Pada hari
ini 21.6.1980, Maktab Melayu Kuala Kangsar telah merayakan Jubli Intan. Majlis
perayaan Jubli Intan ini turut dihadiri oleh murid-murid tua maktab,
termasuklah Seri Paduka Yang diPertuan Agong, Sultan Ahmad Shah. Sebagai salah
seorang bekas pelajar maktab tersebut, baginda dalam ucapannya amat berbangga
dengan kejayaan yang telah dicapai oleh bekas murid-murid maktab itu. Kejayaan
bekas murid-murid maktab ini dalam bidang perkhidmatan masyarakat baik dalam
jurusan sosial, politik, ekonomi dan bidang-bidang profesional yang lain telah
membuktikan bahawa orang-orang Melayu yang berpendidikan tinggi mampu
berkhidmat dalam apa jua bidang pun. Menyingkap kembali sejarah penubuhannya
Maktab Melayu Kuala Kangsar adalah sebuah institusi perintis kepada kejayaan
pendidikan anak-anak Melayu sekarang; di mana Inggeris di suatu masa dahulu
beranggapan pendidikan untuk anak-anak Melayu cukup sekadar dapat menjadikan
mereka sebagai petani yang baik daripada menjadi seorang pemimpin. Atas
kesedaran pemimpin-pemimpin Melayu, terutama Sultan Idris, Sultan Perak dan
atas simpati seorang pegawai British bernama R.J. Wilkinson maka tertubuhlah
Maktab Melayu Kuala Kangsar. Sekolah
berasrama penuh untuk anak-anak Melayu ini diharapkan dapat memberikan
pendidikan moden kepada anak-anak Melayu di samping pelajaran Agama Islam dan
Kebudayaan Melayu. Pelajar-pelajar
inilah akan menjadi pegawai-pegawai Pentadbir Melayu dalam pentadbiran Inggeris
di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dari
sinilah bermulanya penceburan anak-anak Melayu dalam berbagai-bagai bidang
perkhidmatan. Perayaan Jubli Intan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada hari ini,
mengingatkan semula kepada usaha-usaha meningkatkan pendidikan anak-anak Melayu
yang akhirnya dapat memerdekakan negara ini dari penjajahan Inggeris.
Label
- BADMINTON MALAYSIA
- BALASUNGKAWA
- HARI INI DALAM SEJARAH
- JEPUN DI TANAH MELAYU
- KARTUN
- MERDEKA
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH
- PKM
- REKOD EKSPEDISI
- RENCANA
- RENCANA SEJARAH
- RUMAH TRADISIONAL
- SEJARAH BOLA SEPAK PIALA DUNIA 98
- SEJARAH DUNIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH ISLAM
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH PENDIDIKAN
- SEJARAH SMKJ2
- SEJARAH STPM P1
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH SUKAN
- SENIMAN
- SIRAH NABI
- TOKOH MALAYSIA
- TOKOH SEJARAH ISLAM
- TOKOH TEMPATAN
- WIRA ATM
- WIRA DARURAT
- WIRA MENENTANG PENJAJAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan