Pengwujudan birokrasi yang
berstruktur dan jelas memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan sistem
pentadbiran yang baik. Di Malaysia sejak daripada awal lagi, struktur
pentadbiran yang kemas kini telah diadakan. Pada hari ini 27 Jun 1978, kerajaan
telah mengumumkan penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan. Kementerian ini
akan diketuai oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang akan bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas hal-hal pentadbiran Wilayah Persekutuan. Objektif utama
penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan ialah untuk menyelaras pembangunan
kawasan Wilayah Persekutuan dari segi
perancangan dan pelaksanaan projek yang
dijalankan di Wilayah Persekutuan. Ke arah melaksanakan pentadbiran yang baik,
bagi kementerian ini beberapa organisasi akan diletakan di bawah
kementerian iaitu Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Parit dan
Taliair. Antara objektif utama penubuhan kementerian ini ialah:
Melaksana dan menentukan
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dengan tegas dan berkesan di Wilayah
Persekutuan.
Meluluskan dasar, menentukan
pedoman dan matlamat serta menetapkan keutamaan-keutamaan di dalam pembangunan
dan pentadbiran Wilayah Persekutuan.
Menentukan Wilayah Persekutuan
ini dibangunkan, ditadbir serta diperindahkan selaras dengan tarafnya sebagai
ibu negara Malaysia.
Dengan penubuhan kementerian
ini di harap Kuala Lumpur akan dapat dibangunkan secara seimbang bukan sahaja
di sudut ekonomi tetapi juga berkaitan dengan alam sekitar dan kerohanian, dan
dengan kemasukan Labuan ke dalam Persekutuan sekaligus akan dapat
mempercepatkan proses integrasi nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan