OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Definisi ilmu menurut Islam / tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali
Dari segi bahasa, perkataan ilmu berasal daipada ‘ilm ang bemaksud ahu. Kalimah ‘ilm ini membawa kepada kata terbitan alim dan ulama ang membeikan pengertian orang yang berilmu. Syed Muhammad Naquib al-Attas pula membeikan definis ilmu sebagai suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau jiwa manusia. Ilmu dianggap sebagai cahaya yang mempunyai kaitan dengan akidah dan keimanan. Oleh sebab ituIslam menyarankan umatnya menuntut ilmu kerana ia akan dapat mengukuhkan akidah dan keimanan.[1]
Jenis - jenis ilmu :
a. Berdasarkan sumber - terbahagi kepada dua :
. Ilmu yang diterima secara langsung daripadaAllah swt ilmu bersumberkan kepada wahyu atau kasyaf
, Ilmu kasbi - ilmu yang perlu diusahakan untuk dicapai seperti diperoleh melalui pengajaran,pembelajaran dan pengalaman menerusi akal dan pancaindera. Merangkumi pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu keagamaan dan keduniaan.
b. Ilmu Naqli (ilmu bersumberkan wahyu daripada Allah SWT iaitu al-Quran dan Hadis) dan Ilmu Aqli (ilmu bersumberkan akal, pancaindera, sejarah, pengalaman dan lain-lain )
Ilmu naqli bertaraf fardu ain - wajib dipelajari oleh semua umat Islam mukhallaf kerana ilmu ini mengandungi ajaran akidah,syariah dan akhlak yang tidak dicapai melainkan dengan perantaraan wahyu.
Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli zaman kerajaan Abbasiyah pada abad ke 11 - l3M:
a. Kerajaan Abbasiyah telah muncul sebagai pusat perkembangan ilmu sejak zaman pemerintahan Kharifah Abu Jaafar al-Mansur dan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmum.
b. Abad ke 11 hingga 13M, kerajaan Abbasiyah berada di bawah kekuasaan Saljuk. Ilmu pengetahuan dan agama berkembang pesat dan mencapai kemuncak pada zaman Sultan Malik syah dan dibantu wazir Nizam al-Mulk.[2]
c.Nizam al-Mulk bertanggungiawab membangunkan Madrasah Nizamiyah dan Madrasah Hanafiyah di Baghdad. Lima bidang keilmuan diajar di Madrasah Nizamiyah –al-Quran,hadis, fiqh dan bahasa Arab.
d.Galakan pemerintah terhadap perkembangan ilmu merahirkan
Ramai ilmuan Islam dalam bidang ilmu naqli seperti az-Zamakhsyri (tafsir dan teologi), al-Qusyairy (tafsir dantasawuf) dan Imam al_Ghazali (teologi dan falsafah) dan ilmu aqli seperti Ibn al-Haytham dan Ibnu Sina (perubatan), Umaral-Khayyam (mathematik) dan Nasaruddin at-Thusi (astronomi).
Faktor kemajuan ilmu naqli dan aqli zamanAbbasiyah :
a.Faktor dalaman umat Islam - semangat keilmuan, kesedaran yang tinggi dari pembesar kerajaan, wujudnya pelbagai pusat kajian dan penterjemahan dan peningkatan kematangan berfikir umat Islam.
b.Faktor luaran umat Islam - tradisi keilmuan wilayah parsi sebelum perkembangan Islam, adaptasi terhadap budaya asing terutama ilmu dan falsafah yunani, gerakan penterjemahan karya asing dan kecenderungan baharu dalam tradisi berfikir(pemikiran rasional-analisis).
Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) :
a. Ilmu al-euran - tafsir dan qiraat. Kajian al-quran tertumpu pada teks (Tafsir bil Ma'tsur) dan pada kontekstual (Tafsir Birra'yi - (Tafsir Maudhu,i, Tafsir Adaby, Tafsir Nuzuli dan Tafsir Ilmi). Kandungan ilmu al-quran,ilmu akidah, akhlak dan syariat (ibadat, muamalat). Tokoh ulama –Zamakhsyui dan karyany a, al_Khosysyaf
b. Sunnah / hadis
– disiplin ilmu hadis, sanad, Nasakh wa Mansukh, dan rain-lain. Tokoh ilmu hadis - Zamakhsyari dan karyanya al-Faiq
c. Ilmu kalam - pemikiran ketuhanan (teologi) ekoran berkembangnya kecenderungan berfikir secara rasional sehingga kajian ketuhanan tidak lagi berdasarkan pada dalil agama tetapi telah mengarah kepada kedalaman pemikiran terhadap dogma. Tokoh ilmu kalam ,Imam al-Ghazali dan karyanya, Maqasid al-Falasifah dan tahafut al-Falasifah,Imam al-Qusyairy an-Naisabury dengan karyanya RisaIatul Qusyairiyah
Perkembangan ilmu aqli :
a. Falsafah - induk kepada ilmu aqli kerana daripada falsafah ini,maka berkembanglah ilmu-ilmu lain. Zaman Abbasiyah berlaku perkembangan ilmu falsafah akibat pengaruh Parsi dan Yunani. Tokoh ilmu falsafah - Imam al-Ghazali dengan karyany a Tahafut al -FaIasifah
b. Seni sastera – antara tokoh ialah Farid al-Din al-'Aththar dengan karyanya Manthiq al-Thayr dan Umar Khayyam dengan karyanya Rubaiyat.
c. Perubatan
- perkembangan ilmu kedoktoran zamanAbbasiyah mengalami tiga peringkat:. Zaman permulaan, kemajuan dan kemunduran. Tokoh perubatan Islam antaranya Jabir Ibn Hayyam (Kitab al-Kimya),Ikhwan as-Safa (Rasa'il lkhwanas - Safa'wa Khullan al-Wafa), Ibn al-Hayth am (Kit ab al Manazir danRisalafil-Daw') dan Ibnu Sina (al-Qanun FiTibb).
d. Astronomi - antara tokohnya ialah Nasiruddin Ath-Thusi (AlMutawassithat Bain Al-Handasa wal Hai'a) dan Abu Wafa' -pakar trogonometri.
e. Matematik - antara tokohnya ialah Umar Khayyam yang terkenal dalam bidang algebra ('Mazalatfi al-Jabr wa alMuqabila)[3]
[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016) ,136.
[2] “Perkembangan ilmu naqli dan aqli” , dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3] Ibid,75.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan