Penentangan di Sarawak 1836 - l84l
Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya kerajaan Brunei tidak campur tangan langsung dalam pentadbiran Sarawak. Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja.Bagi memudahkan kerajaan Brunei menguasai ekonomi Sarawah khasnya pengeluaran antimoni dan emas, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Indera Mahkota (seorang bangsawan Brunei sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.[1]
Pangeran Indera Mahkota mentadbir Sarawak.
Perlantikan Pangeran Indera Mahkota tidak digemari oleh pembesar Melayu tempatan. Perlantikan ini akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka. Dengan membina pusat pentadbiran di Kuching Pangeran Indera Mahkota mengambil alih semua tugas dan tanggungjawab pentadbiran dan punca kekuasaan daripada pembesar Melayu tempatan.[2]Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimoni yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu.
Beliau juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas orang Melayu. Membeli hasil orang Melapr dengan harga yang rendah. Menindas orang Bidayuh sebagai buruh paksa di lombonglombong antimoni miliknya.Sekiranya orang Bidayuh gagal menjelaskan hutang, anak isteri mereka akan dijadikan hamba abdi. Penduduk Sarawak dipaksa membeli barang daripada Pangeran Indera Mahkota dengan harga yang tinggi.
Akibat penindasan ini, orang Biilayuh. memulakan penentangan pada tahun 1836. Penentangan ini disertai oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Datu Patinggi Ali dan orang Dayak. Memandangkan kelemahan Pangeran Indera Mahkota untuk mematahkan penentangan, Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Muda Hashim ke Sarawak.
Pakatan Pangeran Raia Muda Hashim dengan James Brooke
Pangeran Raja Muda Hashim mengambil keputusan meminta bantuan orang luar.Kebetulan ketika itu James Brooke seorang bekas tentera SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Beliau dihantar oleh Gabenor Singapura untuk memberi sepucuk surat kepada Pangeran Raja Muda Hashim. Pangeran Raja Muda Hashim dengan segera meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching.Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebdgai wakil Sultan Brunei. James Brooke bersetuju dengan tawaran tersebut.[3]
Cara Perluasan kuasa Brooke di Sarawak
Satu perjanjian telah ditandatangani antara James Brooke dengan Pangeran Raja Muda Hashim pada tahun 1841.
Syarat-syarat Perjanjian 1841
1.James Brooke diberi kgasa memerintah Sarawak serta iajahannya.
2.James Brooke diberi hak memungut cukai di Sarawak.
3.James Brooke bertanggungjawab dalam hal kewangan Sarawak.
4.James Brooke dikehendaki menghormati dan memelihara undangundang serta adat-istiadat orang Melayu di Sarawak.
Kesan Perjanjian 1841
James Brooke dilantik sebagai Gabenor dan Raja Sarawak pada 24 November 1841.
Faktor peluasan kuasa Brooke di Sarawak 1842
Sebab-sebab Perjanjian 1842 (James Brooke dengan Sultan Brunei)
1.Demi memperkukuhkan kedudukannya, James Brooke telah belayar ke Brunei untuk menghadap Sultan Brunei.
2.Sultan Brunei berasa takut apabila melihat kapal James Brooke yang diiringi oleh kapal-kapal tentera laut dari Singapura. Baginda bimbang keselamatan Brunei terancam. Oleh itu, baginda bersetuju menandatangai Perjanjian 1842.
Syarat-syarat Perjanjian 1842
1.Sultan Brunei mengesahkan pelantikan James Gabenor Sarawak.
2.James Brooke berjanji membayar ufti tahunan kepada Sultan Brunei.
Kesan-kesan Perjanjitn 1842
1.James Brooke meluaskan kuasanya di Sarawak dengan melancarkan serangan ke atas petempatan peribumi.
2.James Brooke dalam usaha meluaskan kuasanya telah campur tangan dalam hal-ehwal tempatan. Satu demi satu kawasan Sarawak jatuh ke dalam kuasa James Brooke.
3.Pemerintahan keluarga Brooke menimbulkan ketidakpuasan hati pembesar Melayu dan masyarakat Sarawak sehingga terdapat beberapa penentangan terhadapnya.[4]
[1] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, 2014),65.
[2] Zainal Abidin Abdul Wahid, “ Malaysia Warisan dan Perkembangan”, (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1996), 207.
[3] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, 2013),6.
[4] Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan