Khamis, 12 Mei 2016

Unit 1.1 Masyarakat Feudal

SEJARAH DUNIA 1500-1955
Unit 1.1 Masyarakat Feudal
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat Feudal
Kemunculan masyarakat feudal di Eropah dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal.
Menjelang akhir abad ke-19, masyarakat feudal muncul di bahagian lain di benua Eropah
Kemunculan masyarakat feudal di England bermula semasa pemerintahan William Si Penakluk (1028-1087).Baginda meletakkan asas bagi kelahiran feudalisme yang lebih teratur dan sistematik di negara tersebut. Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam peranan dan kedudukan masyarakat feudal di England. Prubahan ini berlaku ekoran daripada perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan kemunculan negara bangsa.Perkembangan masyarakat feudal di Jepun dapat dikesan sejak zaman Kamakura hingga zaman Sengoku Jidai. Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman Shogun Tokugawa  (1603-1867). Masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.[1]
Konsep / definisi Masyarakat Feudal
Digunakan sejarawan untuk menerangkan susunan sosial masyarakat yang muncul di Eropah pada zaman pertengahan di Eropah.
Secara umum tetdapat dua maksud feudalisme yang merangkumi ciri persamaan dan perbezaan.Takrifan pertama feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan tertentu iaitumengikutSusunlapishierarki.Takrifankedua
Membawamaksudsatusistemhubungan timbal-balas yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas.[2]

Sistem feudal pula ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-indivudu tertentu dan bukan wakil dari kerajaan pusat.  Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas  dan bersusun lapis mengikut hierarki.[3]

Masyarakat Feudal di England abad ke-16 hingga 17
Sejarah kemunculan Sistem Feudal di England
Sebuah kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke - 9 M, selepas perpecahan Empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-l 3 M.
- Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England
Sosial
- Masyarakat bersusun lapis yang terdiri daripada raja bangsawan dan petani (serf)
-Wujud hubungan timbalbalas dianttara dua kumpulan iaitu golongan yang memerintah dan diperintah.
- Golongan pemerintah terdiri daripada raja dan beberapa bangsawan  Bangsawan  merupakan pengikut yang setia (vassal) kepada raja
- Rakyat biasa yang dikenali serf merupakan golongan yang setia kapada bangsawan yang berkuasa ke atas mereka.
Ekonomi
Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal dalam komuniti kampung yang dikenali sebagai manor
- Kegiatan ekonomi bergantung kepada aktiviti pertanian.
Manor menjadi asas ekonomi feudalisme kerana manor yang menghasilkan makanan untuk semua lapisan masyarakat termasuk raja.
- Kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor tidak menjalankan perdagangan dengan manor yang lain sebaliknya mereka menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri
- Perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan dikendalikan secara sistem barter.
Agama
Gereja katolik merupakan institusi yang berkuasa, mereka memiliki sebahagian besar tanah.
- Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada zaman feudal.
- Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat
- Gereja menekankan aspek kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi.
Politik
Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang lemah menyebabkan peperangan sering berlaku antara wilayah.
Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana berkongsi kuasa dengan golongan pembesar. Golongan pembesar pula sering menentang raja.
Susun lapis Masyarakat feudal di England
Raja
Dalam sistem feudal di England, raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi. Raja merupakan pemerintah yang berkuasa mutlak dan menguasai seluruh tanah dalam kerajaannya.Di bawah raja ialah golongan bangsawan yang menerima tanah secara langsung daripada raja. Raja akan memberikan hak pajakan tanah kepada golonganbangsawan/vassal. Sebagai balasan golongan bangsawan akan menawarkan bantuan ketenteraan kepada raja. Raja amat bergantung kepada golongan bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya.Bagi memastikan golongan bangsawan taat setia kepadanya, raja memberikan anugerah dan gelaran kepada golongan bangsawan. Namun terdapat juga bangsawan yang terlalu berkuasa hingga dapat mengancam kedudukan dan kekuasaan raja.Menjelang abad ke 16 dan 17, pemerintahan monarki mutlak diamalkan di England iaitu ketika pemerintahan Dinasti Tudor dan Stuarts.[4]
Bangsawan
Dalam susun lapis mesyarakat feudal, kedudukan golongan bangsawan ialah selepas raja. 
Pahlawan Knight
Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Berkhidmat dengan raja,bangsawan (lord atau baron) dan mendapat ganjaran seperti tanah,harta, dan barang rampasan.
Bertanggungjawab melindungi bangsawan dan keluarga bangsawan. Terikat dengan sumpah yang mengkehendaki mereka berkhidmat untuk raja dan bangsawan. Boleh dipanggil bila-bila masa.
Knight mengagihkan tanah kepada serf dan sebagai balasan serf akan memberi perkhidmatan kepada knight.Knight pula akan melindungi serf dan keluarganya.Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah dan pasukan tentera sendiri. Mereka juga berhak memungut cukai di kawasannya.

Petani
Rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Mereka dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya.Petani terikat dengan pemimpin atau tuan tanah mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat
ke tempat yang lain.
Berada di bawah pengawasan dan bergantung kepada raja dan bangsawan untuk mendapatkan rezeki. Bercucuk tanam dan menjalankan ternakan di tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian. Ada juga petani yang menyewa tanah dengan golongan bangsawan.
Petani mewakili sebahagian besar daripada penduduk England. Mereka dikenali sebagai freeman, villian, sokeman, border dan cottar.
Petani dikawal oleh tuan tanah antaranya oleh lord manor (institusi manor/ladang) yang akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani mendapatkan keadilan.
Hamba
Berada di bawah golongan petani mewakili satu persepuluh penduduk England.
- Golongan ini tidak memiliki tanah dan mempunyai hak perundangan yang terhad.
Paderi
- Merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal.
- Pada abadke-12 dan 13 M hampir l/3 daripada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.
- Bishop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan. Campur tangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).



[1] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd,2013),1.
[2]“Masyarakat Feudal”, dalamModul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),1.
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2014),2.
[4]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan