Khamis, 30 Jun 2016

SEMINAR KEBANGSAN KERAJAAN TEMPATAN YANG PERTAMA

Proses Urbanisasi pesat berkembang membawa peralihan masyarakat petani kepada masyarakat perindustrian, serentak dengan itu bandar-bandar di negara ini telah berkembang melebihi had keupayaan pentadbiran tempatan untuk menyediakan infrastruktur, pekerjaan, perumahan, perkhidmatan serta kemudahan lain, seperti kesesakan lalulintas, pencemaran alam sekitar. Keadaan-keadaan ini menyebabkan tugas-tugas penguasa-penguasa tempatan bertambah besar dan rumit. Petikan di atas, dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak semasa merasmikan Seminar Kebangsaan Kerajaan Tempatan bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur pada 30 Jun 1975. Seminar Kebangsaan Kerajaan Tempatan yang pertama kali diadakan akan membincangkan berkaitan dengan isu-isu urbanisasi nasional, strategi penggunaan tanah dan perancangan fizikal, taburan penduduk dan pelbagai masalah yang timbul daripada perkembangan dan pembangunan bandar. Bagi menambah keberkesanan pihak berkuasa kerajaan tempatan suatu Akta Kerajaan Tempatan 1973 telah dikuatkuasakan. Diharap dengan adanya persidangan pihak berkuasa kerajaan tempatan akan dapat menjalankan tanggungjawab yang lebih berkesan dalam pembangunan di peringkat Mikro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan