Rabu, 11 Mei 2016

Fokus STPM 2016 Sisem Ekonomi

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
i.baitulmal
ii.cukai
iii.zakat
Konsep zakat
Dari segi bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.
      Penyuburan pula dikaitkan dengan penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.
 Dari segi syarak pula, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.
Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat harta hanya diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki cukup kadar (nisab) serta haulnya (genap setahun dimiliki).
      Zakat harta terbahagi kepada zakat pertanian, zakat binatang temakan, zakat pemiagaan, zakat emas dan perak dan harta rikaz (harta karun).Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf, iaitu:
(a) golongan fakir
(b) golongan miskin
(c) musafir
(d) mualaf
(e) hamba yang membebaskan diri
(f1 orang yang berhutang
(g) orang yang bejihad
(h) amil
HASIL PEMBELAJARAN
Menganalisis pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah al-Rasyidin.
SEJARAH PELAKSANAAN ZAKAT
Bermula pada zaman sebelum Nabi Muhammad s.a.w diutuskan lagi contohnya zaman Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan NabiIbrahim a.s.
Pada zaman sebelum Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, segala pembiayaan atau perbelanjaan bagi mempertahankan agama dan umat Islam dianggap zakat.Namun begitu, zaman selepas Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, zakat mula difardukan pada tahun 2 H dan dimasukkan sebagai rukun Islam.
KEPENTINGAN ZAKAT
Kepentingan kepada diri
(a) Menghapuskan sifat kedekut/bakhil
(b) Menyuburkan pahala
(c) Menambahkan keberkatan harta y ang dimiliki
2 Kepentingan kepada masyarakat
(a) Mengeratkan hubungan silaturahim
(b) Mewujudkan roh ukhwah Islamiah
(c) Merapatkan jurang sosial antara umat Islam
3 Kepentingan kepada negara
(a) Menjadi sumber pendapatan negara terutamanya kesan daripada kempen dakwah
(b) Meningkatkan taraf hidup umat dan negara Islam
PELAKSANAAN ZAKAT ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN
Pelaksanaan zakat pada zaman ini diteruskan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sumber zakat diagihkan kepada lapan golongan asnaf. Pada zaman pemerintahan
Zaman Abu Bakar
Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, timbul kontroversi berhubung dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya golongan al-Riddah yarag enggan membayar zakat. Golongan yang enggan membayar zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman. Mereka menganggap zakat sebagai cukai yang dipaksa. Sementara itu ada yang enggan membayar zakat kerana tersalah tafsir terhadap ayat-ayat al-Quran yang mewajibkan zakat. Mereka menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat, jadi apabila baginda wafat, maka dengan sendiri zakat tidak wajib dibayar. Antara yang termasuk dalam golongan ini ialah Malik bin Nuwairah iaitu ketua Bani Hanzlah yang memberi bantuan kepada Sajah.

Khalifah Abu bakar al-Siddiq bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan antara kewajipan sembahyang dengan kewajipan zakat kerana sembahyang merupakan tiang agama, manakala zakat pula jambatannya. Walaupun Umar al-Khattab cuba menasihatinya supaya berbincang terlebih dahulu, tetapi Khalifah Abu Bakar  tetap dengan pendiriannya yang tegas berdasarkan dalil al-Quran dan hadis. Khalifah Abu Bakar bertindak  tegas menggempur golongan tersebut. Golongan ini telah ditangani melalui pembentukan 11  buah pasukan tentera. Misi ini telah bejaya termasuklah membunuh golongan yang mengaku merjadi nabi.

Zaman Umar
Zaman Khalifah Umar, pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman. pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pula, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah dan ketenteraan yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang Parsi dan syiar Islam berkembang di Parsi kerana mendapat layanan yang baik daripada pemerintahan Khalifah Umar.  Rakyat Parsi dibenarkan menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan membayar jizyah. Mereka diberi jaminan keselamatan harta benda. Kesannya mereka memeluk agama Islam dan dikenakan bayaran zakat.Hasil zakat telah dihantar ke seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat  telah dapat diagihkan kepada lapan  golongan asnaf yang layak menerimanya.

Zaman Uthman
Zakat dilaksanakan dengan  jayanya zaman Khalifah Uthman. Khalifah Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda. Pengenalan zakat kuda ini tidak pernah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang dikenakan ke atas binatang unta. Segala sumber zakat dimasukkan  ke dalam Baitulmal sebagaimana zaman Khalifah Umar.

      Masalah timbul apabila Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana perbendaharaan merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pihak dan menganggap Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun, Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
Zaman Ali
Pada zaman Ali, walaupun menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan