Jumaat, 13 Mei 2016

Fokus STPM 2016-Pendidikan pada zaman Khalifah Abbasiyah

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Zaman pemerintahan Bani Abbasiyah dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan pendidikan Islam. Dasar pendidikan Islam berteraskan wahyu al-Quran dan hadis. Manakala sumber  pendidikan berasal daripada sumber al-Quran dan Hadis serta sumber ilmu luar seperti dari India, Parsi dan Greek. Selain daripada ilmu keagamaan ilmu lain ialah sains,peubatan, fizik, kimia, matematik , geografi, falsafah, asronomi, falak dan sebagainya.[1]    

Ciri-ciri pendidikan  zaman Khalifah Abbasiyah
Pada zaman Abbasiyah perkebangan ilmu dan sekolah telah mencapai kemajuan yang pesat. Zaman ini juga disebut sebagai keemasan dan kegemilangan pengajian Islam. 
a. Institusi  pendidikan dan bentuk  pengajaran
Masjid merupakan pusat  bagi pelajaran rendah,menengah, dan tinggi.
      Masjid merupakan  sekolah utama bagi mempelajari al-Quran,  hadis dan fiqah. Di Basrah masjid telah digunakan sebagai kelas-kelas pengajian bagi pelajaan tafsir, hadis,fiqah,kesihatan dan lain-lain. Orang ang hadir kekelas-kelas tersebut terdiri dari pelbagai bangsa dan agama termasuklah putera-putera raja , pembesar-pembesar dan para hartawan.[2] Di masjid juga    diadakan majlis munazarah(perbincangan dan perbahasan  isu semasa) oleh para ulama,  sarjana danpujangga.
. Sekolah-sekolah  tinggi (madrasah) ditubuhkan  zaman Nizam  al-Mulk seperti di Baghdad dan Basrah
. Istana khalifah sebagai  institusi pendidikan. Istana berfungsi sebagai  gedung ilmu dan pusat pengkajian sastera  berbanding  pusat pemerintahan.
. Perpustakaan  - menjalankan  aktiviti pengkajian buku ilmiah dan tempat perbincangan.  Contoh - Baitul Hikmah
b. Bidang pengajian
. Keagamaan dan bidang lain seperti ilmu nisab, fizik, kimia, ahli falak, ilmu logikal, ilmu falsafah  dan lain-lain.
. Kurikulum  peringkat rendah merangkumi pelajaran al-Quran, sirah Nabi SAW, membaca, menulis dan puisi.
. Kurikulum  peringkat menengah dan tinggi.
merangkumi  ilmu tafsir, ilmu hadis,  ilmu kalam,falsafah,  perubatan  dan lain-lain
. Aktiviti  penterjemahan  dan pengkajian buku-buku ilmiah. Menggalakkan  perkembangan  ilmu.
Tenaga pengajar
. Muncul ramai cendiakawan  Islam yang mempunyaipengetahuan yang berbeza-beza  antara satu sama lain.
Pakar ilmu hadis
- al-Kindi, al-Farabi, Imam empat
Mazhab, al-Bukhari, al-Muslim  dan lain-lain
Pakar perubatan
- Ibn Sina, al-Razi danAli  al-Tabari.
Ibn Sina terkenal dalam bidang perubatan. Karya Ibn Siana iaitu al-Qanum fil-tib dan kitab al-Sifa merupakan karya penting dalam bidang peubatan Islam.[3]

Dasar dan perkembangan  pendidikan  :
Dasar pelajaran  yang digunakan ialah al-Quran danhadis.
. Sumber pengetahuan Islam berasal daripada  dua jurusan  : sumber internal (dalam) - al-Quran dan hadis manakala  sumber external (1uar - ilmu-ilmudari India, Parsi dan Greek.[4]





[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 214.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua,235
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2,227.
[4] “Falsafah Pendidikan Islam ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),65.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan