Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI
ABDULLAH (kiri) pada satu acara yang turut dihadiri Tun Razak (kanan sekali) pada tahun 1970-an.
KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tan Sri Abdullah Ahmad, 79, meninggal dunia di Hospital Perubatan Pantai di sini akibat kanser esofagus semalam.
Menurut isteri Allahyarham, Puan Sri Fauzah Mohamed Darus, suaminya meninggal dunia pada pukul 1 petang di sisi beliau dan anak-anaknya.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di Lorong U-Thant 1 di sini semalam. Turut mengiringi baginda ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menziarahi Allahyarham melahirkan perasaan sedih dengan pemergian arwah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4BTXQXtYg Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan