Rabu, 14 September 2016

Merdeka...Merdeka...Merdeka


 

ARKIB : 30/08/1998
Merdeka...Merdeka...Merdeka
PARA pelajar yang mengambil bahagian dalam pertunjukan formasi melaungkan Merdeka selepas menjalani raptai penuh Hari Kebangsaan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan ke-41, Datuk Sabbaruddin Chik berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap kontinjen pada raptai terakhir menjelang sambutan hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini.

Katanya, 67 kontinjen termasuk pancaragam yang mengambil bahagian masih mempunyai masa bagi meningkatkan keupayaan mereka dalam tempoh yang terdekat ini.

''Saya percaya mereka akan menunjukkan mutu perbarisan yang lebih cemerlang pada 31 Ogos nanti,'' katanya ketika ditemui selepas raptai tersebut berhadapan padang Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang semalam.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm#ixzz4KHhsMb85 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan