Oleh –AHMAD BIN YAAKOB
Kandungan Piagam Madinah
Penduduk Madinah terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari segi agama dan budaya
seperti orang Islam,Yahudi dan Musyrikin. Mereka sememangnya memerlukan sebuah undang-undang
bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup.
Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam
Madinah untuk menjadi pedoman sebuah negara berdaulat setelah berjaya mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar. Undang-undang ini dipanggil Sahifah Madinah atau
Piagam Madinah yang digubal pada tahun pertama dan kedua Hijrah. Undang-undang ini
melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah, iaitu antara orang Islam sesama
Islam (Muhajirin dan Ansar) dan antara orang Islam dengan kaum Yahudi.
Piagam ini digubal berdasarkan wahyu dan
norma-norma masyarakat pada waktu itu yang terdiri daripada orang Islam dan
bukan Islam. Kaum Yahudi pada mulanya memberikan
sambutan yang baik.Baginda
telah berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka.Baginda telah membentuk undang-undang
yang dikenali sebagai sahdah setelah kedua-dua pihak saling mempercayai.
Piagam yang dirangka oleh Nabi Muhammad
SAW merupakan piagam pertama di dunia yang mantap dari aspek isi kandungannya
kerana mampu memenuhi tujuan dan objektif berhubung kewajipan dan tanggungiawab
pemerintah rakyat serta keperluan-keperluan lain.[1]
Piagam Madinah terdiri daipada 47 fasal .
Pembahagian Piagam Madinah
Secara umumnya piagam ini
terbahagi kepada lima bahagian umum: ,
(a) Fasal I merupakan
pengenalan kepada piagam ini dan mengakui tentang keesaan Allah SWT dan
kerasulan Nabi Muhammad SAW.
(b) Fasal 2 hingga 11
menerangkan kedudukan kaum-kaum dalam negara Islam Madinah.
(c) Fasal l2,hingga 23
menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungiawab sesama sendiri dan
perkara-perkara yang patut dilakukan dan yang patut ditinggalkan.
(d) Fasal 24hingga 38 merupakan
fasal yang menyebut kedudukan kaum Yahudi dalam negara Islam Madinah.
(e) Fasal 39 hingga 47 pula
menerangkan kedudukan Yathrib (Madinah) sebagai sebuah kota yang suci dan harus
dipertahankan oleh penduduknya dalam segala peperangan.
Sahifah ini juga memberi garis panduan
tentang prinsip umum tentang dasar pentadbiran masyarakat dan negara Islam yang
penduduknya terdiri daripada berbilang kaum.
(a) Wahyu Allah SWT merupakan
sumber utama undang-undang negara.
(b) Masyarakat di Madinah
dianggap sebagai sebuah ummah yang bertanggungjawab ke atas negara mereka.
(c) Nabi Muhammad SAW ialah
pemimpin masyarakat.
(d) Semua anggota masyarakat
bebas menganut sebarang agama.
(e) Setiap anggota sahifah
mesti menjalinkan hubungan yang erat.
(f) Fungsi sahifah adalah untuk
menegakkan keadilan.
(g) Memberi jaminan keselamatan
kepada orang bukan Islam
Piagam Madinah, secara khususnya
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
a.Bahagian pertama mengandungi
23 fasal menyentuh tentang hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi dan
tanggungiawab sesama sendiri. Bahagian ini ditulis pada tahun pertama dan kedua
Hijrah, iaitu sebelum Perang Badar. Isi kandungannya adalah seperti yang
berikut:
Fasal 1: Piagam ini adalah daripada Nabi Muhammad
SAW, antara orang Islam dengan
penduduk Madinah yang lain, iaitu
kaumYahudi dan penyokong-penyokong mereka.
Fasal 2: Bahawa mereka
(penduduk Madinah samada orarg islam
atau bukan Islam) adalah
satu ummah.
Fasal 3: Golongan Muhajiirin bertanggjawab membayar dan menerima wang daripada
mereka yang ditawan seeara makruf
dan adil terhadap orang yang beriman.
Fasal 4; Bani Auf kekal dengan keadaan lama mereka dan sama-sama
bertanggugjawab
membayar dan menerima wang tebusan
seperti dahulu dau menebus daripada mereka
yang ditawan dengan cara makruf dan
adil sesama yang beriman.
Fasal 5: Banu Harith Ibnu Khazraj tetaplah dengan keadaan lama mereka sama-sama
bertanggungjawab menerima dan
membayar wang tebusan seperti dahulu dan
menebus daripada mereka yang
ditawan dengan cara makruf dan adil sesama
yang beriman.
b)Bahagian kedua mengndungi 24
Fasal yang membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara
Islam Madinah. Bahagian ini ditulis selepas Perang Badar.
Kandungan umum Piagam Madinah
meliputi perkara-perkara yang berikut:
(a) Perjanjian yang berkaitan
dengan golongan Muslimin.
(b) Perjanjian yang berkaitan
dengan golongan Yahudi.
(c) Perjanjian yang berkaitan
dengan golongan Musyrikin
(d) Perjanjian yang melibatkan
semua pihak, berkaitan dengan peraturan-peraturan umum.
Umumnya, Piagam Madinah ini
menentukan kedudukan Nabi Muhammad SAW dan penduduk Madinah yang terdiri
daripadamasyarakat majmuk . Piagam ini menyusun sebuah negara kota serta
menggariskan hak-hak, tanggungjawab dan peraturan antara mereka berdasarkan
prinsip-prinsip Islam.
Piagam ini telah membolehkan Nabi
Muhammad SAW membina negara Islam yang aman dan damai. Piagam ini penting untuk
membentuk negara yang berdaulat, malah piagam ini dianggap undang-undang
bertulis yang pertama di dunia dan berjaya membuktikan keunggulan Nabi Muhammad
SAW.[2]
Peranan Piagam Madinah
Kedudukan Nabi Muhammad SAW
sebagai Pemerintah tertinggi dan Unggul
Baginda merupakan seorang
negarawan yang unggul dan berperanan sebagai pemimpin bagi kerajaan Madinah
yang memiliki masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama.Masyarakat Madinah
menerima baginda sebagai ketua negara Madinah.
Baginda memberi tumpuan terhadap aspek
akidah dan juga aspek duniawi dalam pemerintahannya. Piagam Madinah meletakkan
baginda sebagai ketua kerajaan dan hakim yang tinggi dan unggul. Sebagai ketua
hakim, baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah
seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan keputusan baginda.
Masalah ini juga diselesaikan dengan adil dan bermusyawarah.Baginda juga
mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan untuk menyelesaikan masalah yang
timbul.
Mewujudkan Rasa Tanggungjawab Mempertahankan Madinah
Semangat Piagam Madinah telah
mendorong masyarakat Madinah yang terdiri daripada umat Islam dan bukan Islam
bersama-sama mempertahankan kerajaan Madinah daripada serangan musuh.Masyarakat
Madinah dilarang menjalinkan hubungan dengan musuh-musuh Islam yang menentang
kerajaan Islam Madinah.
Untuk mengukuhkan perpaduan dan
mengelakkan sebarang permusuhan antara masyarakat Madinah, semangat cintakan
negara dipupuk. Oleh itu, semangat ini dapat mengelakkan musuh Islam mengambil
kesempatan menawan Madinah.
Kaum Yahudi dianggap sebagai warganegara
Madinah seperti masyarakat Islam selagi mereka melaksanakan tanggungjawab
mereka menurut Piagam Madinah.
Mewujudkan Perpaduan Umat lslam
Masyarakat Islam Madinah
terdiri dua kumpulan, iaitu golongan Ansar dan Muhajirin.Penekanan berkaitan
dengan kerjasama dan bersatu padu antara masyarakat ini terdapat dalam Piagam
Madinah.
Selain daripada masyarakat Islam, piagam
ini juga merangkumi kedudukan kaum-kaum
lain yang terdapat di Madinah seperti kaum Yahudi, Aus, Khazraj, Quraisy, Parsi
dan Habsyi.Tuntutan terhadap hidup bersatu padu dan persaudaraan Islam dalam
masyarakat Madinah dilaksanakan dengan mendidik masyarakat menjadi anggota
masyarakat atau ummah yang kuat tanpa mengira kaum, keturunan dan tempat
tinggal.Hai ini dapat mengelakkan perpecahan antara masyarakat Madinah.Jika
berlaku perpecahan ini, musuh Islam boleh mengambil kesempatan untuk menawan
Madinah
Persaudaraan Islam dapat mewujudkan
masyarakat Islam yang tulen berlandaskan akidah dan keimanan kepada Allah
swt.Persaudaraan inilah yang akan mewujudkan kerjasama antara masyarakat serta
cintakan kedamaian dalam kehidupan.
Penekanan terhadap musyawarah dalam pemerintahan.
Piagam Madinah mengamalkan
prinsip musyawarah yang berlandaskan keadilan dalam pemerintahan. Semua kaum diberikan
hak menyuarakan masalah kaum masing-masing.Penduduk Madinah juga diberi hak
menyuarakan pandangan terhadap pemimpin. Hal ini dapat mengeratkan lagi
hubungan antara rakyat dengan Pemerintah.
Mewujudkan Keadilan dan Persamaan Terhadap Masyarakat
Madinah.
Untuk mengelakkan jurang perbezaan
dan penindasan berlaku dalam masyarakat Madinah, Piagam Madinah telah
menetapkan persamaan antara semua penduduk tanpa mengira keturunan,bangsa dan
kedudukan seperti antara pemerintah dengan yang diperintah.Kekayaan dibahagikan
sama rata antara masyarakat untuk mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas
golongan miskin.
Setiap masyarakat juga bertanggungjawab
untuk melaksanakan keadilan berlandaskan ajaran Islam agar mereka sentiasa
hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan
syariat Islam ini memberi hak dan kebaikan kepada mereka. Hal ini juga dapat
menghalang sebarang keburukan berlaku ke atas masyarakat tersebut.
Piagam Madinah telah menetapkan
masyarakat Madinah tidak boleh bersikap zalim seperti menindas golongan yang
lemah. Mereka perlu memiliki sikap tolong-menolong antara satu sama lain.
Kedudukan Kaum Yahudi
Masyarakat Yahudi diberi kebebasan
untuk mengamalkan agama adat dan budaya mereka. Namun demikian, mereka tidak
boleh memaksa penduduk Madinah untuk menganut agama mereka.Masyarakat Yahudi
juga dilarang menindas kaum atau golongan yang lemah.
Keselamatan kaum Yahudi dijamin melalui
Piagam Madinah selagi mereka mematuhi piagam tersebut.
Kebebasan beragama
Piagam Madinah memberi
kebebasan beragama terhadap kaum Yahudi dan penganut agama lain. Kebebasan ini
diberikan kerana:
(a) Islam menghormati kebebasan
beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu
(b) Menghindarkan permusuhan
antara masyarakat
(c) Mengelakkan kaum Yahudi daripada
menyebarkan agama mereka di Madinah
Pembinaan sebuah kerajaan Islam yang kuat
Untuk membentuk sebuah kerajaan
Islam yang kuat, masyarakat Madinah bebas membincangkan hal politik dan
pentadbiran.
Piagam Madinah memberi kesedaran kepada
masyarakat Madinah bahawa mereka merupakan masyarakat yang utuh dan bersatu padu.
Piagam ini juga menyatakan bahawa kerajaan Madinah adalah hak milik mereka
bersama.
Oleh itu, masyarakat Madinah bertanggungjawab
mempertahankan kerajaan ini daripada ancaman musuh.Hak dan tanggungjawab penduduk
Madinah diakui dalam Piagam Madinah tanpa mengira agama mereka. Penduduk
Madinah yang beragama Islam dan bukan Islam mempunyai hak yang sama untuk
memperoleh perlindungan, keselamatan dan keadilan.
Kebebasan Masyarakat Madinah
1 Penindasan ke atas golongan
yang lemah seperti yang biasa dilakukan oleh kaum Yahudi adalah dilarang kerana
Piagam Madinah menjamin kebebasan hak asasi yang sama rata untuk
setiap penduduk.
2 Hal ini dapat menjamin keharmonian
hidup masyarakat Madinah.
3 Kebebasan hak asasi ini
meliputi kebebasan beragama, beramal,bekerja, bersuara dan sebagainya selagi
tidak bertentangan dengan ajaran Islam kerana kebebasan yang tiada batas akan
mewujudkan kezaliman yang boleh memecah-belahkan perpaduan ummah sesebuah
kerajaan.
Menyatupadukan penduduk Madinah.
Masyarakat Madinah khususnya
umat Islam dapat disatukan menerusi Piagam Madinah.Piagam ini juga
menitikberatkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan
Islam seperti saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan sebagainya.
Melalui Piagam Madinah ini
dapat dirumuskan bahawa masyarakat Madinah yang dahulunya mengamalkan tradisi
jahiliah seperti mementingkan diri sendiri dan kaum masing-masing telah berubah
dengan menerapkan nilai-nilai persaudaraan Islam.
Struktur pemerintahan di Madinah
Kerajaan Islam telah ditubuhkan
di Madinah. Negara Islam tersebut diketuai oleh Nabi Muhammad SAW yang juga
merupakan seorang Nabi dan Rasul.Pemerintahan di Madinah bersifat negara kota.
Nabi Muhammad SAW telah meletakkan asas pemerintahan mengikut pengurusan dan
pentadbiran Islam yang sebenar.
Di Madinah, baginda telah berjaya
menggubal Piagam Madinah. Piagam yang digubal tersebut mengandungi 47 fasal
yang menerangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan umat Islam dan
bukan Islam. Oleh itu, piagam tersebut dapat menjadi teras peraturan hidup
masyankat baharu Madinah yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.
Dalam mentadbir negara, baginda telah
menubuhkan Majlis Syura. Majlis tersebut berperanan dalam menggubal dasar
pemerintahan negara yang berteraskan al-Quran dan sunnah. Majlis tersebut
dianggotai oleh sebilangan sahabat terkanan yang memiliki kepakaran dalam
bidang tertentu.
Sistem perundangan yang diamalkan dalam
pemerintahan baginda juga adalah berteraskan al-Quran dan sunnah. Di samping
itu, baginda juga menjadi hakim yang dilantik pada peringkat suku kaum.
Baginda juga telah membentuk satu dasar
diplomatik dengan menjalin hubungan dengan negara-negara yang lain. Memandangkan
wilayah Islam yang semakin luas, para amir telah
dilantik untuk mentadbir kawasan
yang dipertanggungjawabkan.Contohnya, Uthman ibn Abi al-'As dilantik sebagai
amir di Thaif manakala Attab bin Usaid sebagai amir di Makkah.
Nabi Muhammad SAW membentuk
pentadbiran berasaskan kepada empat dasar, iaitu:
(a) mengukuhkan semangat akidah
bagi menghapuskan semangat asabiyyah.
(b) Islam dijadikan sebagai
landasan peraturan masyarakat.
(c) mengamalkan kaedah
musyawarah dalam pentadbiran.
(d) memperkenalkan Piagam
Madinah.
Dasar tersebut telah menjadi
panduan kepada masyarakat Islam untuk memperoleh kesejahteraan dan keharmonian dalam
kehidupan kerana mencakupi aspek akidah, syariah dan akhlak. Sekali gus dapat
mewujudkan kestabilan politik dan pengekalan integriti bagi kedaulatan sesebuah
pemerintahan yang stabil.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan