Wartawan Sinar Harian
27 September 2016
Tugu Jepun tersembunyi
Keadaan tugu Jepun yang
'tersembunyi' di bawah pokok buluh.
ALOR SETAR - Sebuah tugu Jepun
terletak berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim, diibaratkan ikon pelancongan
tersembunyi apabila kurang diketahui penduduk tempatan.
Tinjauan mendapati kedudukan
tugu di sebelah utara jambatan tersembunyi hingga tidak disedari umum, biarpun
ia memiliki kisah sejarah tersendiri.
Pengerusi Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf berkata,
tugu berkenaan merupakan tanda penghargaan kepada tiga wira Jepun.
Menurutnya, pihaknya
mencadangkan tugu Jepun yang memiliki potensi tinggi itu perlu dipelihara dan
pulihara semula bagi menarik perhatian pengunjung.
“Cadangan sedemikian bukanlah
tanda kita menyanjung tindakan tentera Jepun menawan Bandar Alor Setar ketika
itu, sebaliknya ia perlu dinilai dari sudut lain,” katanya.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 27 September 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan