Rabu, 18 Mei 2016

MALAYSIA MEMENANGI PIALA THOMAS

Pada hari ini 17.5.1992, Malaysia berjaya menggondol Piala Thomas selepas menunggu selama 25 tahun dan kali terakhir Malaysia memenangi piala itu pada 1967 di Jakarta. Dalam perlawanan akhir di Stadium Negara, Malaysia telah berjaya menewaskan Indonesia 3 - 2. Antara pemain-pemain Badminton Malaysia terdiri daripada Razif Sidek, Jalani Sidek, Rashid Sidek dan Foo Kok Keong. Piala Thomas itu telah disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah. Sebagai penghargaan, Menteri Belia dan sukan, Senator Haji Annuar Musa mengumumkan para pemain dijanjikan dengan hadiah istimewa termasuk ganjaran berbentuk wang dari Majlis Sukan Negara dan sumbangan beberapa syarikat swasta yang lain. Sehubungan itu, satu jamuan negara secara besar-besaran diadakan disamping perarakan membawa Piala Thomas itu di setiap negeri. Sesungguhnya, kemenangan Malaysia pada hari ini dalam tahun 1992, adalah satu kemenangan kepada seluruh rakyat Malaysia dan ia berjaya membuktikan bahawa cita-cita untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu bukanlah perkara yang mustahil, apa yang penting ialah azam, keyakinan dan usaha gigih dalam mengejar sesuatu kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan