OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat industri di England pada abad ke-18 dan 19
Masyarakat industi merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian . Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.Kemunculan masyarakat industri bemula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18.
Masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan iaitu pengusaha industri dan pekerja industri. Istilah masyarakat industri mula-mula diperkenalkan oleh seorang tokoh sosialis Perancis , iaitu Saint-Simon. Namun begitu idea berhubung konsep masyarakat industri muncul lebih awal lagi. Seorang tokoh berbangsa Scott mengemukakan konsep ‘masyarakat komersial’ dalam penulisan beliau. Menjelang abad ke-19, tokoh sosiologi terkenal seperti Herbert Spencer, Auguste Comte, Max Weber dan Karl Marx menggunakan istilah ini secara meluas.[1]
Ciri-ciri Masyarakat Industri:
a) Kegiatan ekonomi
Pada peringkat awal, masyarakat industri di England bekerja di kilang-kilang tekstil.Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup.
b) Mobiliti sosial
Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan tataf hidup golongan pekerja meningkat.Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan ang tinggi.[2]
c) Pengkhususan kerja
Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja untuk menghasilkan sesuatu barangan.(pengkhususan kerja)
d) Kemunculan kelas
Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat.Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.Menjelang tahun 1851, ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool. Perkembangan ini melahirkan proses pembandaran terutamanya di bandar-bandar perindustrian.
e) Masyarakat Literasi
Merupakan masyarakatyang berilmu pengetahuan dan berpendidikan. Masyarakat industri terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan mereka.Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen England.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan