25 Jun 2016 6:22 PM
Teluk Ramunia di Pengerang,
Johor merupakan kawasan gunung berapi kira-kira 200 juta tahun lampau. –
TELUK RAMUNIA di Pengerang,
Johor merupakan kawasan gunung berapi kira-kira 200 juta tahun lampau. – SUMBER
HTT P://MERAHSILU.BLOGSPOT.COM
SATU lagi lokasi dipercayai
bekas gunung berapi purba ditemukan di Teluk Ramunia, Pengerang, Johor
baru-baru ini.
Batuan volkanik jenis
‘ignimbrite’ berusia 238 juta tahun itu ditemui di satu lokasi di situ yang
dipercayai bekas lohong atau kawah gunung berapi suatu masa dahulu.
Perkara itu disahkan Pensyarah
Kanan Pusat Pengajian Alam Sekitar dan Sumber Asli, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Rozi Umor yang berkata, penemuan oleh salah seorang
pelajar program ijazah sarjana yang diselianya pada 2014 menunjukkan ada
aktiviti aliran magma sehingga ke permukaan bumi di Semenanjung Malaysia suatu
masa dahulu.
“Batuan volkanik jenis
ignimbrite ini mempunyai ciri-ciri yang tersusun rapi jika dilihat secara
mikroskopik. Ia adalah batuan yang terbentuk oleh aliran lahar di lohong. Jadi,
kemungkinan ada lohong gunung berapi di situ,” katanya ketika ditemui S2 baru-baru
ini.
Katanya, batuan volkanik jenis
itu juga adalah sama seperti yang dijumpai di Kampung Awah, Temerloh di Pahang
dan Temangan, Jeli di Kelantan.
Penemuan batuan volkanik jenis
itu menunjukkan kira-kira 300 juta tahun lalu, Semenanjung Malaysia aktif dengan
aktiviti gunung berapi, namun kini kesemuanya sudah mati atau dorman.
“Disebabkan proses hakisan,
kesemua lohong atau kawah itu sudah tidak dapat dikenal pasti lagi,” katanya.
Selain itu, terdapat penemuan
batuan volkanik jenis piroklastik dan basalt serta jenis debuan ditemui di
beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dalam kajian dijalankan oleh Mohd.
Rozi.
“Contohnya, semasa mengkaji
batuan di Gunung Benom, Pahang, saya dapati terdapat batuan volkanik yang
berusia 200 juta tahun di situ,” ujarnya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/rencana/gunung-berapi-terbaharu-di-johor-1.346756#sthash.Uzkn6lzA.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan