Rabu, 11 Mei 2016

STPM 2016- Sistem ekonomi- zaman kerajaan Abbasiyah (abad ke-11-12M)

Samarkan dan Bhukara, terbentang lembah Sogdiana, salah satu dari “empat sorga dunia”, yaitu Shi’b Bawwan (celah bavvan di Faris), kebun Ubalah Canal, yang membentang dari Bashrah ketenggara. Ditaman-taman ini tumbuh subur beberapa jenis buah, sayuran dan bunga, seperi kurma, apel apricot, persik, prem, lemon, limau, anggur, zaitun, almond, delima, terung, lobak, mentimun, mawar, selasih, tembikai di datangkan dari Kwarizm ke istana al-Ma’mun dan al-Wastiq dalam peti yang diisi air batu, harga sebiji tembikai di Baghdad mencapai 700 dirham. Sebenarnya, pohon dan sayuran yang kini tumbuh sudah dikenal pada masa itu, kecuali mangga, kentang, tomato, dan tanaman sejenis baru diperkenalkan dari dunia baru . Dan Negara koloni eropah di seberang benua.[3]    
c.Penernakan.

d.Perindustrian seperti industri tekstil , tenunan,gelas dan tembikar.[4] 
      Bidang perindustrian menjadi pemisah antara sektor kerajaan dan swasta. Beberapa bidang industri  yang terkenal pada masa itu ialah industri gelas dan tembikar dan industri tekstil dan tenunan.Jaingan perdagangan internasional pada zaman Abbasiyah sangat luas.Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Basrah, Siraf, Kaherah dan Iskandariah menjadi pelabuhan intenasional.

      Pedagang-pedagang Islam telah berniaga sampai ke negeri China. Mereka berdagang secara kafilah dan barangannya dibawa dengan kuda.. Disebelah Barat oang Arab telah berdagang  sampai ke Sepanyol. Mereka menjual kurma, gula,kapas,kain bulu, alat besi dan gelas.Mereka mengimpot rempah ratus, kapur barus dan sutera dari negara-negara Asia. Dari Afrika pula dimpot daging,gading,kayu arang dan hamba abdi.

      Baghdad merupakan  kota dagangan terbesar di Asia setanding Iskandariah sebagai pusat perdagangan di Afrika. Kesemarakan kota ini tidak saja disebabkan kedudukkannya sebagai ibu kota Daulah Abbasiyah, malah menjadi pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru. Damsyik pula menjadi kota dagang penting kerana diziarahi jemaah haji yang berangkat dan pulang dari Mekah.[5]




[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 186.
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016)  ,103.
[4]“Sisem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),47.
[5]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 187.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan