Rabu, 11 Mei 2016

Fokus STPM 2016-Perjanjian zaman Abbasiyah

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada zaman Abbasiyah berlaku perluasan kuasa dan hubungan diplomatik dengan negara luar.Namun hubungan inilebih kepada menjaga pengaruh kekuasaan dan kedudukan kerajaan Abbasiyah ke aas negara wilayahnya.[1]
1.Perjanjian-perjanjian pada zaman Khalifah Abbasiyah.
A.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan  Byzantine (Rom Timur)
Kerajaan  Byzantine (Rom Timur) iaitu musuh tradisi kerajaan Islam sejak zaman berzaman. Permusuhan terhadap Islam bertambah hebat sejak Islam mula tersebar di negara-negara  yang  terletak di bawah jajahan Byzantine seperti Syam, Mesir dan Maghribi. Sejak era pertama kerajaan Abbasiah lagi telah berlaku pertempuran antara kerajaan Abbasiah dan kerajaan Byzantine di sempadan Utara Syam. Kerajaan Byzantine juga berusaha untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Abbasiah pada awal penubuhannya dengan mengutus bala tentera berkuda untuk memerangi Islam.

      Keadaan yang berlaku memaksa Khalifah  Abu al-Abbas mengutuskan gabenornya di Sam bagi mematahkan serangan tersebut, namun gagal kerana beliau meninggal dunia terlebih awal. Pada zaman al-Mansur, beliau berusaha mendapat kembali kawasan yang dirampas    oleh kerajaan Byzantine. Beliau telah membina kekuatan di kawasan utama seperti Kubu al-Jazirah dan Kubu Syam. Akibatnya,Raja Byzantine, Contantinople IV mengajukan perjanjian damai dengan kerajaan Abbasiyah. Mereka bersedia membayar cukai kepada Baghdad setiap  tahun.      Byzantine membayar cukai tahunan kepada kerajaan Abbasiyah.

b.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan Kerajaan Umayyah di Andalusia.
Hubungan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Umayyah di Andalusia sentiasa tegang akibat permusuhan.Keadaan ini menebabkan Abdul Rahman bin Muawiah cuba melarikan diri daripada kerajaan Abbasiyah.Beliau berjaa menubuhkan kerajaan Umayyah di Andalusia dengan menjadikan Cordova sebagai ibu negara. Perisiwa ini berlaku pada ahun 755 M.

      Namun begitu kerajaan Abbasiyah berjaya mengepung sebahagian daripada kawasan Andalusia dan berjaya menewaskan kerajaan Umayyah.Khalifah Abu Jaafar al-Mansur telah membuat satu revolusi unuk menjatuhkan al-Ala bin Mughis al-Jazami di Kota Bajah pada tahun 763M. Namun gagal kerana pemerintah Andulia di Sepanyol Abdul Rahman al-Dakhil telah berjaya memaahkan usaha tersebut.Abdul Rahman juga berusaha untuk memisahkan Syam daripada jajahan Abbasiyah.[2]
c.Perjanjian  Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan Karolonji di Laut Adriatik di Selatan Perancis.
      Kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Laut Adriatik di Selatan Perancis pada zaman sekarang.Kerajaan ini di bawah pimpinan Raja Perancis Sharlaman ang elah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Abbasiyah. Kedua-dua kerajaan ini juga bertukar-tukar duta masing-masing khususnya zaman Khalifah Harun al-Rashid.Begiu juga dengan Shalaman  ang menjalin hubungan baik dengan negara Islam seperti sering bertukar-tukar hadiah antara kedua-dua pihak.
      Kerjasama antara Sharlaman dengan Khalifah Harun al-Rashid dibuat dengan dua tujuan;
Pertama memudahkan jalan untuk memerangi kerajaan Umayyah di Andalusia, tetapi gagal kerana  kerajaan Umayyah memiliki kekuatan ang lebih besar. Kedua secara politik Sharlaman memperolehi beberapa faedah dari Baghdad terutama dalam keilmuan. Ini kerana Eropah dan orang Kristian ketika itu berada dalam zaman kegelapan ilmu. Hubungan ini membolehkan Sharlaman berusaha memperbaiki keadaan pemerintahnnya  dari segi undang-undang dan politik dengan mengikuti cara-cara Khalifah Harun al-Rashid.[3]




[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 170.
[2]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 172.
[3]Ibid, 173.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan