OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
Parti Politik dan Persatuan
Kesan daripada penjajahan British di Myanmar muncul pelbagai persatuan dan parti politik yang mendukung gerakan nasionalisme. Pada peringkat awal, persatuan yang wujud tidak berunsur politik, lebih kepada perjuangan ingin membaiki kehidupan masyarakat peribumi yang tertindas di bawah penjajahan Barat.
Gerakan nasionalisme mula radikal apabila parti-parti politik memperjuangkan kemerdekaan mutlak.Di Indonesia, Sarekat Islam dan Partai Nasional Indonesia penting sebagai penggerak dan pelindung kepada masyarakat peribumi.[1]
Sarekat Islam
Perniagaan batik dalam kalangan masyarakat tempatan agak penting di Indonesia. Pada awal abad ke-20, pedagang Cina turut terlibat dalam perniagaan ini. Mereka membekalkan kain, pewarna, dan lilin kepada pedagang batik di Jawa. Pedagang tempatan tidak dapat bersaing dengan mereka.
OIeh itu, pedagang tempatan yang beragama Islam telah bergabung untuk melindungi kepentingan mereka. R.M. Tirtoadisurjo telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam pada tahun 1909.
Agama Islam digunakan sebagai alat penyatuan, persefahaman, dan persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di fawa. Haji Samanhoedi menubuhkan cawangan Sarekat Dagang Islam di Bogor pada tahun 1911.
Tujuan asal Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan pedagang batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagangpedagang batik Cina. Maka, boleh dikatakan bahawa Sarekat Dagang Islam merupakan pertubuhan batik anti-Cina. Pada tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam. Omar Said Tjokroaminoto menjadi Presiden. Kebanyakan ahli Sarekat Islam di Borneo dan Sulawesi menganggapnya sebagai langkah pertama perang jihad Indonesia terhadap orang kafir, iaitu orang Cina dan orang Belanda.[2]
Penubuhan Sarekat Islam dipengaruhi oleh:
(a) Persaingan daripada pedagang-pedagang Cina dalam perniagaan batik
(b) Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah mempengaruhi pemikiran golongan intelektual Islam dalam Sarekat Islam.
(c) Kegiatan penyebaran agama Kristian pada awal abad ke-20 di Indonesia menuntut penyatuan orang Indonesia di bawah satu pertubuhan untuk mempertahankan tradisi mereka daripada dicemari oleh agama Kristian.
Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam:
(a) Mengukuhkan agama Islam bagi menyaingi perkembangan agama Kristian.
(b) Mengembangkan kebudayaan lndonesia.
(c) Memajukan kebajikan masyarakat tempatan khasnya dalam bidang pendidikan.
(d) Memajukan ekonomi masyarakat tempatan.[3]
Sehingga tahun 1916, Sarekat Islam tidak berunsur politik. Sarekat Islam lebih memperjuangkan kebajikan masyarakat tempatan dalam aspek pendidikan, agama, pekerjaan, dan ekonomi. Pada Kongres Nasional tahun 1913, pemimpinnya, omar said Tjokroaminoto menegaskan bahawa sarekat Islam bukan sebuah parti Politik dan masih menyokong kerajaan Belanda.
Sarekat Islam menjadi popular sehingga ahli-ahlinya datang dari segenap lapisan masyarakatlndonesia. Mereka terdiri daripada golongan ulama, elit, intelektual, peniaga, pelajar, kaum tani, dan buruh. Sarekat Islam membuka pintunya kepada-semua lapisan masyarakat. Keanggotaan Sarekat Islam meningkat daripada 12 000 orang pada tahun 1913 menjadi 800 000 orang pada tahun 1916.
selaras dengan matlamat untuk melindungi kepentingan masyarakat tempatan, Saiekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial, dan ekonomi kepada kerajaan Belanda.
(a) Tuntutan politik
(i) Majlis Daerah dibentuk.
(ii) Volksraad diberi kuasa yang lebih luas supaya menjadi satu badan perwakilan yang mempunyai fungsi legislatif.
(iii) Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-mallis lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas.
iv) Pemberian taraf pemerintahan sendiri kepada Indonesia.
(b) Tuntutan sosial
(i) Undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam dibatalkan.
(ii) Kiyai dan penghulu diberikan gaji tetap.
(iii) Hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari kelepasan atau cuti.
(iv) Institusi pendidikan Islam diberi subsidi'
(v) Sistem diskriminasi dalam pendidikan dihapuskan'
(vi) Pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah.
(vii) Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf menjadi universiti.
(viii) Biasiswa diberikan kepada pelajar Indonesia menuntut di luar negara.
(c) Tuntutan ekonomi supaya dapat
(i) Memiliknegarakan bidang industri seperti kilang tekstil, perusahaan kertas, industri besi, pengangkutan dan elektrik.
(ii) Membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air'
(iii) Memberi perhatian tentang isu tanah.
Sarekat Islam berkembang dengan cepat dalam kalangan semua lapisan masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan khasnya di Pulau Jawa mempercayai telah munculrrya seorang "Ratu Adil" yang dapat menyelamatkan mereka daripada penindasan dan cengkaman orang kafir.
Sarekat Islam mula merosot pada tahun 1920-an disebabkan perselisihan antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti sendiri.-Perpecahan ini melemahkan kepimpinan Sarekat Islam. Golongan konsrvatif telah menyertai Parti Muhammadiyah 1912 dan Nahdatul Ulama 1926.[4]
Selain itu, pengaruh komunisme dalam Sarekat Islam membawa kepada penubuhan Sarekat Islam Merah di Semarang dan di desa lain.
Kerajaan Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan mutlak dan menentang kapitalisme. Sarekat Islam dituduh terlibat dalam beberapa pemberontakan yang berlaku. Omar said Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan. Kegiatan Sarekat Islam semakin lemah selepas selepas kegagalan pemberontakan Parti Komunis Indonesia pada tahun 1926-1927. Selepas tahun 1927, Sarekat Islam tidak lagi efektik kerana gerakan nasionalisme indonesia diambil alih oleh golongan nasionalisme sekular.[5]
[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),350.
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,360.
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),351.
[4]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,330.
[5]Ibid,330.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan