat yang diberi tauliah untuk mentadbir sesebuah kawasan tertentu.

      Walaupun pembesar yang bertugas di luar istana biasanya mempunyai hubungan rapat dengan raja, tetapi kadangkala peranan pembesar di luar istana dilihatlebih menonjol. Misalnya Dato’ Maharaja Lela, pembesar daerah Pasir Salak, Perak dilihat lebih menonjol dalam menentang penjajah dan terlibat dalam pakatan membunuh J.W.W Bich. Terdapat pembesar yang mempunyai hubungan rapat dengan istana tetapi bukan daripada kalangan keabat Diraja. Namun tedapat juga pembesar yang mempunyai hubungan keluarga dengan raja kerana mereka dilantik daripada zuriat Diraja, anak lelaki saudara yang lebih muda dan tidak berpeluang menaiki takhta.[2]

      Seseorang pembesar biasanya menyandang jawatan itu secara keturunan.Apabila dia meninggal dunia, anak lelakinya yang sulung secara automatik dilantik untuk mengisi jawatan tersebut.  Perlantikan pembesar di sesetengah negeri dilakukan berdasarkan hubungan yang telah lama wujud antara sesuatu keturunan dengan daerah itu. Jika kedudukan sultan kuat atau zuriat pembesar itu lemah, sultan berhak untuk memilih pembesar lain mengisi tempat yang dikosongkan oleh pembesar sbelumnya.

      Perlantikan pembesar dilakukan oleh sultan melalui anugerah sepucuk surat tauliah dan sebilah pedang sebagai lambang kuasa. Jika pembesar dikurniakan sesebuah daerah bermakna dia diberi kuasa untuk memerintah dan memungut cukai di daerah tersebut yang dikenali sebagai kawasan pegangan.

      Pembesar menguasai kawasan yang luas yang terdiri daripada beberapa buah kampung. Setiap kampung pula terdapat penghulu atau ketua kampung yang bertanggungjawab kepada pembesar berkenaan. Kekuatan seseorang pembesar itu bergantung kepada ramainya pengikut, harta kekayaan dan kedudukan sosial. Semakin ramai pengikutnya, maka semakin tinggi kuasa politik  pembesar itu kerana ramai yang menyokong tindakannya.[3]   



[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3,Edisi Kemaskini,,5.
[2] Ibid,6.
[3] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 7,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan