Selasa, 15 Julai 2014

2.3 NEGARA BANGSA

2.3 NEGARA BANGSA
Menjelang akhir ZamanPertengahan, Eropah sudah melalui penubuhan negara bangsa. Kemerosotan sistem feudalisme telah membolehkan raja-raja mengumpul lebih banyak kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka. Perkembangan bahasa kebangsaan dan bahan bercetak membolehkan masyarakat Eropah berfikir berdasarkan cara dan negara yang didiami.

      Negara bangsa ialah negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja mutlak. Tiap-tiap negara mengandungi penduduk yang berteraskan satu bangsa, satu bahasa,satu kesusasteraan, dan satu kesedaran kebangsaan. Raja mempunyai hak untuk mengisytiharkan perang, mengenakan cukai, mentadbir, dan menguatkuasakan undang- undang.
Kemunculan negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan keluarga diraja, dan konsep empayar.Ini diperlihatkan di England dan Perancis.[1]
2.2.1 Raja mutlak dan raja berperlembagaan.
Kemunculan negara bangsa pada abad ke-l5, meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan beraja mutlak di Eropah pada abad ke-16 dan 17. Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sistem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. Kemunculan sistem pemerintahan ini disebabkan kekayaan yang diperoleh raja-raja negara bangsa melalui aktiviti perdagangan.Kemunculan sistem ini dapat dikesan di Perancls dan England pada abad ke-l6 dan 17.[2]

      Menurut sistem pemerintahan beraja mutlak, raja dilantik atas kehendak Tuhan untuk memerintah rakyat.Dalam pada itu, menjadi tanggungiawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Sekiranya raja bertindak kejam dan berlaku tidak adil, rakyat harus menerimanya dengan tenang sebagai hukuman atas dosa yang dilakukan mereka.Pandangan ini diterima oleh pihak gereja dan mendapat sokongan daripada raja-raja negara bangsa.[3]

Raja berperlembagaan ialah raja yang memerintah berdasarkan undang-undang yang ditetapkan atau piagam politik Misalnya, di England, kuasa raja terbatas dengan Magna Carta.Namun, kebijaksanaan raja-raja Tudor telah dapat mengawal dua dewan, iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat di England. Namun, pada penghujung abad ke-17, England menuju pemerintahan raja berperlembagaan setelah Revolusi Cemerlang pada tahun 1688 berjaya menumbangkan pemerintahan beraja mutlak.[4]

RAJA MUTLAK DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND ABAD KE-16-18.
Sejak penghujung abad ke-15, England berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir dua abad lamanya. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Raja Henry VII pada tahun 1485. Baginda merupakan pengasas Dinasti Tudor yang memerintah England sehingga tahun 1603.

Pemerintahan Raia-raja England pada zaman Dinasti Tudor  1485-1603
Setelah berakhirnya Perang Bunga Ros (Wars of the Roses), majoriti masyarakat di England bersetuju menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif untuk menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku sebelum ini.

      Pada era pemerintahan Dinasti Tirdor (1485 1603), menyaksikan England memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan ramai. Meskipun raja-raja Dinasti Tudor mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak, namun mereka masih berpegang kepada tradisi politik England yang wujud sejak Zaman Pertengahan misalnya menghormati prinsip perbatasan pemerintah seperti yang terkandung dalam Magna Carta, sebuah piagam politik yang digubal untuk mengawal kuasa raja.

      Parlimen England dianggotai oleh golongan kaya dan paling berpengaruh di England. Kumpulan pertama menyertai House of Lords ialah golongan tuan tanah yang kaya, golongan bishop, dan kerabat diraja. Satu lagi dewan dikenali sebagai House of Commons terdiri daripada golongan knight, orang kaya, dan peguam. House of Lords lebih berpengaruh daripada House of Commons dari segi politik kerana raja mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli-ahli House of Lords .

      Bagaimanapun raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal kedua-dua dewan tersebut dengan baik. Raja-raja Tudor seperti Raja Henry VII, Raja Henry VIII, dan Ratu Elizabeth I tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan rnereka.[5]

      Pada awal abad ke-17, masyarakat England mengalami proses perubahan yang pesat. Ketika ini muncul golongan gentry di kawasan luar bandar.
Golongan tersebut memiliki tanah dan ada dalam kalangan mereka yang menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan. Melalui kegiatan ini, mereka menjadi kaya dan membeli lebih banyak tanah. Lama-kelamaan mereka menjadi lebih kaya daripada golongan bangsawan .

Golongan Bourjois
Di kawasan bandat muncul golongan bourjois yang semakin kukuh kedudukan ekonominya. Perkembangan ekonomi dan perdagangan yang berlaku ketika itu membolehkan kumpulan ini muncul sebagai saudagar yang kaya, pengusaha ladang pertanian, pemilik bank, dan golongan profesional. Kekayaan yang mereka miliki semakin bertambah menyebabkan pengaruh mereka dalam bidang ekonomi semakin kuat. Golongan ini juga berpendidikan tinggi dan berpengetahuan dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Perubahan struktur masyarakat England
Dengan perkembangan yang berlaku kepada kedua-dua kumpulan ini, struktur masyarakat di England mula berubah. Walaupun golongan gentry dan bourjois tidak boleh menjadi anggota House of Lords namun dengan kekayaan yang ada, mereka cuba meningkatkan status sosial dan
pengaruh politik mereka.

      Pada abad ke-17, kebanyakan ahli House of Commons datangnya dari kedua-dua golongan ini. Mereka mula berani mempertikaikan pengaruh politik yang didominasi oleh golongan aristokrat dalam House of Lords. Bagaimanapun isu yang dibangkitkan oleh golongan bourjois masih belum mencetuskan pergolakan politik di peringkat kebangsaan.

      Pada abad ke-17, wujud pergeseran antara mazhab Kristian di England. Terdapat sebilangan kecil penganut mazhab Protestan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican, gereja kebangsaan di England. Mereka tidak berpuas hati kerana gereja Anglican masih 'mengamalkan sifat gereja tradisonal Kristian (Katolik), walaupun kebanyakan ahli gereja Anglican penganut fahaman Calvin.

Golangan Puritan
Golongan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican ini dikenali sebagai golongan puritan. Matlamat perjuangan mereka ialah membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom. Kumpulan ini juga mahukan gereja di England bebas daripada kawalan politik.Kedudukan golongan puritan lama-kelamaan menjadi kukuh. Perkembangan ini disebabkan ajaran golongan puritan mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional. Ajaran tersebut menarik minat pelbagai golongan masyarakat terhadap kumpulan ini. Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth I, iaitu raja Dinasti Tudor terakhir pada tahun 1603, sepupu baginda, Raja |ames dari Scotland ditabalkan
sebagai Raja England. Hal ini kerana tiada waris terdekat yang boleh mewarisi takhta England. Raja James memakai gelaran Raja James I. Pelantikan baginda menandakan bermulanya eraPemerintahan Dinasti Stuart di England.[6]



[1] Ibid,123
[2] Sivachandran Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan,  “Sejarah Dunia 1500-1955” ,Oxford Fajar Sdn.Bhd. Shah Alam 2013),119.
[3] Ibid.
[4] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”,124.
[5] Ibid.
[6] Ibid., 125.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan