Khamis, 16 Jun 2016

PENGUMUMAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN FEDERATION OF MALAY CERTIFICATE OF EDUCATION DALAM BAHASA MELAYU PADA 16.6.1962

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1962,  Menteri  Pelajaran,  Encik  Abdul  Rahman  Talib  telah  mengumumkan  peperiksaan  Federation  Of  Malay  Certificate  of  Education  atau  F.M.C  yang  akan  dijalankan  dalam  Bahasa  Melayu. Sebelum ini  peperiksaan  tersebut  dijalankan  dalam  Bahasa  Inggeris. Peperiksaan  tersebut  dikenali  dengan  nama  Sijil  Pelajaran  Persekutuan  Tanah  Melayu  yang  dimulakan  pada  akhir  tahun  tersebut. Perubahan  yang  dilaksanakan  ini adalah  merupakan  antara  langkah  yang  diambil  kerajaan  dalam  menjadikan  Bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar  dalam  sistem  pelajaran  di Malaysia.  Selain  itu,  Kementerian  Pelajaran  juga  mengambil  langkah  mewujudkan  kelas-kelas  pra  Universiti aliran  Melayu.  Ia  bertujuan  untuk  mengadakan  jambatan  antara  sekolah-sekolah menengah  aliran  Melayu dengan  Universiti  Malaya  dengan  harapan  Universiti  Malaya  akan  menerima  pelajar  aliran  Inggeris  dan  Melayu.  Usaha-usaha  yang  dipergiatkan  ini  telah  menampakkan hasilnya.  Sesungguhnya perlaksanaan  ini  merupakan  antara  usaha  kerajaan  untuk  memartbatkan  Bahasa  Melayu  sejak  nagara  mencapai  kemerdekaannya  pada  tahun 1957 lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan