Sabtu, 25 Jun 2016

KUBU INGGERIS DI PASIR PUTEH DI SERANG TOK JANGGUT 25.6.1915

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1915,  Tok  Janggut  telah  memimpin  pengikut-pengikutnya  menyerang  kubu Inggeris  di  Pasir  Puteh,  Kelantan.  Tok  Janggut  atau  nama  sebenarnya  Haji  Mat  Hasan  bin  Munas, merupakan  anak  kepada  Pesuruhjaya  Raja  Kelantan  di Kota  Jeram.  Penentangan Tok Janggut telah bermula apabila beliau telah memimpin gerakan penduduk jajahan Pasir Putih membantah undang-undang yang diwartakan yang memaksa rakyat supaya membayar cukai-cukai yang tidak munasabah.  Berikutan itu Sultan Muhamad  IV telah mengeluarkan perintah agar Tok Janggut dan pengikutnya menyerah diri tetapi arahan tersebut ditolak oleh Tok Janggut. Dengan persetujuan daripada penasihat British di Kelantan, bantuan askar-askar Inggeris daripada Singapura telah diminta untuk menangkap Tok Janggut dan pengikutnya tetapi menemui kegagalan. Namun tindakan pihak Inggeris membakar  kampung  dan  kota  di  Jeram,  akibat  daripada  kegagalan  selepas  usaha  pihak  Inggeris  untuk  menangkapnya  gagal  dilaksanakan telah menyebabkan beliau bangkit untuk  melancarkan  gerakan  menyerang  kubu  Inggeris  di Pasir Puteh  sebagai   balasan  ke atas  tindakan  askar-  askar  Inggeris ini.  Pertempuran yang sengit itu telah menyebabkan ramai yang terkorban termasuk Tok Janggut sendiri. Sesungguhnya semangat perjuangannya beliau untuk membebaskan tanahair tetap terus membara di kalangan anak watan hingga membawa kepada kemedekaan negara pada tahun 1957. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan