Selasa, 24 Mei 2016

Unit 1.4 Masyarakat Industri

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menerangkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri England dan Jerman (Abad ke 18-19 )
1.a.Masayarakat industri di England
Definisi
Masyarakat Industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.Masyarakat Industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin.Dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.[1]
Ciri-ciri Masyarakat Industri
 a) Kegiatan ekonomi
b) Mobiliti sosial
c) Pengkhususan kerja
d) Kemunculan kelas
e) Masyarakat Literasi

Ciri-ciri Masyarakat Industri
a) Kegiatan ekonomi
Pada peringkat awal, masyarakat industri di England bekerja di kilang-kilang tekstil.Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup.[2] Masyarakat industri mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan secara meluas dalam pengeluaran barangan. Mereka menghasilkan barangan secara besar-besaran untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa. Apabila mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja beralih ke sektor industri perkhidmatan.[3]
 b) Mobiliti sosial
Salah satu fenomena yang ketara dalam masyarakat industri ialah berlaku mobiliti sosial.Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan tataf hidup golongan pekerja meningkat.Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi.[4] Hal ini menyebabkan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang mewah dan makmur. Ini telah meletakkan asas bagi kemunculan golongan kelas menengah dalam masyarakat.[5]

c) Pengkhususan kerja
Penggunaan mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan berlakupengkhususan kerja Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja untuk menghasilkan sesuatu barangan.Pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran.[6] Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat.[7]
d) Kemunculan kelas
Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong.Pada peringkat awal proses perindustrian membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran muncul golongan profesional.Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan pekerja meningkat.[8]Golongan pekerja amat bergantung kepada golongan kapitalisMenjelang tahun 1851, ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool. Perkembangan ini melahirkan proses pembandaran terutamanya di bandar-bandar perindustrian.[9]
e) Masyarakat Literasi
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan. Masyarakat industri terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan mereka.Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen England.[10]




[1]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)32 .
[2]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)29 .
[3]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.63.
[4]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)29 .  
[5] Ibid,64
[6]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,64. 
[7]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)29 .   
[8]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,64.   
[9]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,30
[10] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan