Pendahuluan
- Sistem feudal ditakrifkan
sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan
wakil oleh kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu
adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
- Persamaannya, feudal dilihat
sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undang-undang
diraja dan tradisi semula jadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi
kesetiaan.
- Di Eropah, elemen ini datang
dari empayar Rom dan latar belakang orang Jerman di Eropah Utara.Di Jepun,
berakar umbi sejak ZamanKamakura.
Isi-isi penting
Persamaan
- Masyarakat dibina atas dasar
keturunan atau sistem kelas. Golongan bangsawan berada di atas diikuti oleh
tentera dan petani.
- Kurangnya perubahan status
dalam masyarakat feudal atau kurangnya mobiliti sosial.
- Misalnya, jika dilahirkan
sebagai anak petani maka dibesarkan sebagai petani, sedangkan anak-anak bangsawan
akan tetap menjadi golongan bangsawan.
- Zaman feudal di Eropah dan
Jepun sering dilanda peperangan.
- Keadaan ini menyebabkan
golongan knight di Eropah dan samurai di Jepun mempunyai peranan yang penting
pada zaman feudal. Kedua-duanya berkhidmat dengan golongan bangsawan dan
terikat dengan undang-undang feudal. Night terikat dengan konsep chivalry,
manakala samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.
- Peralatan peperangan yang
digunakan oleh knight dan samurai ialah kuda, pedang, dan baju perisai.Baju
perisai Eropah diperbuat daripada besi atau disadur dengan besi. Baju perisai
Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight memerlukan
bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak
memerlukan bantuan.
Perbezaan
- Di Eropah, , pembinaan istana
daripada batu melindungi knight dan vassal daripada serangan. Di Jepun, istana
daimyo diperbuat daripada kayu.
- Evolusi yang berlaku dalam
institusi feudal Jepun perlahan berbanding di Eropah.
- Eropah menghadapi zaman pengukuhan
negara bangsa kerana kecekapan kuasa pusat dan raja-raja Tudor di England.
- Jepun telah disatukan dan
keamanan diwujudkan tetapi tidak ada raja melainkan jeneral tentera yang menjadi
perancang kesatuan.
- Konsep undang-undang Rom
menekankan hak, undang-undang, dan kewajipan, iaitu hubungan antara mereka yang
lahir bersama ikatan peribadi zaman feudal digunakan di Eropah. Zaman feudal Jepun
dibayangi oleh penekanan etika China yang melebihi undang-undang dan lebih menekankan
aspek moral berbanding undang-undang. Ini bermakna kekuasaan dan kesetiaan
menjadi sesuatu yang mutlak.
- Perbezaan ketara ialah dalam
pemilikan tanah.
Knight di Eropah mendapat tanah
sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan
petani yang bekerja di tanah-tanah mereka.
- Samurai tidak mempunyai tanah
kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji samurai dalam
bentuk beras.
Penutup
- Terdapat persamaan dan
perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di Eropah dengan Jepun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan