Khamis, 5 Mei 2016

Jabatan Warisan lawat bangkai kapal petang ini

AMEER FIRDAUS AB. AZIZ   05 Mei 2016 1:01 PM
 Jabatan Warisan lawat bangkai kapal petang ini
PEKAN 5 MEI 2016 - Ketua Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman (kiri) bersama penduduk Kampung Tanjung, Razlan Jaafar menunjukkan objek besi yang disyakki bangkai kapal lama di Sungai Pahang sejak sebulan lalu disini semalam. - Gambar:MAHATHIR ALI
KUANTAN 5 Mei - Jabatan Warisan Negara akan melawat lokasi penemuan objek besi yang dipercayai kapal dagang milik British berusia lebih 100 tahun di Kampung Tanjung, Pekan dekat sini petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, wakil jabatan berkenaan akan membuat siasatan termasuk mendapatkan maklumat daripada ketua dan penduduk kampung yang dikatakan menemukan bangkai kapal berkenaan.
“ Orang awam dinasihatkan supaya tidak mendekati bangkai kapal tersebut yang boleh mengganggu siasatan pihak berwajib,’’ katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Akhbar hari ini melaporkan penemuan bangkai kapal berkenaan susulan paras air Sungai Pahang yang semakin cetek akibat fenomena El Nino. - UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jabatan-warisan-lawat-bangkai-kapal-petang-ini-1.315628#sthash.90v9ZVIl.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan