1Unit 1.2 : Masyarakat Agraria
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menghuraikan definisi dan ciri-ciri Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga abad ke- 17
PENGENALAN
Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Kajian menunjukkan Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.[1]
Definisi Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria tinggal menetap di sekitar kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Petempatan masyarakat ini terletak di sekitar kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan