Isnin, 30 Mei 2016

PERSIDANGAN DAMAI MALAYSIA - INDONESIA DI BANGKOK

Hubungan diplomatik Malaysia - Indonesia menjadi renggang seketika apabila Malaya mengumumkan percantuman Sabah - Sarawak bagi membentuk sebuah negara baru dikenali dengan nama Malaysia.  Konfrantasi ini wujud kerana kebimbangan dan perasaan curiga negara jiran tersebut mengenai percantuman ini yang dianggap sebagai satu bentuk penjajahan-penjajahan baru. Keadaan ini telah dapat diselesaikan kemudiannya walaupun selepas satu siri perbalahan yang turut mengorbankan nyawa rakyat kedua-dua negara. Beberapa rundingan dan persidangan telah diadakan untuk mencari kata sepakat, dan pada hari ini 30 Mei 1955 satu persidangan damai Malaysia - Indonesia telah diadakan di Bangkok. Rombongan perwakilan Malaysia diketuai oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.  Sementara perwakilan Republik Indonesia pula diketuai oleh Tun Adam Malik, iaitu Menteri Luar merangkap Menteri Hal Ehwal Politik Republik itu.
Di antara persetujuan yang dicapai di dalam rundingan ini ialah:-
Kedua-dua buah negara bersetuju memberikan kebebasan kepada Sabah dan Sarawak melalui pilihanraya umum di kedua buah negeri tersebut mengenai kedudukan mereka dalam gagasan Malaysia.
Kedua-dua negara juga bersetuju mengwujudkan perhubungan diplomatik dan memberhentikan perasaan permusuhan secepat mungkin.
Ekoran dari persetujuan yang telah dicapai dalam persidangan damai di Bangkok itu perhubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Indonesia telah pulih dengan rasminya pada 31 Ogos 1967.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan