Selasa, 31 Mei 2016

Unit 2.1.2 Pembesar di China

TAJUK 2:PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Unit 2.1.2 Pembesar di China dan Rusia
Membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan China dan Rusia abad ke-16-20 (1500-1999)
1.a)Konsep pembesar
Institusi pemerintahan di China dan Rusia memperlihatkan raja atau Maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan dan sokongan institusi pembesar. Umumnya golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau Maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya. Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Oleh yang demikian dalam sistem pemerintahan beraja dan Maharaja pembesar sangat penting dan berada pada aras kedua selepas kedudukan raja atau maharaja.[1]
Pembesar juga berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki dan merupakan tulang belakang kepada maharaja. Pembesar membantu maharaja dalam pemerintahan dan pentadbiran. Pembesar dilantik secara rasmi oleh maharaja.[2]
b)Kedudukan pembesar di China
Pembesar di China berada pada aras kedua selepas maharaja.Mereka terdiri dari golongan bangsawan dan sarjana. Golongan pembesar di China  terdiri daripada individu yang menerima pendidikan Confucius dan perlantikan mereka adalah berdasarkan pencapaian dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam. Golongan cerdik pandai diberi keutamaan dalam menjawat jawatan pembesar di peringkat wilayah.Selain golongan cerdik pandai/mandarin pembesar juga terdiri daripada ketua-ketua tentera.Mereka mendapat kedudukan istimewa dalam sistem pemerintahan di China.Ini kerana maharaja juga terpaksa bergantung kepada mereka untuk menjalankan pentadbiran. [3]

c)Peranan pembesar di China
1.Peringkat pusat.
Terdapat tiga fasa pentadbiran iaitu pentadbiran awam, tentera dan tempatan.Pembesar memegang jawatan penting dan membantu maharaja dalam pentadbiran di peringkat pusat.Mereka berkhidmat dalam jabatan kerajaan. Mereka menganggotai Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri) dan Lembaga Penapis.[4]Mereka memengang jawatan dalam Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Awam, Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan,Jabatan Hasil dan Cukai dan Jabatan Upacara dan Istiadat.[5]
2.Peringkat wilayah
Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah. Gabenor diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah.Gabenor berperanan memelihara keamanan dan mengutip cukai daripada penduduk.Gabenor dibenakan untuk menubuhkan pasukan tentera masing-masing.[6] Gabenor berhubung langsung dengan pemerintah peringkat pusat.[7]
3.Ketua tentera
Ketua tentera bertangungjawab memastikan keamanan wilayah. Mereka mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.
4.Golongan inteletual (gentry)
Mereka mendapat pendidikan Confucius dan lulus dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam.Mereka diberi keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan dan di istana.[8]



[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),110.
[2]“Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,56.
[3]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.98.
[4]“Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,56
[5]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.98.
[6] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955, Edisi Ketiga (Shah Alam: Oxford Fajar, 2016),.104
[7]“Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,57.
[8]Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan