Sabtu, 21 Mei 2016

Kedah Tua setaraf Angkor Wat

 
Sebahagian daripada tapak peleburan besi, pelabuhan, ritual dan syahbandar yang ditemui hasil kerja-kerja penggalian di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang di sini perlu dibangunkan sebagai pusat tarikan pelancongan arkeologi terkenal di rantau ini yang setaraf dengan candi Borobudur di Jawa Tengah, Indonesia dan Angkor Wat di Kemboja.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, Kompleks Arkeologi Sungai Batu mempunyai tamadun yang tertua di Asia Tenggara dan menjadi kebanggaan Malaysia serta Kedah.

Untuk itu, beliau berharap kerajaan Pusat dapat menambah peruntukan yang diberikan kepada RM5 juta hingga RM10 juta setahun untuk menguruskan prasarana jalan dan lampu bagi tujuan pencahayaan di dalam kawasan kompleks serta tempat meletak kenderaan.

“Pada masa ini kerajaan Pusat hanya memperuntukkan RM500,000 setahun kepada Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan penggalian di tapak tersebut,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis perasmian Festival Kedah Tua di kompleks itu di sini semalam.
Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz49HwCLOfA Hakcipta terpelihara



Tiada ulasan:

Catat Ulasan