Jumaat, 17 Jun 2016

GERAKAN MENANGKAP DATUK BAHAMAN DIHENTIKAN 17.6.1895

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1895,  tentera  Inggeris  yang  diketuai  oleh  Sir Hugh Clifford  telah  mengaku  kalah  dan  menghentikan  gerakan  menangkap  Datuk  Bahaman  dan  pejuang-pejuang  Pahang  yang  lain.  Gerakan  tersebut telah   dilakukan  selama  3  bulan, bermula   dari  negeri   Pahang  ke  Terengganu  sehinggalah  ke  Kelantan.  Sebanyak  RM  7,393.83  telah  digunakan  oleh  pihak Inggeris  untuk  membiayai  gerakan  ini.  Kegagalan  Clifford  dan  tentera  Inggeris  jelas  menunjukkan  kepahlawanan  Datuk  Bahaman  dan  orang-orangnya.  Datuk  Bahaman  telah  dilucutkan  gelaran  Orang  Kaya Setia  Perkasa  Pahlawan  Semantan  pada  18  Oktober  1891,  dalam  Mesyuarat  Negeri  yang  keempat  oleh  Sultan  Ahmad  yang  telah  membawa  kepada  permulaan  penentangan  terbuka  terhadap sistem pemerintahan  penjajah. Antara  faktor  yang  menggagalkan  rancangan  Inggeris  itu  ialah  kekuatan  fizikal  dan  ilmu  kebatinan   mereka  disamping  kerjasama  yang  diberikan  oleh  penduduk  tempatan  kepada  mereka.  Sesungguhnya,  semangat  perjuangan  pejuang-pejuang  Melayu ini dalam  mempertahankan  kedaulatan  tanahair  terus  utuh  hingga  membawa  kepada  kemerdekaan  negara  pada  31 Ogos  1957.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan