Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Penentangan di Sarawak 1836 -
l84l
Sebelum tahun 1836, Sarawak
merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali
Saifuddin. Pada mulanya kerajaan Brunei tidak campur tangan langsung dalam
pentadbiran Sarawak. Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan
sahaja.Bagi memudahkan kerajaan Brunei menguasai ekonomi Sarawah khasnya
pengeluaran antimoni dan emas, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar
Pangeran Indera Mahkota (seorang bangsawan Brunei sebagai wakil baginda untuk memerintah
Sarawak.[1]
Pangeran Indera Mahkota
mentadbir Sarawak.
Perlantikan Pangeran Indera Mahkota tidak
digemari oleh pembesar Melayu tempatan. Perlantikan ini akan menjejaskan
kedudukan ekonomi mereka. Dengan membina pusat pentadbiran di Kuching Pangeran
Indera Mahkotamengambil alih semua tugas dan tanggungjawab pentadbiran dan
punca kekuasaan daripada pembesar Melayu tempatan.[2]Mereka kehilangan monopoli
perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimoni yang merupakan
eksport utama Sarawak ketika itu.
Beliau juga mengenakan cukai yang tinggi
ke atas orang Melayu. Membeli hasil orang Melapr dengan harga yang
rendah.Menindas orang Bidayuh sebagai buruh paksa di lombonglombong antimoni
miliknya.Sekiranya orang Bidayuh gagal menjelaskan hutang, anak isteri mereka
akan dijadikan hamba abdi. Penduduk Sarawak dipaksa membeli barang daripada
Pangeran Indera Mahkota dengan harga yang tinggi.
Akibat penindasan ini, orang
Biilayuh. memulakan penentangan pada tahun 1836. Penentangan ini disertai oleh
orang Melayu yang dipimpin oleh Datu Patinggi Ali dan orang Dayak. Memandangkan
kelemahan Pangeran Indera Mahkota untuk mematahkan penentangan, Sultan Brunei
telah menghantar Pangeran Muda Hashim ke Sarawak.
Pakatan Pangeran Raja Muda
Hashim dengan James Brooke
Pangeran Raja Muda Hashim
mengambil keputusan meminta bantuan orang luar.Kebetulan ketika itu James
Brooke seorang bekas tentera SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada
tahun 1839. Beliau dihantar oleh Gabenor Singapura untuk memberi sepucuk surat
kepada Pangeran Raja Muda Hashim. Pangeran Raja Muda Hashim dengan segera
meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching.Sebagai balasan,
James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan
berkuasa mentadbir Sarawak sebdgai wakil Sultan Brunei. James Brooke bersetuju
dengan tawaran tersebut.[1]
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,”
(Oxford Fajar Sdn. Bhd.,Shah Alam, 2013),58.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan